Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah


Terima kasih Allah..

kerana melindungi kami..
kerana menemukan imam dan jemaah kami..
kerana mengurniakan cahaya mata, penawar hati kami..
.
.
.


Iffah Humaira binti Mohd Hafiz..
30/06/11
0117 am
3.14kg
Normal Delivery
PPUM





Tuesday, June 21, 2011

7th Check-up PPUM.. ada sinar mentari..

pagi yang mendebarkan.. kad appointment bertulis..

ANC 1/52
Admit to ward (M1), 20/6/2011, 8am..
LSCS 21/6/2011..

ANC : Ante-Natal Check up,
1/52 : every week appointment
LSCS : Lower Segment Caesarean Section

jauh dari kebiasaan.. ANC 1/52 date time.. biasanya..

terus ke kaunter 1 tanya perlu ambil nombor atau tak.. tak perlu katanya.. "kena tahan wad nie. puan masuk dulu nanti kami bawa naik ke atas ye.."

"tapi.. saya nak jumpa doc dulu untuk re-confirm balik.. baby dah normal masa hari jumaat hari tue.."

tekan A, tunggu giliran, bayar RM6.. fail dicari makan masa sikit sebab dah siap letak kat bahagian wad.. dan nak tukar ke walk-in appointment.. 5 minit macam tue..

masuk dalam, nurse cakap kena tahan wad.. tapi kenapa nak jumpa dr.. terangkan benda yang sama lagi lepas tue buat benda biasa.. urine test, timbang berat, sukat BP..

1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110, EFW 2.125kg
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/110
5th check-up, 36w++ : 51.5kg, BP 92/110
6th check-up, 37w++ : 52.1kg, BP 96/110, EFW 2.66kg
hospital melaka EFW 2.88kg
7th check-up, 38w++ : 52.2 kg, BP 97/110

tiba2 nampak nurse yang incharge last week.. dia cakap dengan kawan dia patient nie kena wad kejap lagi..

masuk jumpa dr. cina perempuan kali nie.. sangat soft spoken.. bagi memo dari hospital melaka.. dan dengan nurse yang sama lagi.. baik tapi muka garang.. setiap kali tengok dia dari first visit mesti rasa cuak semacam jek.. hubby pun cakap macam tue.. hehe.. nama tak tau coz tak nampak nametag punnnn..

sementara dr baca memo, nurse again.. soalan yang sama.. kenapa pegi hospital melaka?? jawapan.. untuk second opinion dari pakar.. eh, senang ke jumpa pakar? abah buatkan.. abah? dr. kt sana ke? yup.. huhu..

hati tengah debar nieeee puan jangan la tanya macam2 lagi.. jap lagi la.. (cakap dalam hati..) huhu.. ya ampun, FIL bukan Dr kt sana..

"oh, ikut surat dah caphalic semula ye.. hebat baby kamu.. boleh pusing balik.. kalau tak kena masuk wad nie..ok, boleh baring kita check perut dulu ya.. tengok baby's head kat mana.."

"eh, betul lah.. kat bawah nie.. selamat kamu tak perlu caesar.. boleh normal nie.. tapi tak masuk semua lagi.. belum masa lagi.. cuma.. perut memang selalu tegang macam nie ke? berapa kali gerak dah pagi nie? keras betul nie.."

jawapan : "selalu tak macam nie.. banyak kali jugak dah ada la dalam 5 ke 6 kali.." yang bertalu-talu tue kira 1 je..

actually, pagi nie memang krem sangat belah kiri.. cekang sangat rasa.. macam kena sentap.. baby dah sempit sangat gamaknya.. habis sume siku n kaki dia berasa.. nak rukuk pun rasa payah je nak iktidal balik.. tapi sakit boleh tahan.. tak perlu masuk wad la kiranya.. tak rasa sakit nak bersalin lagi.. so, tak perlu cakap dulu.. kalau kena wad tak pasal je.. heee..

dr. cina nie kelakar.. dia asek gelakkan aku je sambil kata "yang, u takut nak kena operate ke sampai pegi mintak 2nd opinion.. kami kat sini monitor dulu tengok macam mana.. tapi baby you memang baiklah.. sebab selalunya 1% je potential untuk baby melintang jadi normal.. dalam masa 2 hari saja ye.."

"hah? 1%?? " subhanallah.. ya Allah ya rahman ya rahim...

jujurnya, memang aku takut pun.. yelah.. caesar tue.. macam lapah daging korban je gaya.. tengok kat youtube pun sambil bukak tab lain.. gerun sangat..

"okey, tak perlu masuk wad la ye.. boleh balik.. seronok ye.. selamat-selamat.. if ada ketuban pecah or turun darah or kurang gerak datang segera ye.. jgn lupa tanda carta pergerakan baby.." ahaha.. comel je dr. nie.. tq doc!

keluar dari bilik, nurse tadi ikut sama.. dia tanya pendapat kawan-kawan nurse yang lain.. sebab dia terkejut baby dah normal balik.. so, dia nak reconfirm yang tak perlu advice dr. tadi untuk buat ultrasound semula.. tunjuk balik memo tadi kat mereka.. dan nurse tue masuk jumpa dr. semula untuk re-confirm.. okei je kalau nak ultrasound balik.. boleh tengok baby lagi.. hehe...

3 minit lepas tue.. "okey adik.. boleh balik dulu.. dr. kata dah okey.. tak payah ultrasound"

mekasih nurse sebab caring sangat.. rasa nak peluk cium je walaupun muka garang.. hehe..

as usual, pegi balik kaunter depan untuk book appointment next week.. dah bertukar ke hari isnin.. kakak tue siap cakap lagi betul ke tak payah masuk wad.. dah normal ye.. alhamdulillah.. jaga diri bebaik..

.
.
.
.
.

manusia merancang, Allah menentukan.. =) mak pun puji nurse kt PPUM.. very caring dan ceria je semua..

Friday, June 17, 2011

Baby's position..

sambung cerita dari entri lepas..

Alhamdulillah mak masih di rumah.. hidup berteman bila hubby tak ada kena pegi lab.. sampai rumah terus mak respon tentang sms yg dihantar.. mak cakap..

1. tak perlu masuk wad.. yakin yang baby tue akan pusing balik sebab dia tengah cari jalan keluar..
2. jangan buat keputusan terburu.. tengok dulu keadaan macam mana sebelum betul2 setuju nak kena caesar..
3. baby dalam perut macam buah mangga masak atas pokok.. akan gugur dengan sendirinya bila sampai waktu..
4. takde rekod bersalin caesar dalam family.. possibility rendah untuk caesar..
5. banyakkan berjalan.. paling malas pun naik turun tangga.. tue yang mak asyik panggil...
6. paling penting.. doa + smbhyg hajat + quran..

tue semuanya pendapat mak yang sikit sebanyak melegakan hati.. mak pun risau sebenarnya.. tapi mak yakin yang Allah lagi berkuasa untuk tentukan apa yang terbaik..

lepas makan, terus masuk bilik untuk tenangkan fikiran.. tapi hampa.. masih fikir apa yang akan terjadi.. rasa hidup tak lama.. macam mana dengan baby nanti, risaukan abinya lagi.. bolehkah berdikari? sebab tak pernah tido asing walaupun skali.. even dapat hotel pun lari balik tido kat rumah jugak.. mula dah terbayang macam-macam even tau yang bersalin nie sama ganjarannya macam pergi berjihad..

dari lepas scan sampai hari ke malam hari pegang perut.. baca doa macam2 dan cakap dengan baby untuk pusing balik.. abi pun usaha jugak.. abi suruh minum selusuh yang dibuat sendiri guna air zamzam sampai habis.. hubby cancel jumpa dengan students yang kena supervised.. rasa hati tak tertanggung sangat dengan ujian Allah.. baru sikit je Allah uji dh rasa lumpuh.. yg lalai leka selama nie?? ya Allah.. ampunkanlah dosa2 kami..

malam hari 1230 tgh mlm.. FIL call dari melaka.. mintak kami semua pergi ke melaka untuk 2nd opinion hari jumaat nanti.. FIL dah book kan pakar gynae hosp melaka untuk recheck.. tq abah! FIL call matron OG untuk tau kenapa baby melintang.. apa option yang ada.. sangat concern FIL.. FIL ingatkan untuk solat hajat n mengaji banyak-banyak.. macam selalu.. pesanan yang tak pernah tinggal..

hari khamis masih dengan mood mendung.. rasa kepala baby still kat sebelah kanan even baby aktif sangat.. tapi sekejap ada sekejap takde.. dah boleh mula kawal perasaan dan pasrah dengan apa yang jadi.. lepas isyak terus bertolak ke melaka.. dengan harapan position dah berubah..

