Tuesday, October 30, 2012

Malaysia Hall Melbourne & Kenangan Lucu dengan Tram

Assalamualaikum..

Hi readers!

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di Melbourne..


Ni biri-biri Australia di Collingwood Children's Farm, 18 St Heliers St, Vic.


Sambung cerita ye.
Lepas Akhi Farid dan Safwan pick up kami di airport, kami singgah makan di Restoran Kebab paling murah. AUD4 sebiji. Harga biasa Aud8-12. Gambar tiada kerana jetlag dan tengah menggigil. Mulut Iffah Humaira pun kebiruan masa ni. Air kopi panas 100°c pun tak sampai 2minit dah mula suam, 5minit tu dah macam air kosong.

Lepas makan terus laju-laju tuju ke van dan menghala ke penginapan sementara iaitu, Malaysia Hall Melbourne. Alkisahnya, masa booking yakni 2 minggu sebelum datang Melbourne tu, kami perlu sewa 2 bilik asing lelaki perempuan sebab fully booked!
wahh.. ramainya orang Malaysia di Melbourne ye! Mana saya tau? cuba baca ni syarat duduk sini..


Polisi Malaysia Hall Melbourne
  • Hanya rakyat Malaysia sahaja layak memohon untuk menetap di Dewan Malaysia. 
  • Keutamaan hanya akan diberikan kepada pelajar yang tiba bersama suami/isteri dan anak-anak. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum ketibaan. 
  • Pelajar transit yang membawa keluarga boleh menetap di Dewan Malaysia tidak melebihi 3 minggu.(Jika ada kekosongan) 
  • Pelawat hanya dibenarkan menetap tidak melebihi 5 hari. 
  • Pihak MSDA berhak untuk menolak mana-mana permohonan jika semua bilik telah ditempah. 
  • Pelajar dibenarkan untuk membuat permohonan bagi pihak keluarga terdekat (Ibubapa, keluarga).
  • Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui email atau faks.
  • Dewan Malaysia tidak beroperasi seperti Hotel dan tidak menyediakan tuala atau toiletries.

Tetapi alangkah beruntungnya kami dipermudahkan urusan oleh Allah Ta'ala.. Alhamdulillah kami dapat satu bilik siap ada toilet lagi macam hotel (Kalau ikutkan bilik bujang takde toilet khas). Yang lagi best bilik tu sebelah pantri, berdepan dengan pintu belakang dan tersembunyi sikit. Bila part tersembunyi ni lagi la seronok sebab masa ni tengah musim exam. Kiranya student undergrad yang memang ramai duduk di sini tidaklah terganggu dengan tangisan dan jeritan Iffah Humaira.

Pantri Malaysia Hall pun best! Ada peti sejuk, sinki dan microwave. Makanan pun ada kalau nak beli tapi kami tak beli pun. Sebab utama, otak auto convert AUD ke RM (RM1 = AUD3.2) dan sebab kedua mahal.. AUD3 utk mee goreng = RM10. heh! ok, tak payah makan la jawabnya.

Sebab ketiga.. jeng, jeng, jeng...
kami ada stok makanan sendiri berupa nestum, milo, oat, biskut Hup Seng, Berahim Kurma, Berahim Rendang, Serunding daging (ni memang pelik patut daging tak lepas masa inspection kastam), Sardin, beras dan bermacam-macam lagi.. Bestnyaaaa!! Selain itu, kami juga ada blender, kettle electric dan rice cooker..

Tapiiii.. sedihnya tak boleh masak!

Maka, kami pun tidur dan berehat je dulu sementara tuan suami pergi ke city untuk buat akaun bank, pergi real estate amik borang apply rumah, beli simkad postpaid, beli roti dan pelbagai lagi urusan yang kalau kami ikut pasti melambatkan beliau.

Kepulangan tuan suami juga dimeriahkan oleh makanan yang beliau bawak pulang berupa
1. kad prepaid tram
2. baju sejuk untuk Iffah Humaira (AUD10)
3. buah kiwi, apple dan roti (AUD5), 4. paling best: nasi dan 3 jenis lauk sebanyak 3bungkus Harga AUD5.50 setiap satu dari Lazzat Restaurant milik Islam Indonesia! woohaaa.. memang lompat setinggi langit dapat makan nasi.. Sebenarnya itu harga Happy Hour jam 430-530 petang Isnin - Jumaat.

Itu cerita hari pertama!

