Tuesday, May 22, 2012

Selamat tinggal Kedah dan Penang.. InsyaAllah Jumpa lagi tahun depan..

Selamat tinggal Kedah dan Penang.. InsyaAllah Jumpa lagi tahun depan..

Assalamualaikum readers!

Manusia merancang tapi Allah menentukan.. Manusia merancang tapi Allah sebaik-baik perancang.. Ceramah agama ke?

Cadangnya jumaat lepas nak pulang ke kampung halaman.. Jenguk toknek lelaki perempuan di Kg. Bukit Payong, Pokok Sena Kedah dan Kuala Kedah.. Juga nenek Iffah Humaira di Bayan Lepas, Penang..

Nama pun plan.. Konon nak bertolak jumaat malam, terus tunda ke sabtu hampir jam 11 pagi baru bertolaknya.. Yelah anak dara aktif ni kalau tido tu susah sangat nak bangun.. Nak gerak pn kesian sebab malamnya tido jam 2 pagi.. Ohoho..





IH makan dalam kereta jelah jawabnya.. Banyak kali dah sebenarnya cuma kalini lain sikit sbb kereta tokwan.. Tokwan kan kerja di Melaka.. Jarang tengok cucu punya tingkah.. Disebabkan masa tu tokwan yang drive, maka tokwan gagah berhentikan sebelum masuk tol! Kat stesen minyak la pun kan.. Tapi penat ulang cakap yang everything will be ok kalau makan smbil kereta gerak, IH xsenang duduk kalau xgerak, etc.. Hmpir 10minit gak, tiba2 IH buat siren suruh gerakkn mobil.. Haha.. There, she proved it! Kelam kabut tokwan start enjin.. :p

Dah dalam kereta yang lebih luas dari selalu naik tu, IH mula la nak duduk kat bawah.. Lagi pulak kalau kereta sendiri umi selalu kat depan.. Maka hati seronok riang gembira.. kalaupun duduk di kerusi, mesti nak berdiri smbil menyandar gaya dewasa.. Ohhh.. Anak ummi.. Dah besar nanti tak boleh jadi kecik dah tau..

Pendek cerita, sampai Kedah jam 5 petang.. Alkisahnya balik kampung pun nak tengok toknek lelaki yang tak lalu makan hampir seminggu.. Susah hati kan dengar.. Nampak susut badan.. Kata toknek malas nak ke hospital, setengah hari tunggu pun masih xdapat ubat..

Malamnya tido best sangat.. Tambah best sebab hujan!! Yuhuuu.. KL kalaupun hujan still panas.. Nie sejuk ori xpayah guna aircond punnn.. Wow!!

Dan esoknya... Again!!!! IH masih tido dengan bergaya.. Telefon full ringing volume pun maintain pejam tak gerak.. Macam2 buat : goyangkan tangan, goyang kaki, angkat dan lepas tangan, miscall 3x sume tak jalan! Tiba2 bangun sendiri pulak..

Sibuk je kan nak gerak IH.. Yelah nak buat sumting yang IH waiting for.. Nak jumpa neni!! Neni di penang hampir 10hari dan IH hardly missing!! Tengok gambar neni di phone and start kissing.. Pegang fon n letak kat telinga.. Wahhh..




Bertolak ke Penang jam 11pagi.. Together2 dengan Cik Yana.. Lama Cik Yana tak ke Penang katanya.. Kira macam hadiah dapat ke Kolej Matrikulasi Kedah la nie kan..




Sampai ke butterworth, naik feri.. Dan sembahyang di Masjid Kapitan Keling.. Berapa kali dah ke masjid nie?? Ohhnoo.. Baru sekali sebenarnya.. Haha.. A unique mosque for me.. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya.. Tunjukkan Cik Yana sekolah yang berjasa SMKA (P) Almashoor.. Terus sambung perjalanan pulang ke Bayan Lepas melalui Georgetown - Burma Road-Gurney - Tanjung Bungah - Batu Ferringgi - Balik Pulau - Relau - Sg. Ara - Bayan Lepas.. Jauhkan? If naik Penang Bridge, 15minit dah sampai rumah.. Ini..... 6jam uollss.. Macam KL - Kedah.. Haha.. Mana taknya.. Sepanjang jalan asyik bercakap "ini sementara ada.." errrrrr...

Sampai je rumah nenek, terus meroger sume sanak sedara.. Happy dapat jumpa mana yang sempat.. Tapi tetap sedih cz xdapat jumpa lebih ramai lagi dan x sempat jumpa besties.. Xde rezeki kali ni.. Takpe FB is still relevant till now for me.. Jmpa di FB ya!! Sekejap ja di Penang really touchdown je even sempat makan laksa penang kat Batu Ferringgi..

Oh ye!! IH sangat excited jumpa neni.. Samalah neni pun. Nampak je kereta terus melulu bukak pintu dengan IH pun gaya superman nak terbang. Tangan dah angkat siap2.. Peluk dan pandang je kemana neni nak tuju.. N start mencebik bila neni tak pandang atau panggil.. Rindu sangatlah tu kan?

Pukul 10malam bertolak semula ke Kedah tapi tido di Jitra kalini.. Bye penang! Will miss u like crazy soon..

Till then.. Disebabkan crita panjang lagi.. Tunggu entri lain la pulak.. Dari 5hari lepas lagi type terus tertangguh..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 9, 2012

Masih di Malaysia..

Assalamualaikum readers!


Kami masih di Malaysia.. Dan masih berdoa untuk ditetapkan satu tarikh yang pasti untuk kami berada di KLIA..


Hampir 3 minggu tersasar dari tarikh jangkaan terbang.. Cadangnya untuk fly pada 20April kemudian 27April tidak menjadi kenyataan..


Ada beberapa misunderstanding yang berlaku melibatkan proses pendaftaran seperti eCOE iaitu Confirmation of Enrolment (perolehan 2 CRICOS code yang berbeza) menyebabkan proses mendapatkan insurans tidak dapat diteruskan. Selesai masalah CRICOS code, timbul pula persoalan mengenai OSHC iaitu urusan insurans untuk pelajar dan keluarga yang mana kerajaan Malaysia meluluskan untuk tempoh 36 bulan sahaja sedangkan kerajaan Australia menyarankan agar dilanjutkan sehingga 56bulan kerana kebanyakan pelajar tidak dapat menyiapkan phD dalam tempoh 3tahun yang ditaja.


Hari ini khabar gembira buat kami. Kedua2 masalah telah selesai Alhamdulillah dan boleh teruskan dengan langkah mendapatkan student visa. Esok hari perlu buat medical checkup oleh panel terlantik di Bangsar. Dewasa RM205, kanak2 RM95.. Jumlah RM505 dan hanya RM300 boleh diclaim..


Terdahulu beberapa MYR telah ditukar ke nilai AUD. Aduhai, kecilnya matawang kita.. =.=


Doakan agar urusan kami dipermudahkan.


Jazakallah..


Thanks for reading!


Published with Blogger-droid v2.0.4