jumaat pagi terus ke hospital melaka dengan hati yang rela kalau gynae kata teruskan dgn caesar.. mula terima hakikat kalau baby still tak nak tukar position.. FIL uruskan registration.. dan continue dengan regular check-up biasa.. urine test, weight n blood pressure.. tp result lain macam pulak untuk weight n blood pressure.. yelah, lain hosp, lain penimbang.. nurse yang incharge BP tanya kenapa dari KL ke melaka pulak.. katanya baby melintang memang takde option selain caesar.. dan tiba2 matron OG sampai.. nurse-nurse lain pun keliling.. oh no!!! bukan anak raja okei.. huu~~

matron mintak tunggu sekejap sebab gynae tengah pusing wad check patient.. sambil2 tue mula berangan pulak kalau terbersalin kat hospital melaka mesti best dengan keadaan yang bersih dan nurse yang very caring.. ke sebab ada FIL semuanya nampak macam under control.. ke memang diorang memang berkualiti.. tandas sume cantik je tak macam general hospital lain selain hospital sultanah bahiyah, kedah..

dalam 10 minit kemudian, nurse nama Sim panggil.. chinese.. tapi cakap melayu sangat hebat.. dia interview semula kenapa rujuk dengan hospital melaka.. selamba cakap sebab FIL nak mintak 2nd opinion dr gynae.. akhirnya terkantoi nama FIL masa ditanya nama hubby.. adussss.. mula dah tanya itu ini.. sebenarnya, tak tau nak cakap macam mana supaya tak da nurse-nurse lain mula keliling semula macam tadi disebabkan FIL.. n cakap baby melintang sangat risiko.. selesai interview, keluar cepat2 dah segan sangat dengan nurse-nurse kat situ..

owh, bukan sebab FIL buat kacau ke apa.. tapi sebab mereka sibuk nak tengok FIL.. bukan dato menteri ke pengarah kesihatan pun.. huhu.. tapi, nurse Sim tiba-tiba pulak datang tanya nombor fon hubby n siap bersembang dengan FIL.. tak kerja ke hari nie? ambil cuti untuk uruskan menantu katanya.. emergency leave lagi.. terharuuu.. uhuk3..

10 minit kemudian, gynae dr. maimunah pun sampai.. lepas interview and cerita apa jadi terus dibawak ke bilik ultrasound.. hati memang berdebar sangat.. kenapa asyik interview ye? sebab tak de rekod bersalin.. pergi PPUM dr. just tulis progress dalam fail.. memang takde rekod simpanan untuk patient.. so, tak boleh nak track progress dari awal..

gynae : "bismillahirrahmanirrahimmmm.. ehhhhh... ada je kepala kt bawah nie haa.. elok je duduknya tue.."
aku : dah terbeliak mata pandang screen sambil feel kt mana tempat gynae scan..
hubby : "subhanallah! allahuakbar! Allah hebat.. alhamdulillah"

ikut alhamdulillah dalam hati ja.. tak terkeluar suara.. mata berkaca ja.. nak tengak skrin kena kebil2 mata dulu..

"selamat dah setakat nie.. tak payah caesar... boleh normal insyaAllah.. betul nie dh kat bawah semula.. jom check progress yang lain.. saiz baby ok, berat dah 2.88kg, uri ok kat atas, ketuban ok, suma sihat, jantung degup ok, nie tulang peha, nie jari.."

"dr, boleh nampak jantina tak?" hubby tanya penuh harapan.. nada sama macam masa tanya sonografer PPUM.. kurang pengharapan..

"owh.. tak tau lagi ke? ke sebab tak nak tau?"

"bukan taknak, tapi tak pernah nampak..asek kepit je semuanya.."

"ic.. ehh.. anak kamu **. kalau nie macam nie kalau tue macam tue.. "

"haa.. akhirnya.. alhamdulillah.. tau jugak" muka kerang busuk hubby sebab excited.. hehe..

kesimpulannya, semua dialog hubby n gynae je kat bilik sono tue.. ikut semula gynae ke bilik dia.. n baru boleh cakap semula lepas lama terkesima dengan kehebatan Allah..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur ya Allah.. terima kasih atas ujianMu.. mengingatkan kami apa yang kami lalaikan selama berhadapan ujianMu ya Allah..

gynae tuliskan memo untuk rujukan PPUM dan klip sekali gmbr scan kepala baby yang positionnya sebelah pundi kencing and tulis baby position as caphalic.. lega sangat.. terus senyum je memanjang..

usai tulis memo, tanya gynae kenapa perlu caesar minggu 38.. gynae cerita pengalaman beliau sendiri.. anak first normal.. tapi ke-2 melintang.. ketuban pecah elok-elok sampai hospital untuk kerja.. dannnnnnn..

