Thursday, October 18, 2012

7 Perkara Pertama Perlu Dilakukan Sebaik Sahaja Tiba ke Destinasi

Assalamualaikum..
Hi readers!


7 Panduan Hari Pertama berada di luar negara.


1. Cari rakan yang dapat membantu
Bermula dari Malaysia lagi, hantarlah email dan minta bantuan sesiapa untuk pick up di airport dan bantu menguruskan keperluan sementara. Jangan malu dan segan sebab kita orang baru yang perlu belajar banyak perkara. Dan mereka juga pernah bergelar orang baru di perantauan. Manfaatkan peluang untuk belajar tentang peraturan jalan raya dan tempat2 membeli makanan runcit yang murah dan halal.

2. Petempatan sementara
Tetapkan ke mana arah yang nak dituju. Sebolehnya cari lokasi strategik dan mudah untuk explore sendirian. Pilihan kami Malaysia Hall yang ada public transport terus ke Uni. Pastikan booking dah selesai dari Malaysia lagi. hanya pergi check-in dan boleh simpan barang untuk sementara.

3. Buka akaun bank
Bank ada banyak pilihan. Paling femes Commonwealth Bank, ANZ, NAB. Pilihan kami Commonwealth Bank. Tunjuk Unconditional Offer Letter dari uni supaya tak kena monthly charge $6. Selesai, terus masukkan cash yang dibawa dan mintak bank statement. Bank statement nie tersangatlah penting untuk kegunaan sewa rumah, beli kereta dan sebagainya,  Lebih tinggi dan banyak duit di bank, lebih baik (boleh guna senlnagai merit point). Tunggu +- 2minggu untuk kad bank sampai ke alamat tetap (kenalan). Keperluan untuk debit kad yang paling utama supaya mudah tak perlu bawa cash yang banyak.

4. Beli nombor telefon
Kami beli prepaid Optus di airport untuk sementara dapatlah call family di Malaysia dan skype mereka. Selepas buka akaun bank, encik suami daftar pula Postpaid Vodafone a$39 instead of a$49 per month dan dapat kredit a$550, 1GB data. Nak daftar postpaid perlukan bank statement juga sebagai bukti.

5. Pakaian yang sesuai
Kalau datang in family, paling mustahak adalah mengenai kesihatan ahli keluarga yang lain. Untuk memastikan kelancaran,  ditambah pula cuaca sejuk, belilah pakaian panas tambahan jika perlu.  dari Malaysia kami hanya beli thermal wear 2pcs seorang dan wintercoat reviseable untuk suami mudah ke uni.

6. Rumah
Jangan terkejut, sejumlah peruntukan wang yang ada dibank akan dihabiskan untuk rumah sewa yang rata-rata bernilai a$300-a$600 untuk kawasan bandar dengan 2 bilik dan 1 ruang letak kereta atau a$200-max untuk kawasan luar bandar dengan 2 bilik, 1 ruang kereta sekurang2nya. Syarat utama untuk memiliki rumah sewa di sini adalah menghadiri inspection yang dibuat oleh ejen hartanah dan mencapai markah merit 100 untuk setiap orang dewasa yang bakal menyewa di rumah tersebut. Antara komponen merit pula ialah lesen memandu, pasport, bank statement, bill, birth certificate dan sebagainya. Google mengenai suburb dan kawasan yang bersesuaian untuk menyewa dari Malaysia lagi. Bayaran pertama meliputi 2 bulan sewa.. Untuk rumah kami di Brunswick yang terletak kira 5 km dari University of Melbourne, kadar bulanan adalah a$1434, 2 bulan = a$2868.. wow!! jgn convert duit Malaysia ye..





ruang tamu, dapur, bilik, bilik air dan laman belakang (backyard)











7. Kenderaan
 Jika datang bersama 2 orang kanak-kanak dan bawa bersama sejumlah wang yang banyak, eloklah kiranya dapat pertimbangkan untuk beli kereta di hari pertama. Harga kenderaan second hand bajet antara a$2500- a$5000). Untuk beberapa hari pertama, kami dibantu oleh Farid dan Safwan juga tram. Kereta Camry 1995 kami a$2800 dibeli selepas sebulan berada di sini. Pastikan juga berapa banyak car seat yang diperlukan untuk anak-anak kerana peraturan jalan raya disini sangat ketat dan elaklah dari saman. Kaji keperluan basikal sama ada dapat membantu anda bergerak ke uni.








7 comments:

  1. Besarnye rumah Izzah :) Untungla. hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Basyee.. Tapi hakikatnya rumah kami kecil dan mahal.. hehe..

    ReplyDelete
  3. saya berminat berkerja di sana ada cara x untuk saya dan family pergi bersama?sila email avecenna19@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf cik anon.. saya tidak tahu maklumat tentang cara kerja di sini.

      Delete
  4. Assalamualaikum. ? Tahniah dn trma ksh atas info yg dbri.. sgt mmbntu..insyaAllah 2hb 9 ni saya akn smpe di melbourne. ? Utk lawatan prsndirian saya slma 5 hari dsna.bole ke jmput sya di airport jm 11.30 mlm smpe wktu Melbourne..lwtan prtma saya..email sya rymy10@yahoo.com mnta bntu ye kak trma ksh..

    ReplyDelete
  5. Assalam hai sis thanks ats info y diberi,sy nk tanye betul ke brg mkn dr lua ssh nk bawa masuk ke aus,sbb ari khamis ni sy nk ke aus gold coast slme 5 ari tp sy dpt tahu bnyk brg makanan y xboleh dibawa tp ade kwn2 kate boleh bawa so sy jd konfius boleh bawa ke x n ape y y boleh bawa,contoh biskut n magie boleh ke xsis?thanks bantuan n info sis sgt dihargai :-)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete