Tuesday, December 27, 2011

macam mana 6 bulan terbang..

macam mana 6 bulan terbang..

a.k.a how 6 months flies..


Assalamualaikum readers!

Iffah Humaira is 6 months old.. baru 27 Disember dah 6 bulan? kan umi dah maklumkan pada entry lepas, masuk je 6 bulan, akan start kira ikut kalendar Hijrah.. maka, tadaaa.. 28 Muharram adalah tarikhnya. kalendar Masihi, 24 Disember. Ok, post nie lambat.. :P

Rasanya usia 5 bulan adalah yang paling best untuk anak umi nie. Setiap minggu (jumaat till ahad) adalah jalan-jalan-jalan. dan setiap sabtu atau ahad atau kedua2nya adalah hari nangis-nangis-nangis.. T.T  Sebabnya..

24/11 (Khamis) : KJ - Kuantan
25/11 (Jumaat) : Kuantan - Kuala Terengganu (melalui Jabor)
26/11 (Sabtu) : Kuala Terengganu
27/11 (Ahad) : Kuala Terengganu - Kuantan (melalui Dungun, Kerteh)
28/11 (Isnin) : Kuantan - KJ (singgah di Kuala Gandah)
02/12 (Jumaat) : KJ - Melaka
03/12 (Sabtu) : Melaka
04/12 (Ahad) : Melaka - KJ
09/12 (Jumaat) : Ampang
10/12 (Sabtu) : Ampang
11/12 (Ahad) : KL
15/12 (Khamis) : KJ - Skudai
16-17/12 (Jumaat - Sabtu) : Skudai
18/12 (Ahad) : Skudai - Shah Alam
24/12 (Sabtu) : KJ - Port Dickson (melalui Dengkil, Sepang)
25/12 (Ahad) : Port Dickson - KJ

KJ bukan Khairy Jamaludin.. KJ adalah rumah di Kelana Jaya iaitu tempat tinggal sekarang.. hehe..


Atas nie jadual perjalanan. Semuanya adalah rezeki Allah kepada ArtByFizz Photography.. Terima kasih pengantin semua Farah & Suharto jugak Wani & Wan dan tak ketinggalan Ilyas & Laila dengan ucapan semoga kekal sampai ke syurga.. Kerana anda semua, dapatlah kami merasa angin Terengganu yang alhamdulillah panas terik dan tak banjir jugak angin Johor pun cuaca sangat baik dan tak cemburukan kami..  Tak lupa jugak angin Negeri Sembilan yang satu hari sebelumnya hujan turun mencurah2 ke atas jalan raya, tapi hari kenduri pulak takde setitis hujan pun.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua..  (ucapan retisss  :p)

Tapi bukan semua.. masa di Melaka dan Ampang, senapang semua direhatkan. takde kudrat dah nak menembak dengan abi pun tengah mood exam masa tue..

Jalan-jalan-jalan adalah paling best untuk Iffah Humaira.. sampaikan bila letak je IH atas katil terus pengsan kepenatan.. Mana taknya dialah yang paling sakan bergelak dan paling comfort tempat duduk dan tak lenguh-lenguh (atas orang / atas tilam / atas car seat). Nangis-nangis-nangis pulak adalah paling tak best untuk IH sebab bila celik mata je, umi dah takdak pulak! Abi pun takdak! siap ada peristiwa hari ini dalam sejarah lagi..