tangan baby dah keluar sebelah!!

boleh bayangkan tak macam mana.. gerun kan dengar.. terpaksa caesar sebab tak ada jalan lain lagi.. takut baby lemas and kena infection lain.. maka, time caesar kna potongan J.. tapi baby x lepas keluar.. so, next step.. potongan W pulak.. ya Allah boleh bayangkan kalau kita yang kena macam tue.. dengan sakit nak bersalinnya.. dengan sakit nak belahnya.. time beliau cerita tue.. perut pun rasa tak sedap jek.. ya Allah naik meloya tekak rasa.. bersyukur sangat-sangat baby dah normal.. Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya..

selesai semua, FIL, MIL n mak pun dah tau normal.. semua sangat bersyukur dan FIL jumpa gynae tue untuk cakap terima kasih atas bantuan untuk 2nd opinion.. selagi tak keluar hospital, selagi tue lah semua mata staf memandang.. sampai guard parking pun terjerit-jerit mintak kereta lain jangan tunggu parking kami.. untuk kakitangan jek katanya..

mekasih banyak untuk..
1)hubby yang sangup share susah senang bersama..
2)FIL n MIL yang bersusah payah amik EL dan turun padang kerana cucu sulung.. heee..
3)mak yang kena tahan terikan panas matahari kat bumi Melaka..
4)patient lain, sorry.. tak bermaksud nak potong queue ke apa..
3)semua keluarga sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang mendoakan kami tak putus2.. hanya Allah mampu membalas jasa baik dan semangat yang diberikan..

tersenyum semula.. =)

.
.
.
.
.

Allah knows the best.. baby, behave ye supaya kita sama-sama tak kena duduk wad sebelum sampai waktu yang sebenarnya.. although. ummi and abi cant wait to meet you, sayang... =)

Wednesday, June 15, 2011

6th Check-up PPUM.. Hati Lara.. :(

pagi nie appointment pukul 830.. memang yahuuyabedabedu shubidubidu.. sbb boleh makan awal.. sebelum2 nie pegi check-up dengan perut kosong je.. lepas tue baru makan.. tapi start last week memang sebelum keluar rumah cepat-cepat minum susu anmum yang tak habis2 sekotak je pun dari baby 15 weeks macam tue kalau tak silap..

pagi nie sikit lewat dan mula rasa kelam kabut n jantung dupdapdupdap tanda rasa tak sedap hati.. tambah2 bila penat balik ke kampung tak hilang lagi.. isnin malam baru sampai dengan badan yang memang sakit2 sana sini..

no giliran 1016 n RM6 lagi.. macam biasa..
1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110, EFW 2.125kg
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/110
5th check-up, 36w++ : 51.5kg, BP 92/110
6th check-up, 37w++ : 52.1kg, BP 96/110, EFW 2.66kg

okei.. pelik tak bila tiba-tiba ada expected fetus weight, EFW untuk check-up kali nie.. sepatutnya 33weeks tue dah last scan.. semuanya lepas dr tekan-tekan perut, check jantung okey je.. tekan2 lagi dan tiba-tiba macam nampak cemas.. tapi still tak tanya apa yang jadi sebab dr tue tenang je sebenarnya cuma kening dia kerut2.. tiba-tiba dr cakap nak ultrasound perut kejap dekat nurse dan tanya ada tak available room kat tingkat 3.. nurse suggest untuk dr tue call sonografer, tanya n

.
.
.
jawapannya adalah
.
.
.

patient ramai menunggu.. try tanya wad bersalin.. lepas call, dr mintak naik tingkat 1.. tunggu dia sampai dan nanti ikut masuk scan.. dalam hati tertanya-tanya apa jadi sebenarnya.. tapi kat mulut tak terkeluar.. hubby muka dah cuak sangat.. bila dr sampai, hubby kena tahan kat depan pintu wad dan kena tunggu kat luar sebab lelaki tak boleh masuk.. tue tempat bersalin..

kesian hubby.. mesti hati tak tenang, mulut kumat-kamit je dari dalam lif tadi.. muka hepi macam dah berubah ja.. risau tue pasti sebab dr tak bagitau apa yang jadi..

5 minit menunggu scanner.. sbb ada patient sorang tengah di observe.. dr pun dah ke hulu ke hilir cakap sorry berkali-kali.. akhirnya, dr suruh baring dulu atas katil.. 10 minit lepas tue, still xda apa-apa lagi.. setia menunggu.. mulut mula berkata-kata :

"kenapa doktor? tiba-tiba kena scan ye.."

