Tuesday, October 25, 2011

Persiapan Menyambut Kelahiran Bayi

Assalamualaikum readers!

Lama sungguh blog ni kosong dengan entri terbaru. Sikit bizi akhir-akhir ni dengan job Artbyfizz Photography.. Besides, me, hubby and my father pun dah selamat berkonvo alhamdulillah..

Trio kami 3 beranak, product of Universiti Malaya.. M.DSc, B.Acc, B.EduMgt


Okeh back to the topic, nie persiapan penting untuk sambut kelahiran bayi. Bab-bab yang tidak boleh dipandang ringan oleh bakal ibu dan bapa. Berpandukan agama dan bukan hanya adat semata-mata.

1. Berdoa untuk mendapatkan anak.
 Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah menyuruh umatnya menikah dan melarang keras membujang sambil bersabda: "Kahwinilah wanita yang menyayangi dan banyak anak kerana sesungguhnya aku membanggakan jumlah kamu yang banyak." -HR Imam Ahmad & Imam Abu Hattim Ibnu Hibban.

2. Mengazankan bayi yang baru lahir.
 Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummush Shibyan."
Ummush Shibyan menurut sebahagin ulama adalah jin perempuan, pendapat lain, apa sahaja yang menakutkan anak, dan ada juga pendapat mengatakan ianya angin yang mengenai anak dan boleh menyebabkan sakit.

3. Mentahnik bayi yang baru lahir
 Tahnik adalah menyapukan sesuatu (benda yang manis) pada mulut bayi yang baru lahir. Daripada Abu Musa r.a: "saya dianugerahkan seorang bayi lelaki lalu saya membawanya kepada Nabi s.a.w Beliau pun memberinya nama Ibrahim dan menyuapinya sebutir kurma." - Sahih Bukhari dan Muslim.

4. Aqiqah
 Aisyah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: " Aqiqah anak lelaki dua ekor kambing yang mencukupi dan aqiqah anak perempuan satu ekor kambing." - HR Imam Ahmad & Tirmizi.

5. Mencukur kepala bayi
 Rasulullah s.a.w mengaqiqahkan Husain satu ekor kambing lalu bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya  dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya.
 Ibnu Umar r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang qaza'. Qaza' adalah mencukur sebahagian rambut bayi dan membiarkan sebahagian yang lain.
 Qaza' ada 4 macam :
 i. mencukur kepala di pelbagai tempat disana-sini.
 ii. mencukur bahagian tengah kepala dan membiarkan sisinya seperti yang dilakukan pendeta Nasrani.
 iii. mencukur sisi-sisi kepala, dan membiarkan bahagian tengahnya seperti yang dilakukan kebanyakan orang2 rendah dan hina.
iv. mencukur bahagian depan kepala dan membiarkan bahagian belakangnya.

6. Memberi nama
 Ibnu al-Mundzir berkata : "Ada sebuah hadis daripada Nabi s.a.w bahawa beliau menyuruh supaya bayi diberi nama pada hari ke-7. Kami telah menyebutkan sanad hadisnya daripada Abdullah bin Amru."

7. Berkhatan


tq readers for reading!




p/s : saya mengambil masa selama 2 minggu utk artikel ini..

Monday, October 24, 2011

111 days

Iffah Humaira on 18th October 2011, Genting.. smoga membesar dgn sihat sayang ummi!