Hari ini dalam sejarah..
18 Disember 2011.. 
Ini adalah hari di mana Iffah Humaira berjaya menggelabahkan tok dan tokwannya gara-gara ketantruman Iffah Humaira. Faktor utamanya adalah bila celik mata saja, dah berada di rumah dan umi wa abi takde di situ.. Disebabkan oleh tok dan tokwan yang belum pernah melihat gelagat cucu mereka yang (mereka percaya mampu tinggal di rumah tak perlu bawak follow shooting sekali) menangis tak henti-henti sebelum ini (neni dah biasa dah.. neni tau, plg kuat pun sejam je t berhenti sendiri sebab penat dah), maka.............. setibanya tokwan dari surau, tok mencadangkan kepada tokwan untuk bawa IH jalan-jalan dalam kereta bersama-sama neni jugak.. Malangnya, tangisan belum berakhir, dan mereka bergerak pula ke Masjid Negeri Shah Alam.. setibanya disitu, IH diam dan sedu-sedan je berbaki hampir 1 jam jugak.. sejurus selepas itu, IH diam serta-merta setelah ternampak kelibat merah jingga kereta abi dan terus tersenyum bila nampak umi. jeng!!!!! Terus terpa umi dan tak mau lagi kat sapa2 dah.. Terussss bawak pegi shoot outdoor skali..
Masa : 30 minit selepas azan Zohor hingga azan Asar.. 
Pakaian tokwan : kain pelikat dan teluk belanga pegi sembahyang zohor,
Pakaian tok dan neni : kain batik, tshirt dan tudung.. :p haru takk??

Progress sepanjang melangkau usia 6 bulan, IH meniarap,melentang, undur ke belakang semuanya sendiri serentak sekaligus dalam tempoh 2minggu kebelakangan ni.. IH sampai umur 5 bulan pun tak reti nak meniarap sendiri.. Ruang tamu yang kosong tue memang best untuk IH buat shot hindustan yang guling-guling. Wah, tak sangka sungguh! Alhamdulillah.. mudah nak pakaikan pampers sampai IH 5 bulan.. sekarang dan lepas nie, semakin mencabar la..kui3..




IH di Kuala Terengganu


 IH di Kuala Gandah, Pahang


 IH di Senibong, Johor




.
.
.
.
.
plg umi kena hati-hati bila IH atas katil..


Thursday, December 1, 2011

Hak anda sebagai rakyat Malaysia

Dengarnya pilihan raya kat Malaysia tak lama lagi dah.. Readers sume dh dftar mengundi ke belum? Tunggu apa lagi! Inilah masanya untuk kita tunaikan hak kita sebagai rakyat.. Klik sini!

Wednesday, November 30, 2011

Iffah Humaira.. 5 months

Assalamualaikum readers!

Lama den tak menjengah ke blog.. bersawang bagai siap debu 1 inci lagi.. fuuuuuuuuuhhhhhhh!!!!! haa.. pi jauh-jauh.. lepas sepurnama kalau tak update, baru datang balik ye!

Hari nie, if ikut kalendar masihi, Iffah Humaira dah cukup 5 bulan.. Nie kali terakhir ummi ikut kalendar masihi.. sebab ummi dapati yang kalendar Hijrah adalah lebih accurate untuk perkembangan lil khalifah ummi dan abi..



Untuk perkembangan selama 4 bulan yang dah berlalu tue, ummi dan abi rasa bersyukur sangat-sangat dikurniakan zuriat yang sentiasa menjadi penyejuk hati, insyaAllah selama-lamanya.. Iffah Humaira memang baby yang serious turun ummi dan abinya.. tapi sama jugak macam ummi dan abinya, Iffah Humaira boleh gelak mengekek non stop sampai mata sepet macam umminya..

IH dah boleh capai apa saja yang ada depan mata sampaikan ummi nak minum pun kena tolehkan IH ke sisi lain.. tak boleh ngadap umi lagi, kalau tak, laju je duduk cawan tue kat mulut.. Ummi jugak kena make sure tak de benda bahaya sekeliling IH tambah2 plastik bag yang bunyinya sentiasa menggoda IH.. hee.. Iffah Humaira pun dah start menjerit-jerit sakan.. kata neni anak perempuan memang gitulah ragamnya.. Paling mengujakan untuk IH adalah mandi.. mesti mengesot badan sampai kepala je yang tak masuk air.. confirm yang tukang bagi mandi pun basah sekali bila IH best je tepuk air! paling senang, mandikan dalam sinki.. confirm jimat masa dan tenaga tukang bagi mandi.. haha..