"hmmm.. saya tak bagitau lagi ek.. kesian kamu.. tak ada apalah.. jangan risau sangat.. saya silap kot.. saya tadi rasa macam keras kat kanan nie.. haa.. saya cuba skali lagi ye.. ok.. cuba kamu tekan.. keras kan.. nie kepala nie.. sepatutnya dah kat bawah dah.. minggu lepas pun memang kat bawah.. tapi kenapa keras kat sini nie.. tak pe, tunggu scanner dulu.. nanti kita check.."

rasa macam nak pecah jantung nie dengar.. tak sangka langsung benda nie.. speechless.. cuma mampu cakap dalam hati.. baby boleh pusing lagi.. tapi dr tue mcm boleh dengar pulak hati cakap apa..

"kalau baby songsang, kaki kat bawah.. boleh urut untuk pusing balik.. nie melintang nie.. takut kamu kena operate pulak.. banyak-banyak doa baby boleh pusing balik ye.. sbb biasanya anak pertama minggu ke 37 dah tak boleh ubah. dah sempit sebab baby semakin membesar.."

dalam hati bzikir banyak-banyak.. 10 minit kemudian, scanner sampai.. sah! baby melintang, kepala ada belah kanan.. anak umi, turun la balik.. huhu.. dalam pada tue, sempat tanya kot nampak gender.. yelah, balik kampung ramai pulak tegur kata baby boy.. gender still tak nampak jugak..

keluar dari wad bersalin dengan hati tabah.. pandang muka hubby yang tengah tunggu jawapan.. dan mula bisik yang kepala baby dah berubah, ada belah kanan.. mungkin kna caesar.. terus cuak muka hubby sampai nak telan liur pun payah.. laju je kaki ke lif, turun bawah semula, masuk bilik dr.. tengok nurse pun terkejut bila dengar dr dr. yang tangannya sambil tengah tekan phone.. dail number bos untuk mintak suggestion next step.. ad setengah jam lagi sebelum bos masuk.. akhirnya..

"kesian kamu.. lama tunggu.. tak pe, duduk kat luar dulu.. saya jumpa patient lain dulu ye.. nanti dah dapat contact bos kamu masuk balik.. saya panggil nanti.."

berjalan ke luar.. hati lara.. diam.. tak sampai hati nak pandang muka masing-masing.. hubby dah mula bermata merah.. akhirnya.. menangis dua-dua.. speechless.. 40 minit kemudian baru dipanggil..

"macam nie lah.. baby kamu betul melintang, kepala belah kanan macam kite scan tadi tue kan.. saya cadangkan untuk caesar.. so, minggu nie dh 37w++, by week 38 dah boleh operation sebab baby dah semakin matang.. kita tak tunggu lama-lama sampai kamu keluar tanda nak bersalin sebab lagi high risk.. macam saya cakap tadi.. songsang tak sama dengan melintang.. so, kamu kena tau lah, normal ke operation pun dua-dua ad risk.. tapi untuk caesar nie.. mungkin akan ada affect dekat usus besar, kena kencing ikut perut atau apa2 yang lain lah.. tapi nau'zubillah mintak hindar semua tue.. saya cadangkan kamu datang sini isnin pagi, selasa boleh operation dah.. nanti puasa semua la kalau jadi operation.. tapi kita akan monitor dlu hari isnin tue.. mana tau baby pusing.. cumanya low sgt potensi.. sementara tue, continue makan ubat ye.."

tq doc.. isnin jumpa lagi..

.
.
.
.
.

perjalanan pulang yang hambar.. hanya air mata peneman..

Wednesday, June 8, 2011

5th Check-up PPUM..

pagi nie appointment pukul 0845.. sikit lewat sebab MIL xtau nak pegi keje dulu atau terus je balik kampung pagi nie.. cuti dah amik tapi boleh je kalau nak pegi keje.. at lasttttt, setuju bertolak balik kampung lepas je balik check-up n selesai hntar kete pegi car wash..

