Tuesday, December 27, 2011

macam mana 6 bulan terbang..

macam mana 6 bulan terbang..

a.k.a how 6 months flies..


Assalamualaikum readers!

Iffah Humaira is 6 months old.. baru 27 Disember dah 6 bulan? kan umi dah maklumkan pada entry lepas, masuk je 6 bulan, akan start kira ikut kalendar Hijrah.. maka, tadaaa.. 28 Muharram adalah tarikhnya. kalendar Masihi, 24 Disember. Ok, post nie lambat.. :P

Rasanya usia 5 bulan adalah yang paling best untuk anak umi nie. Setiap minggu (jumaat till ahad) adalah jalan-jalan-jalan. dan setiap sabtu atau ahad atau kedua2nya adalah hari nangis-nangis-nangis.. T.T  Sebabnya..

24/11 (Khamis) : KJ - Kuantan
25/11 (Jumaat) : Kuantan - Kuala Terengganu (melalui Jabor)
26/11 (Sabtu) : Kuala Terengganu
27/11 (Ahad) : Kuala Terengganu - Kuantan (melalui Dungun, Kerteh)
28/11 (Isnin) : Kuantan - KJ (singgah di Kuala Gandah)
02/12 (Jumaat) : KJ - Melaka
03/12 (Sabtu) : Melaka
04/12 (Ahad) : Melaka - KJ
09/12 (Jumaat) : Ampang
10/12 (Sabtu) : Ampang
11/12 (Ahad) : KL
15/12 (Khamis) : KJ - Skudai
16-17/12 (Jumaat - Sabtu) : Skudai
18/12 (Ahad) : Skudai - Shah Alam
24/12 (Sabtu) : KJ - Port Dickson (melalui Dengkil, Sepang)
25/12 (Ahad) : Port Dickson - KJ

KJ bukan Khairy Jamaludin.. KJ adalah rumah di Kelana Jaya iaitu tempat tinggal sekarang.. hehe..


Atas nie jadual perjalanan. Semuanya adalah rezeki Allah kepada ArtByFizz Photography.. Terima kasih pengantin semua Farah & Suharto jugak Wani & Wan dan tak ketinggalan Ilyas & Laila dengan ucapan semoga kekal sampai ke syurga.. Kerana anda semua, dapatlah kami merasa angin Terengganu yang alhamdulillah panas terik dan tak banjir jugak angin Johor pun cuaca sangat baik dan tak cemburukan kami..  Tak lupa jugak angin Negeri Sembilan yang satu hari sebelumnya hujan turun mencurah2 ke atas jalan raya, tapi hari kenduri pulak takde setitis hujan pun.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua..  (ucapan retisss  :p)

Tapi bukan semua.. masa di Melaka dan Ampang, senapang semua direhatkan. takde kudrat dah nak menembak dengan abi pun tengah mood exam masa tue..

Jalan-jalan-jalan adalah paling best untuk Iffah Humaira.. sampaikan bila letak je IH atas katil terus pengsan kepenatan.. Mana taknya dialah yang paling sakan bergelak dan paling comfort tempat duduk dan tak lenguh-lenguh (atas orang / atas tilam / atas car seat). Nangis-nangis-nangis pulak adalah paling tak best untuk IH sebab bila celik mata je, umi dah takdak pulak! Abi pun takdak! siap ada peristiwa hari ini dalam sejarah lagi..


Hari ini dalam sejarah..
18 Disember 2011.. 
Ini adalah hari di mana Iffah Humaira berjaya menggelabahkan tok dan tokwannya gara-gara ketantruman Iffah Humaira. Faktor utamanya adalah bila celik mata saja, dah berada di rumah dan umi wa abi takde di situ.. Disebabkan oleh tok dan tokwan yang belum pernah melihat gelagat cucu mereka yang (mereka percaya mampu tinggal di rumah tak perlu bawak follow shooting sekali) menangis tak henti-henti sebelum ini (neni dah biasa dah.. neni tau, plg kuat pun sejam je t berhenti sendiri sebab penat dah), maka.............. setibanya tokwan dari surau, tok mencadangkan kepada tokwan untuk bawa IH jalan-jalan dalam kereta bersama-sama neni jugak.. Malangnya, tangisan belum berakhir, dan mereka bergerak pula ke Masjid Negeri Shah Alam.. setibanya disitu, IH diam dan sedu-sedan je berbaki hampir 1 jam jugak.. sejurus selepas itu, IH diam serta-merta setelah ternampak kelibat merah jingga kereta abi dan terus tersenyum bila nampak umi. jeng!!!!! Terus terpa umi dan tak mau lagi kat sapa2 dah.. Terussss bawak pegi shoot outdoor skali..
Masa : 30 minit selepas azan Zohor hingga azan Asar.. 
Pakaian tokwan : kain pelikat dan teluk belanga pegi sembahyang zohor,
Pakaian tok dan neni : kain batik, tshirt dan tudung.. :p haru takk??

Progress sepanjang melangkau usia 6 bulan, IH meniarap,melentang, undur ke belakang semuanya sendiri serentak sekaligus dalam tempoh 2minggu kebelakangan ni.. IH sampai umur 5 bulan pun tak reti nak meniarap sendiri.. Ruang tamu yang kosong tue memang best untuk IH buat shot hindustan yang guling-guling. Wah, tak sangka sungguh! Alhamdulillah.. mudah nak pakaikan pampers sampai IH 5 bulan.. sekarang dan lepas nie, semakin mencabar la..kui3..




IH di Kuala Terengganu


 IH di Kuala Gandah, Pahang


 IH di Senibong, Johor




.
.
.
.
.
plg umi kena hati-hati bila IH atas katil..


Thursday, December 1, 2011

Hak anda sebagai rakyat Malaysia

Dengarnya pilihan raya kat Malaysia tak lama lagi dah.. Readers sume dh dftar mengundi ke belum? Tunggu apa lagi! Inilah masanya untuk kita tunaikan hak kita sebagai rakyat.. Klik sini!