Aktiviti kegemaran Iffah Humaira adalah berjalan-jalan.. amboiii, mana taknya dah ummi dan abi pun macam tue.. tapi bukan setiap hari berjalan.. once dah keluar, memang bersungguh-sungguh la jalannya.. ada je benda yang nak dibuat.. paling common pun, berpagi-pagian di taman.. semua taman kami belasah.. haha.. sebab ummi tak suka pegi tempat yang sama berturut-turut.. dan selalu bear in mind yang Allah lapangkan masa sekarang mungkin kerana masa hadapannya dah kurang berpeluang nak buat aktiviti ni lagi..

Dan alhamdulillah.. IH masih kekal fully BF! dan pilihan IH adalah DF (direct feeding).. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki IH.. sampai ummi terpaksa berkorban beli breast pad.. oh ye, bukan xmau tadah untuk stok, atau perah buat stok, atau sengaja suka-suka nak buang dan tak mau pakai washable.. Ummi dah try macam-macam cara since dalam pantang lagi.. Dah try buat stok, dah try bagi botol, dah try pakai washable.. Resultnya, IH tak gemarkan EBM.. Die hanya minum bila terpaksa macam time ummi pegi shoot untuk ArtByFizz Photography dan jugak bila ummi ada urusan penting yang tak boleh nak usung IH sama macam pegi collect album, jumpa customer dan konvo bulan lepas.. Asalnya, ummi beli botol Pureen masa pregnant dulu, ummi dah tukar teat kepada NUK and still IH tak berminat.. IH akan minum air zamzam je guna botol, tapi EBM memang no! maka, ummi pun tukarlah botol lepas dapat tau dari junior ummi yang Thefirstyear ada botol Breastflow.. memang bila IH sedut, baru susu keluar dan botol tue memang serasi untuk IH minum EBM.. dengan syarat, ummi takde kat situ! sebab tue la ummi discontinue buat stock.. dan ummi pakai disposable jugak, sebab washable selalu bocor dan ak dapat menampung untuk waktu yang lama.. Satu hari 6 keping ummi guna sampai umur IH 3 bulan.. now dah slow sikit.. 4 keping 1 hari.. IH minum air zamzam pun bila tak cukup susu yang ummi stokkan.. solid food, no, no, no.. ummi doakan IH dapat BF sampai umur 2 taun kalau ummi mampu.. kalau tak mampu, ummi akan sulamkan dengan solid food lepas 7 atau 8 bulan nanti.. tapi bersyarat jugak, ummi tak de pilihan lain selain makan, makan dan makan..

dan baru-baru nie, ummi sangat-sangat bersyukur Allah murahkan rezeki Iffah Humaira.. IH menang untuk snap-it-right contest yang Huggies Malaysia buat on 21st November 2011.. task dia,
Hi everyone, here's the sixth task for the Huggies Snap-it-Right Contest. The first five winners will take home a Huggies play tent each, and the following five will win a pack of Huggies diapers Jumbo size. Good luck!

Huggies cares for your child’s safety, so snap a photo of your precious one in his or her comfortable car seat!

 ·  ·  · 21 November at 19:00 via Conversocial · 

Huggies MalaysiaDear all, here are the winners for the Huggies Snap-it-Right Contest for 21st November 2011.
The following winners will take home a Huggies play ten each:
1. Crystal Chua
2. Beena Shashikant
3. Jullyn Hoong
4. Fen Nie5. Siti Azirah
The following five will each win a pack of Huggies diapers Jumbo size:1. Nurul 'Izzah Zulkifli2. Diana Natasha3. Michelle Chong4. Jovi Chong5. Christina Ting
Congratulations to all our winners. Huggies will be contacting you via Personal Message on 29th November 2011 for details on how to claim your prizes, so please be sure to activate the settings on your facebook account by then. ·  ·  · 22 November at 18:01 via Conversocial · 