RM6 lagi.. macam biasa..
1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110, EFW 2.125kg
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/110
5th check-up, 36w++ : 51.5kg, BP 92/110

banyak tue berat naik dr 300g jadi 900g.. tapi tak puas hati sgt BP.. mcm mana la nanti..

alhamdulillah.. sekejap je masa menunggu.. 0850 dah boleh jumpa doktor.. wah, muda gitu.. baby progress fine.. uri kt atas, kepala kat bawah, jantung ok.. alhamdulillah lagi.. kali nie pegi bawak buku merah.. yelah, nak balik kampung kan.. risau jugak kot2 bersalin awal.. nak balik 6 hari jugak nie.. rabu hingga isnin.. mintak dr. tuliskan something dalam buku tue supaya ada rekod sikit.. tq dr!


dekat baby dah pesan supaya jangan keluar dulu.. tunggu cukup time.. kalau nak keluar jugak nak buat macam mana.. cuma tak perlu rasanya nak tubik kat tepeng ke tanjung malim ke.. hehehe.. semoga lancar perjalanan pegi-balik kami berlima.. umi, baby, abi, mak, mIL..

.
.
.
.
.

berdebar2 bila hari semakin kurang..

Tuesday, June 7, 2011

Alergik

sejak pregnant nie kena 2 3 jenis alergik..

1) alergik orang cakap ulang-ulang : mula la rasa nak telan orang..
cara atasi : cepat2 tukar tajuk.. jgn ambil hati sangat..

2) alergik kulit : tmbh2 kt kaki.. garu smp rasa nak gigit pn ade.. biar luka.. abis berparut..
cara atasi : amik pelekat dr buah epal, ferrero rocher, harga barang.. lekat kt kaki.. xleh nak garu dah lepas tue.. padan muka!

3) alergik bawang : masa awal2 pregnant dlu smpai nk masuk 16 weeks bru ok.. memang x boleh bau bawang mentah.. bila buang kulit, pekup hidung dgn leher baju pn x hilg..
cara atasi : maka, encik suami jadi tukang masak.. kesiannn.. duduk kt hall smbil bgtau mcm mana cara nak buat..

4) alergik cabai/cili : nie yang paling x paham.. tangan akan panas sgt2.. ada satu hari tue potong 15 bijik cili padi 5 jam x hilang lg pedih tue.. sampai tak tau nak buat apa dah.. tinggal nak potong tangan je rasa.. tue kalau kat tangan.. kalau masuk tekak pulak.. makan la maknanya kan.. mesti tekak panas n pedih je rasa.. ingatkan makan sos cili life je jadi macam tue.. cabai blend pun sama gak bila dah masuk dalam makanan pun.. kalau sos cili pun sama jugak..
cara atasi : no solution..

alergik no 2 yang paling x ingat dunia.. habisssssss2.. mntk2 lepas pantang dapat recover..

Wednesday, June 1, 2011

Last Check-up 2weeks

kali terakhir buat regular checkup utk every 2 weeks.. after this, every week on wednesday kena pergi.. wohaaa!! alhamdulillah.. timing appointment dah semakin awal.. dari 0930 sekarang dah 0845..

dan untuk check-up kali ni sampai ke PPUM kul 0726.. daaaaaaaaaaannnnnnn... semua orang tengah beratur.. sebab nombor start 0730.. sekali dapat nombor 1016.. 15 orangtue dah datang lagi awal.. x masuk lagi yang baru first visit.. kiranya ada la jadi dalam orang ke 32 jugak..

kali nie biasa je, so RM6 balik.. untuk rekod,

1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/100

apa? berat naik 300gram jek? BP turun lagi.. padahal makan kenduri baaaanyak sangat.. mungkin ada time yang skip makan.. tue sebab naik sikit je.. or graph tue dh mula sampai ke point slow growth.. hehe..

check-up kali nie dapat dr. pompuan.. yeyy!!! very the lembut.. and kali nie kena cucuk Anti Tetanus Toxoid (Kancing gigi) untuk kali ke-2.. nurse kata, kalau pregnant dalam masa 3 tahun, tak perlu inject dah.. tapi kalau dah masuk tahun ke-4 kena inject sekali.. ok nurse! tq untuk info.. dan kali nie kebas-kebas tak macam yang first dulu.. mungkin dia tercucuk sampai ke tulang kot..

suka sangat bila Islam yang buat kerja.. sebab ada baca bismillah.. dan itulah pesan FIL kat doktor2 dan nurse2 bila bagi ceramah bawah Kementerian Kesihatan.. jangan lupa baca bismillah.. supaya lebih berkat.. =)

.
.
.
.
.

minggu depan after check-up terus balik kampung.. yey!! moga selamat perjalanan pegi balik.. dapat bersalin kat PPUM.. doakan saya.. will be offline rabu- isnin.. kena balik isnin sebab ahad confirm jem atas highway.. kalau selasa pun okey jugak.. tapi nak balik cepat.. nak deliver KL jugak!! huhu..