Hari berikutnya aktiviti yang kami buat adalah
1. makan makan dan makan
2. cari rumah online, isi siap2 semua borang-borang real estate, setiap agensi 3 borang rumah
3. baca buku dan surf internet
4. skype dengan family di Malaysia
5. ronda city sementara city dekat 10minit je naik tram
6. tido dan tido lagi
7. inspect rumah
8. ke universiti jumpa supervisor (kami ikut sekali saja untuk tengok tempat, siap ada guider lagi)
9. shopping baju winter coat di MYER baju second hand di SAVERS dan perkakas dapur di COLES & BIG W
10. ziarah keluarga Akhi Azlan juga ISMA AUSTRALIA yang kenal melalui email sejak setahun sebelum.

Hari ke-7 apply extend period di Malaysia Hall.

Hari ke-8 kami hantar semua application rumah ke semua real estate pinjam kereta Akhi Azam.

Hari ke-9 kami confirm dapat rumah.

Hari ke-10 checkout dari Malaysia Hall juga atas pertolongan Akhi Farid dan Safwan.

Sepanjang di Malaysia Hall kami buka 1 luggage besar dan satu hand luggage. Sebenarnya semua baju vacuum pack dan memang rasa sayang nak buka. Rotate pakai sebab tak berpeluh dan ada juga yang kami basuh. Selain tu sempat juga menyumbang AUD3.50 lebih kurang untuk mesin basuh dan dryer.

Keseluruhannya kami bayar AUD280 untuk sewa dan penginapan tak termasuk laundry di Malaysia Hall Melbourne.

AUD 6+12+12+0 = AUD28 x 10hari = AUD280.


Alamat:
DEWAN MALAYSIA MELBOURNE
K4, High Street, Windsor,  VIC 3181

Kadar Bayaran Sehari :
Undergraduate AUD 4.00
Postgraduate AUD 6.00
Tetamu AUD 12.00
Kanak-kanak(  >7 Yrs) AUD 4.00
Kanak-kanak ( < 7 Yrs) Tiada Bayaran

Isi borang dan email dari Malaysia guna borang ini ye..

Permohonan penginapan untuk pelajar
Permohonan penginapan untuk bukan pelajar/tetamu

Kadar bayaran terkini untuk Malaysia Hall Mebourne sila klik SINI.

Gambar kenangan kami di MH..













 






 Lemon besar2!





Gambar kenangan first time di University of Melbourne














Penat ronda Iffah Humaira pun...........




Harga minyak di sini pada hari yang sama dan stesen yang bersebelahan. Tengok pada unleaded. Selalunya harga lain-lain walaupun sebelah-sebelah kedainya.  Sekarang sudah semakin mahal.  Kalau nampak aud139.90 tu boleh la cepat-cepat isi.

Ye, 7eleven ada kedai minyak di sini.



Dan kalau beli barang dapur di Coles lebih AUD30 akan dapat resit yang dibawahnya ada barcode utk dapatkan harga minyak diskaun. Boleh jadi diskaun antara 4, 6, 8, 10, 12 hinggalah 16sen.


Nie gambar first time solat luar rumah belakang stesen minyak sebab tak perasan Zohor dah nak habis waktu. Huwaa.. memang sejuk sampai ke otak masa sujud atas simen ni. Lepas je solat terus zahirkan rindu yang teramat sangat pada kemudahan solat di Malaysia.


Durian pun ada di pasaraya Melbourne. AUD5.48/kg




Lagi gambar-gambar Iffah Humaira masa 11 bulan.


Gambar lepas penat menangis kena duduk dalam car seat.









Oh ye, ada cerita lucu sepanjang duduk sini..

Kalau dari MH nak ke Melb Uni boleh naik mana2 tram je yang menghala ke city dari High Street di stop 27 dan stop 28 ada 1 tram je. 2stop ni 2minit je jalan kaki dari MH.
Dan nak balik pulak paling senang naik tram Glen Iris (route 6) yang akan berhenti di 2 stop 27 & 28. Selain itu boleh juga naik tram lain yang berhenti di stop 27 iaitu tram route 3, 3a, 5, 64 dan 67.

nie gambar tram dan sign biru tu tempat lab tuan suami. Royal Dental Hospital Melbourne.



Apa yang melucukan, tuan suami yang keseorangan dari Uni Melb naik tram no.8 (ygang tak boleh sampai ke MH pun!) Itu pun beliau sedar selepas terperasan yang tram tu belok kurang dari timing sepatutnya. (Kalau naik tram no.6 je yang ada belok sekali kalau nak turun di stop 28. Tram lain semuanya patut straight dan berhenti di stop27.)

