Wednesday, July 1, 2015

Trip to Sydney via Canberra part 1

Assalamualaikum.

Hi readers!

Pada penghujung September 2013, kami sekeluarga berpeluang mengembara ke Canberra dan Sydney buat pertama kalinya. Kiranya road trip terjauh kami dengan memandu sendiri. Tujuan asal untuk menghadiri perjumpaan pemegang biasiswa slab/slai bersama pengurusan tertinggi UIAM.

Alang-alang memandu dari Melbourne ke Sydney sejauh 858km sehala mengambil masa sehingga 9jam tanpa henti, jadi kami ambil keputusan untuk bermalam sehari di Canberra.

Canberra adalah ibu negara Australia yang terletak di negeri Australia Capital Territory (ACT). Segala urusan rasmi melibatkan kerajaan Australia berpusat di sini. Gambaran ringkasnya, Canberra mirip Putrajaya. Dipenuhi dengan Bangunan Pentadbiran kerajaan Persekutuan, termasuk Galeri dan Muzium Australia selain Pejabat-pejabat Kedutaan Negara seluruh dunia.

Universiti yang terdapat di ACT ini antaranya ialah Australian National University dan University of Canberra.

Biasanya rakyat Malaysia yang tinggal di Australia akan ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Australia yang terletak di Canberra ini untuk selesaikan urusan pendaftaran kelahiran anak dan juga untuk mendapatkan atau memperbaharui pasport. Tetapi, mulai hujung 2013  segala urusan pasport telah dipindahkan ke Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne. Tidak pasti asbab sebenarnya, jika tidak silap kerana rakyat Malaysia lebih ramai di Melbourne selain akses dan penginapan yang lebih mesra pengguna berbanding Canberra.

Eh! Cerita tentang pejabat kedutaan pula.. -.-

Ok, berbalik kepada cerita road trip kami. Ketibaan di Canberra sekitar jam 10malam. Dah gelap! Tiada apa mahu dilihat lagi. Bandarnya lengang-selengangnya! Jadi terus pecut ke penginapan kami di Canberra South Motor Park di Fhyswick. (Pecutlah sangat maksimun speed Aussie 110kmh. Poket kalau tebal pun jangan buat hal. Saman Aud300)

Pagi esoknya kami ke Commonwealth Park. Tak lain tak bukan untuk tengok tulip secara percuma kerana kami tiada plan untuk ke Festival Tulip pada tahun ini. Kami bagiiii 3.5 bintang saja. Bintang untuk bunga percuma dan park yang bersih :p 




Seterusnya kami ke National Museum of Australia. Banyak info menarik di muzium ini yang berbeza dengan Melbourne Museum. Dan yang paling mencuri perhatian kami ialah the Saw Doctor's Wagon. Maklumat lanjut tentang wagon ini boleh dibaca di http://www.nma.gov.au/exhibitions/hall/saw_doctors_wagon






Perjalanan kami diteruskan ke Parliament House. Dapatlah melihat dewan persidangan yang sebelum ini hanya ditonton melalui kaca televisyen sahaja, melihat beberapa potrait menarik berupa lukisan canvas dan dalam banyak-banyak, ini paling saya suka. Cuba teka siapa?





Perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir, the National War Memorial. Bahagian dalamnya juga sungguh mengujakan dan tak sempat nak cover semua!




Kesemua tempat yang dilawati adalah percuma.. Yehaaa alhamdulillah!

Architecture pada bangunan-bangunan tersebut subhanallah cantik-cantik belakakan? Kreatif! 

Untuk makan tengahari, kami hanya makan bekal yang dimasak sebelum check-out dalam kereta dan makan malam kami ke Food Court yang terletak di City Centre. Ada sebuah kedai Halal di sana, manakala Restoran Pappa Rich Canberra bakal dibuka dalam masa terdekat (alhamdulillah kami dapat makan di PRC pada Jun 2014)

Gambar semuanya ihsan instagram kami atau Google. External HDD perlu hantar ke recovery centre.. -.-

Seharian di Canberra memang tidak cukup untuk kesemua tempat tarikan, tapi alang-alang singgah, berbaloilah juga.

Perjalanan diteruskan ke Sydney..

Bersambung insyaAllah..


Thanks for reading!


















Thursday, January 29, 2015

Januari Tinggal Dua Hari

Assalamualaikum..

Masa sungguh mencemburui
Januari tinggal dua hari lagi
Rasa kelmarin baru mendarat di sini
Tahunya lusa sudah perlu kembali

Selalunya berjalan meniti
Adakala perlu berlari mendaki
Segalanya atas ketentuan Illahi
Misi meraih redha Illahi

Mana mungkin syurga dikecapi
Tanpa mehnah dan tribulasi
Selagi rohani mampu diisi
Kepada Allah kitakan kembali



29 Januari 2015
12:06 waktu Melbourne
9:06 waktu Malaysia

Sofa hijau, karpet merah
Brunswick West
Victoria Australia.


Wednesday, October 15, 2014

Hai dunia!

Assalamualaikum..

Lama saya menyepi dari dunia blogging.

Taip, tanpa publish.

Taip, masuk draf.

Yang dahsyatnya.
Taip dan tak save!
Hurmmmm terus mood ke laut.
😓😓

Menulis di blog, seronok!

Dan menyegankan.

Tambah bila terjumpa blog readers.

Dr. Wafa: Siapa nama ya?
Dila.
 Dr. Wafa: Nama awak pulak?
Izzah.
Dr. Wafa: Oohh.. Izzah yang ada blogspot.com tu ke? 
**terus menyorok belakang kotak mainan anak. Adus! Maluu..**
Dila: haa yelah tu kak.. Saya pun baca blog dia sebelum datang dulu.
Dr. Wafa: tak sangka jumpa ye. Akak baca blog awak banyak info. Terima kasih ye.
Me: ☺️☺️ terima kasih jugak. Ahaha segannya!! Dah lama tak update blog..

Tapi saya seronokkkkk.. Dapat jumpa kawan-kawan baru..




Thanks for reading..