 Huggies Malaysia
Dear all, here is the corrected winners list for 21st November 2011.
1. Crystal Chua
2. Beena Shashikant
3. Jullyn Hoong
4. Fen Nie
5. Nurul 'Izzah Zulkifli
6. Diana Natasha
7. Michelle Chong
8. Jovi Chong
9. Mary Ann Taruc Ong
10. Noor Azizah Ahmad
Congratulations to our winners! Please enable your PM settings so that Huggies can contact you on 29th November 2011.
 ·  ·  · 23 November at 16:14 ·  

Ikut senarai awal, IH menang Jumbo pack diapers.. then, keluar revised list macam boleh menang playtent.. nanti kita tengok ye hadiah apa yang sampai.. Gambar antara yang terawal..



sebelum tue, 15 november 2011 ummi ada hantar borang redeem swimming pool for RM80 and above purchased Huggies Dry Comfort in one receipt.. Ummi hantar guna pos Ekspres.. Khamis lepas 24november 2011 masa on the way ke kuantan, tok IH bagitau ada parcel.. penat ummi fikir apa yang ummi beli sebab setaunya memang takde.. Snap-it-right tue pun belum call untuk mintak address.. sampaila isnin baru ummi dapat jawapan.. rupanya.

.



Umi, amma, ibu, mak, mama diluar sana.. sila la redeem swimming pool tue.. borang kat tesco pun ada.. last date 31 December kalau tak silap.. dan ofkos, selagi stok masi ada..

till then!

tq 4 reading!


.
.
.


p/s : ummi nak buat travel blog plak lepas nie.. if ada kelapangan.. nak share dalam blog nie jugak.. xnak tukar blog lain..



Tuesday, October 25, 2011

Persiapan Menyambut Kelahiran Bayi

Assalamualaikum readers!

Lama sungguh blog ni kosong dengan entri terbaru. Sikit bizi akhir-akhir ni dengan job Artbyfizz Photography.. Besides, me, hubby and my father pun dah selamat berkonvo alhamdulillah..

Trio kami 3 beranak, product of Universiti Malaya.. M.DSc, B.Acc, B.EduMgt


Okeh back to the topic, nie persiapan penting untuk sambut kelahiran bayi. Bab-bab yang tidak boleh dipandang ringan oleh bakal ibu dan bapa. Berpandukan agama dan bukan hanya adat semata-mata.

1. Berdoa untuk mendapatkan anak.
 Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah menyuruh umatnya menikah dan melarang keras membujang sambil bersabda: "Kahwinilah wanita yang menyayangi dan banyak anak kerana sesungguhnya aku membanggakan jumlah kamu yang banyak." -HR Imam Ahmad & Imam Abu Hattim Ibnu Hibban.

2. Mengazankan bayi yang baru lahir.
 Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummush Shibyan."
Ummush Shibyan menurut sebahagin ulama adalah jin perempuan, pendapat lain, apa sahaja yang menakutkan anak, dan ada juga pendapat mengatakan ianya angin yang mengenai anak dan boleh menyebabkan sakit.

3. Mentahnik bayi yang baru lahir
 Tahnik adalah menyapukan sesuatu (benda yang manis) pada mulut bayi yang baru lahir. Daripada Abu Musa r.a: "saya dianugerahkan seorang bayi lelaki lalu saya membawanya kepada Nabi s.a.w Beliau pun memberinya nama Ibrahim dan menyuapinya sebutir kurma." - Sahih Bukhari dan Muslim.

4. Aqiqah
 Aisyah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: " Aqiqah anak lelaki dua ekor kambing yang mencukupi dan aqiqah anak perempuan satu ekor kambing." - HR Imam Ahmad & Tirmizi.