Dalam suasana gabra dan matahari dah di kaki langit, sejuk serta gelap, beliau pun cepat2 tekan loceng dan turun di stop yang tak tahu nombor berapa. Menggunakan Google Maps, beliau pun baliklah ke pangkal jalan  dan naik semula tram yang lalu kepenatan. Beberapa minit kemudian, setelah beberapa stop dilalui dan masih belum sampai2, beliau pun tengok Google Maps semula dan terperasan yang.. tram semakin menghampiri city! Allahu akbar! Cepat2 beliau turun lagi sekali dan telefon saya bertanyakan nombor tram dan stop untuk ke MH.. Akhirnya beliau selamat sampai ke sisi keluarga yang kelaparan nasi dengan menaiki 3 tram! Kesian tuan suami.. tetapi pecah perut kami bergelak malam tu..


Sungguh, jauh perjalanan luas pemandangan!
Malu bertanya, sesat jalan!

.
.
.

p/s : eh, isteri baru 2hari naik tram dah hafal? itulah suami isteri kan saling melengkapi.. hehe..

37 comments:

  1. Assalamualaikum :-)
    Wah blog ni lagi informatif dari website MSDA :-) Terserempak dgn this page masa nak survey accomodation di Melbourne. Nak tanya, bilik di M'sia Hall ada air con tak? Kami nak ke sana 25 Dec nnti, summer tu, takut panas budak2... Nak dok hotel, mahal.... Terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. TQ for reading my blog puan.
      Berdasarkan pengalaman saya, bilik yang saya duduk tiada aircond dan kipas.. hanya heater sahaja yang ada..
      Saya tak pasti untuk keseluruhan bilik lain macam mana.

      Delete
    2. Terima kasih reply :-) Suka baca blog yg informatif n berguna macam ni, thumbs up! Alamak ye ker tak de kipas / aircond.. kalau winter takpe tapiiii summer la sekarang ni. I guess we get what we are paying for. Terima kasih again :-)

      Delete
    3. welcome.. Jangan lepaskan peluang petik berries ye puan! mesti teruja.. :D

      Delete
  2. Salam, nak tanya. Susah x nk cari accomodation kt sana? sbb saya bakal ke melbourne this coming march. tp sy pergi sorg2. so, tgh risau pasal penginapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm cik anon.
      nak cari rumah pada masa sekarang lebih mudah.. tidak seperti beberapa tahun lepas sehingga 2 bulan menunggu masih belum dapat rumah.. saya dpt rumah lebih kurang 3hari lepas memohon..
      boleh baca entri ni untuk panduan mencari rumah ye..

      http://nurulizzahz.blogspot.com.au/2012/11/panduan-mencari-rumah-sewa-di-melbourne.html

      Delete
  3. Salam Puan Izzah, panduan yg cukup informasi mengenai Melbourne. Saya nak bertanya bagaimana nak tempah penginapan di MH. Saya dah hantar borang dan mereka maklumkan tempahan cuma boleh dibuat 2 minggu sebelom sampai.Betoi ka atau ada cara lain untuk tempah dalam waktu sekarang. Saya akn pergi bercuti kesana pada March 2013 bersama kawan. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Puan.
      Saya buat tempahan melalui email sahaja seperti yang tertera dlm borang tersebut. Jika merujuk kepada borang tersebut, tempahan boleh dibuat 2mggu sebelum sampai ke Melbourne. boleh jadi kedatangan Puan pada bulan Mac nnt merupakan peak period yang menyebabkan MH tidak membuka tempahan yang awal. Harap membantu puan. Terima kasih.. :)

      Delete
  4. Salam, tkasih. Selain mh, mana tempat tinggal yg sesuai Dan murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada saya dapat maklumat dari kawan2 lain sy akn maklumkan di blog ye puan. :)

      Delete
  5. Salam . Menarik nye blog awak ni , sye akn ke sana dengan family pd ujung bulan 4 .. Mse tuh musim luruh kan? . Malaysian hall ni berapa bayaran die yer? Bilik ok ke utk duduk 1 family 4 org . Tq so much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.

      Tq for reading puan.

      Ye, bulan 4 masih dalam musim luruh yang hampir ke sejuk. Kadar bayaran seperti di bawah dan kalau ikut kepada bilik yang kami dapat seperti di atas ni mmg muat dan berpatutan dgn hrganya yg murah..

      Kadar Bayaran Sehari :
      Undergraduate AUD 4.00
      Postgraduate AUD 6.00
      Tetamu AUD 12.00
      Kanak-kanak( >7 Yrs) AUD 4.00
      Kanak-kanak ( < 7 Yrs) Tiada Bayaran

      Delete
  6. Salam perkenalan Puan Izzah,
    Saya kemungkinan akan ke sana bersama isteri untuk sambung phd..senang dapat rumah sewa kalau pergi sekitar hujung bulan 2? berapa ye rate rasanya untuk 2 orang iaitu suami isteri dan ada cadangan tempat? U saya RMIT, sebelah U melbourne rasanya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm DrInspirasi.

