Friday, June 17, 2011

Baby's position..

sambung cerita dari entri lepas..

Alhamdulillah mak masih di rumah.. hidup berteman bila hubby tak ada kena pegi lab.. sampai rumah terus mak respon tentang sms yg dihantar.. mak cakap..

1. tak perlu masuk wad.. yakin yang baby tue akan pusing balik sebab dia tengah cari jalan keluar..
2. jangan buat keputusan terburu.. tengok dulu keadaan macam mana sebelum betul2 setuju nak kena caesar..
3. baby dalam perut macam buah mangga masak atas pokok.. akan gugur dengan sendirinya bila sampai waktu..
4. takde rekod bersalin caesar dalam family.. possibility rendah untuk caesar..
5. banyakkan berjalan.. paling malas pun naik turun tangga.. tue yang mak asyik panggil...
6. paling penting.. doa + smbhyg hajat + quran..

tue semuanya pendapat mak yang sikit sebanyak melegakan hati.. mak pun risau sebenarnya.. tapi mak yakin yang Allah lagi berkuasa untuk tentukan apa yang terbaik..

lepas makan, terus masuk bilik untuk tenangkan fikiran.. tapi hampa.. masih fikir apa yang akan terjadi.. rasa hidup tak lama.. macam mana dengan baby nanti, risaukan abinya lagi.. bolehkah berdikari? sebab tak pernah tido asing walaupun skali.. even dapat hotel pun lari balik tido kat rumah jugak.. mula dah terbayang macam-macam even tau yang bersalin nie sama ganjarannya macam pergi berjihad..

dari lepas scan sampai hari ke malam hari pegang perut.. baca doa macam2 dan cakap dengan baby untuk pusing balik.. abi pun usaha jugak.. abi suruh minum selusuh yang dibuat sendiri guna air zamzam sampai habis.. hubby cancel jumpa dengan students yang kena supervised.. rasa hati tak tertanggung sangat dengan ujian Allah.. baru sikit je Allah uji dh rasa lumpuh.. yg lalai leka selama nie?? ya Allah.. ampunkanlah dosa2 kami..

malam hari 1230 tgh mlm.. FIL call dari melaka.. mintak kami semua pergi ke melaka untuk 2nd opinion hari jumaat nanti.. FIL dah book kan pakar gynae hosp melaka untuk recheck.. tq abah! FIL call matron OG untuk tau kenapa baby melintang.. apa option yang ada.. sangat concern FIL.. FIL ingatkan untuk solat hajat n mengaji banyak-banyak.. macam selalu.. pesanan yang tak pernah tinggal..

hari khamis masih dengan mood mendung.. rasa kepala baby still kat sebelah kanan even baby aktif sangat.. tapi sekejap ada sekejap takde.. dah boleh mula kawal perasaan dan pasrah dengan apa yang jadi.. lepas isyak terus bertolak ke melaka.. dengan harapan position dah berubah..

jumaat pagi terus ke hospital melaka dengan hati yang rela kalau gynae kata teruskan dgn caesar.. mula terima hakikat kalau baby still tak nak tukar position.. FIL uruskan registration.. dan continue dengan regular check-up biasa.. urine test, weight n blood pressure.. tp result lain macam pulak untuk weight n blood pressure.. yelah, lain hosp, lain penimbang.. nurse yang incharge BP tanya kenapa dari KL ke melaka pulak.. katanya baby melintang memang takde option selain caesar.. dan tiba2 matron OG sampai.. nurse-nurse lain pun keliling.. oh no!!! bukan anak raja okei.. huu~~

matron mintak tunggu sekejap sebab gynae tengah pusing wad check patient.. sambil2 tue mula berangan pulak kalau terbersalin kat hospital melaka mesti best dengan keadaan yang bersih dan nurse yang very caring.. ke sebab ada FIL semuanya nampak macam under control.. ke memang diorang memang berkualiti.. tandas sume cantik je tak macam general hospital lain selain hospital sultanah bahiyah, kedah..

dalam 10 minit kemudian, nurse nama Sim panggil.. chinese.. tapi cakap melayu sangat hebat.. dia interview semula kenapa rujuk dengan hospital melaka.. selamba cakap sebab FIL nak mintak 2nd opinion dr gynae.. akhirnya terkantoi nama FIL masa ditanya nama hubby.. adussss.. mula dah tanya itu ini.. sebenarnya, tak tau nak cakap macam mana supaya tak da nurse-nurse lain mula keliling semula macam tadi disebabkan FIL.. n cakap baby melintang sangat risiko.. selesai interview, keluar cepat2 dah segan sangat dengan nurse-nurse kat situ..

owh, bukan sebab FIL buat kacau ke apa.. tapi sebab mereka sibuk nak tengok FIL.. bukan dato menteri ke pengarah kesihatan pun.. huhu.. tapi, nurse Sim tiba-tiba pulak datang tanya nombor fon hubby n siap bersembang dengan FIL.. tak kerja ke hari nie? ambil cuti untuk uruskan menantu katanya.. emergency leave lagi.. terharuuu.. uhuk3..

10 minit kemudian, gynae dr. maimunah pun sampai.. lepas interview and cerita apa jadi terus dibawak ke bilik ultrasound.. hati memang berdebar sangat.. kenapa asyik interview ye? sebab tak de rekod bersalin.. pergi PPUM dr. just tulis progress dalam fail.. memang takde rekod simpanan untuk patient.. so, tak boleh nak track progress dari awal..

gynae : "bismillahirrahmanirrahimmmm.. ehhhhh... ada je kepala kt bawah nie haa.. elok je duduknya tue.."
aku : dah terbeliak mata pandang screen sambil feel kt mana tempat gynae scan..
hubby : "subhanallah! allahuakbar! Allah hebat.. alhamdulillah"

ikut alhamdulillah dalam hati ja.. tak terkeluar suara.. mata berkaca ja.. nak tengak skrin kena kebil2 mata dulu..

"selamat dah setakat nie.. tak payah caesar... boleh normal insyaAllah.. betul nie dh kat bawah semula.. jom check progress yang lain.. saiz baby ok, berat dah 2.88kg, uri ok kat atas, ketuban ok, suma sihat, jantung degup ok, nie tulang peha, nie jari.."

"dr, boleh nampak jantina tak?" hubby tanya penuh harapan.. nada sama macam masa tanya sonografer PPUM.. kurang pengharapan..

"owh.. tak tau lagi ke? ke sebab tak nak tau?"

"bukan taknak, tapi tak pernah nampak..asek kepit je semuanya.."

"ic.. ehh.. anak kamu **. kalau nie macam nie kalau tue macam tue.. "

"haa.. akhirnya.. alhamdulillah.. tau jugak" muka kerang busuk hubby sebab excited.. hehe..

kesimpulannya, semua dialog hubby n gynae je kat bilik sono tue.. ikut semula gynae ke bilik dia.. n baru boleh cakap semula lepas lama terkesima dengan kehebatan Allah..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur ya Allah.. terima kasih atas ujianMu.. mengingatkan kami apa yang kami lalaikan selama berhadapan ujianMu ya Allah..

gynae tuliskan memo untuk rujukan PPUM dan klip sekali gmbr scan kepala baby yang positionnya sebelah pundi kencing and tulis baby position as caphalic.. lega sangat.. terus senyum je memanjang..

usai tulis memo, tanya gynae kenapa perlu caesar minggu 38.. gynae cerita pengalaman beliau sendiri.. anak first normal.. tapi ke-2 melintang.. ketuban pecah elok-elok sampai hospital untuk kerja.. dannnnnnn..

tangan baby dah keluar sebelah!!

boleh bayangkan tak macam mana.. gerun kan dengar.. terpaksa caesar sebab tak ada jalan lain lagi.. takut baby lemas and kena infection lain.. maka, time caesar kna potongan J.. tapi baby x lepas keluar.. so, next step.. potongan W pulak.. ya Allah boleh bayangkan kalau kita yang kena macam tue.. dengan sakit nak bersalinnya.. dengan sakit nak belahnya.. time beliau cerita tue.. perut pun rasa tak sedap jek.. ya Allah naik meloya tekak rasa.. bersyukur sangat-sangat baby dah normal.. Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya..

selesai semua, FIL, MIL n mak pun dah tau normal.. semua sangat bersyukur dan FIL jumpa gynae tue untuk cakap terima kasih atas bantuan untuk 2nd opinion.. selagi tak keluar hospital, selagi tue lah semua mata staf memandang.. sampai guard parking pun terjerit-jerit mintak kereta lain jangan tunggu parking kami.. untuk kakitangan jek katanya..

mekasih banyak untuk..
1)hubby yang sangup share susah senang bersama..
2)FIL n MIL yang bersusah payah amik EL dan turun padang kerana cucu sulung.. heee..
3)mak yang kena tahan terikan panas matahari kat bumi Melaka..
4)patient lain, sorry.. tak bermaksud nak potong queue ke apa..
3)semua keluarga sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang mendoakan kami tak putus2.. hanya Allah mampu membalas jasa baik dan semangat yang diberikan..

tersenyum semula.. =)

.
.
.
.
.

Allah knows the best.. baby, behave ye supaya kita sama-sama tak kena duduk wad sebelum sampai waktu yang sebenarnya.. although. ummi and abi cant wait to meet you, sayang... =)

3 comments:

  1. bestnya baca kisah ini.. (^__^) alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. kuasa Allah tiada siapa mampu menghalang =)

    ReplyDelete
  3. rasa nak menangis baca ni... (T___T)
    neway, semoga segala2nya selamat k... =)

    ReplyDelete