5. Mencukur kepala bayi
 Rasulullah s.a.w mengaqiqahkan Husain satu ekor kambing lalu bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya  dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya.
 Ibnu Umar r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang qaza'. Qaza' adalah mencukur sebahagian rambut bayi dan membiarkan sebahagian yang lain.
 Qaza' ada 4 macam :
 i. mencukur kepala di pelbagai tempat disana-sini.
 ii. mencukur bahagian tengah kepala dan membiarkan sisinya seperti yang dilakukan pendeta Nasrani.
 iii. mencukur sisi-sisi kepala, dan membiarkan bahagian tengahnya seperti yang dilakukan kebanyakan orang2 rendah dan hina.
iv. mencukur bahagian depan kepala dan membiarkan bahagian belakangnya.

6. Memberi nama
 Ibnu al-Mundzir berkata : "Ada sebuah hadis daripada Nabi s.a.w bahawa beliau menyuruh supaya bayi diberi nama pada hari ke-7. Kami telah menyebutkan sanad hadisnya daripada Abdullah bin Amru."

7. Berkhatan


tq readers for reading!




p/s : saya mengambil masa selama 2 minggu utk artikel ini..

Monday, October 24, 2011

111 days

Iffah Humaira on 18th October 2011, Genting.. smoga membesar dgn sihat sayang ummi!

Wednesday, September 14, 2011

Keperluan Bayi dan Ibu

Assalamualaikum readers!

Mesti semua first mommies tertanya-tanya apa barang yang diperlukan untuk sambut baby? apa pulak untuk mommies? Kat sini nak share sikit apa yang diperlukan.

Untuk ibu sepanjang dalam pantang :
1. Set penjagaan selepas bersalin / Set berpantang 44 hari - saya gunakan set dari Afiat.. dalam tue ada barut ibu, tali pembentan (tak pakai takut syirik), akar kayu periuk untuk diminum, minyak afiat, bedak hangat / param afiat, balm afiat, gel mandian serai wangi, feminine care, pil jamu afiat dan makjun bawang putih
2. Bengkung panjang
3. Tungku besi - saya guna 5kg warisan turun temurun yang sangat berat macam nak putus urat tangan. haha.
4. Maternity pad - 1 pack (boleh juga guna cloth diaper)
5. Stokin sukan lelaki - cotton tebal - 4 pairs
6. Sweater

Nursing purposes:
1. Nursing Bra - tesco pn ada jual
2. Breast/Nursing Pad - Pigeon disposable highly recommended, Washable 3 pasang cukup.
3. Breast pump
4. Nursing Pillow
5. Botol susu mini (2-3oz)
6. Milk storage container plastic - jimat ruang freezer untuk expressed breast milk (EBM)

Baby clothes :
1. Baju lengan panjang - 2 pairs
2. Baju lengan pendek - 2 pairs
3. Newborn Petite / Rompers - 2 pairs
4. Baju lubang-lubang - 2 pairs
5. Mittens & Booties - 5 pairs
6. Barut - 5 pcs
7. Bip - 2 pcs (overseas mom biasanya ada terlalu banyak bip 10helai ke atas yang ditukarkan setiap kali anak menyusu)
8. Sapu tangan - 3 pcs
9. Topi Newborn - 1 pcs selalu ada sekali dengan mittens & booties
10. Selimut yang bertopi - 1 pc
11. Towels - 2 pcs

Diapers :
1. Napkin (boleh juga guna untuk bedung anak)
2. Nappy liner
3. Safety pin
4. Newborn pampers - saya guna Pureen Biru (beli 1-2bungkus untuk permulaan)

Cleaning purpose :
1. Anti- bacterial Detergent
2. Liquid Cleanser
3. Spray baju (guna untuk cuci anak selepas poo)
4. Baby wipes / Wet tissues - for travel 8 packs, for home beli dalam 2 botol. (Bole diy juga)
5. Organic product (saya guna Moogoo Udder Cream jika anak nappy rash)

Health purpose :
1. Nail Cliper
2. Nasal aspirator
3. alchohol swab - untuk keringkan tali pusat lepas mandi. ada hospital bagi, PPUM tak bagi
4. Termometer
5. Minyak Telon / olive oil - untuk urutan
6. Baby Cotton bud - untuk cuci pusat dr daki air bukan cuci telinga 
7. Mosquito Repellant - beli serai wangi based.