      InsyaAllah senang dapat rumah sewa sekarang ini. Walaubagaimanapun, bulan 2 dikatakan sebagai peak period kerana ini merupakan bulan pendaftaran dan kemasukan untuk adik-adik undergraduate kebanyakkannya.
      Maaf DrInspirasi saya kurang jelas mengenai soalan rate tersebut. Adakah bagi rumah sewa? Jika ya, tuan jemput baca di sini ye.. http://nurulizzahz.blogspot.com.au/2012/11/panduan-mencari-rumah-sewa-di-melbourne.html
      Ye, betul, RMIT hanya terletak bersebelahan Uni Melbourne jika di Swanston Street.
      Terima kasih baca blog kerdil saya.

      Delete
    2. Mana ada kerdil..banyak info Australia saya dapat di sini. Terima kasih

      Delete
  7. Tkasih piano izzah, harap dapat informasi lg, d sana ada tak pakej melancong dari pelajar atau org Malaysia atau puan boleh jd pemandu pelancong sy? Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada dikalangan kami yang boleh. Sila msg sy butiran di FB ye: http://www.facebook.com/nurulizzahzulkifli

      Delete
  8. Salam.. Sy tlh book tiket ke Melbourne pada 28.5 2013 - 3.6.2013. blh bg sy cadangan tempat tinggal (lebih kurang dgn M'sian Hall). Memang saya bercadang utk tinggal di M'sian Hall tetapi dikhuatiri permohonan saya ditolak. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sm la..sy pegi 29 may - 4 jun..

      Delete
  9. Assalamualaikum. trima kasih for the information. really helpful! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. terima kasih ats mklumbalas

      Delete
  10. salam .. akak ..saya dan kwn2 dalam 10 org ada nak buat project di sana dalam masa seminggu.. akan sudi ke bantu dan guide kami.. dari segi penginapan .. makanan n pengangkutan di sana .. boleh tau suami akak study di universiti mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ainroslan.
      boleh akk tau akan datang ke sini bila? suami akk di Melbourne University..

      Delete
  11. anggaran dalam bulan 8 lepas raya .. boleh ke ? tapi ktrg dalam process pembikinana proposal .. x approve lagi .. cbb ktrg perlukan detail tuk masuk dlm proposal ..itu perlukan orang yg ada di sana .. harap akak sudi bantu saya .. saya student degree di pahang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dear.. akk bantu semampunya.. boleh email akk nurulizzahz@gmail.com

      Delete
    2. time kasih akak ... saya email akak okey .. =)

      Delete
  12. salam..pn izzah...sy nk ke melbourne pd 23 hb meini..d sy dtg seorg utk bercuti..spptnya kawan sy tggu tp drg da terpaksa berpindah ke gold coast sdg tiket sy mmg ke melbourne..sy tgh blur mcm mn nk wat nih..bole bantu sy?nk burn tiket syg lak...

    ReplyDelete
  13. salam pn izzah,

    saya dgn family akan ke melbourne hujung thn ni...nak tanya sket..betul ke susah nak bwk makanan ke sana...cth mcm makanan bertin. kami plan sewa rumah n masak jek..n satu lg anak saya masih minum susu...bole ke bwk susu formula..tq

    ReplyDelete
  14. Platinum, Salvo Property Group's project, has already been marketed to China and still in continous sales. Read the news article for more details here: Real Estate.

    ReplyDelete
  15. Salam.saya nk tanya if accomodation utk 20 org nk cari kt mna ye area melbourne?? Sbb kitaorg dr uitm nk buat trip ke sana august ni. But malaysian hall dah penuh time tu.kalau boleh nk accomodation yg murah.harap akak boleh tolong.tq

    ReplyDelete
  16. Salam Pn Izzah,

    Saya Roha..nak tanya mengenai penginapan di DMM..saya akan pergi melancong dengan asben, and 2 daughter ( 4thn & 1 thn)..so di DMM bathroom tu attach dengan bilik ke? Untuk kemudahan air panas mcm ye..utk bancuh susu..boleh dapat di pantry ke atau kene minta dengan kantin? kami akan ke Mel around 24 oct until 29 Oct..

    ReplyDelete
  17. berkali2 baca ur blog...best. saya nak pergi sept in sya allah.. tq for info

    ReplyDelete
  18. berkali2 baca ur blog...best. saya nak pergi sept in sya allah.. tq for info

    ReplyDelete