Others :
1. Besen mandi
2. Bath mat - supaya tak licin, senang handle baby mandi
3. Penyangkut baju berklip
4. Diapers Bag
5. Changing mat
6. Bakul baby - saya guna bakul hantaran je.
7. Stroller - saya beli travel system kombo dengan capsule (carseat untuk infant up to 6m)
8. Car seat
9. Ergonomic baby carrier : wrap, ringsling, meitai, 

Emergency bag for mommies :
1. buku merah/ kad hospital
2. IC/ kad pengenalan
3. handphone & charger
4. Baju butang depan - 1 pc
5. kain batik - 1 pc
6. pakaian dalam - 2 pcs
7. tudung segera - 1 pc
8. alatan mandian
9. al-quran kecik/sudoku/majalah/buku
10. tuala mandi
11. maternity pad - 3 pcs, hospital punya lagi best coz kain
12. selipar
13. stokin tebal - 1 pc
14. air zamzam
15. makanan sunnah - kurma kismis untuk bagi tenaga
16. termos
17. sweater
18. nursing bra & pad - 2 pcs

Emergency bag for baby :
1. Newborn/ size s Diapers - 5 pcs
2. breast pump & botol
3. Selimut - 1 pc
4. Newborn petite/ jumpers - 1pc
5. Topi, mitten & booties - 1 pc
6. Baby wipes/ wet tissues - 1 pack

last update on 27/1/2015.

Berpantang dan Pantang-Larangnya

Assalamualaikum readers!

After mengharungi detik-detik membahagiakan makan dan makan dengan gelojoh sebab lepas bersalin dah tak boleh buat macam tue lagi, kini tiba masa yang terpaksa ditunggu-tunggu. masa di mana dah tak boleh enjoy semua jenis makanan sesuka hati. masanya is straight away after bersalin.

Dah namanya pun tempoh berpantang a.k.a confinement, maka macam-macam yang kena jaga. Tak cukup bab makan je, sambung lagi dengan bab gaya hidup dan aktiviti harian. Dan tempoh berpantang nie ada banyak siri dan macam-macam bahagian bergantung kepada bangsa and keturunan.  Siri tue hari la maksudnya. 44 hari, 60 hari, 100 hari. Terpulang pada individu.

so, kat sini nak share apa yang boleh dimakan masa dalam pantang.. yelah, selalu mesti ibu-ibu lepas bersalin nie sibuk nak roger dan google apa yang boleh dan tak boleh although mak dan nenek yang jaga dah bagitau awal-awal lagi sejak belum deliver baby.

Buah-buahan :
Epal merah (epal hijau tak boleh)
Oren (yang manis je, masam tak boleh gak)
Anggur (sikit-sikit boleh, takut batuk)
Strawberi, Pear, Lai
Kurma, Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima, Aprikot
Larangan : jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, cempedak, nangka. 

Sayur-sayuran :
Pegaga, Lemun, Daun pudina, Daun kari, 
Sawi, Kailan
Lobak merah, Tomato, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum
Cili merah, Bebawang
Ubi kentang
Larangan : sayur-sayuran yang tumbuh menjalar dan sejuk seperti timun, petola, peria

Ikan-ikan :
Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning, Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.
Larangan : Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang  lain dimana ia  boleh menyebabkan luka-luka  dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit. memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan  fizikal dan mentalnya.

Makanan :
Nasi Panas sederhana lembut
Spagetti, Pasta & Makaroni
Roti Canai, Tosei

Minuman :
Jus Epal, Ribena, Sirap, Sunquick (jangan terlalu masam)
Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika, Ubat periuk
Larangan : minuman bergas dan tajam seperti air tebu, cincau, air kelapa muda, jus nenas, belimbing, durian belanda, mangga, betik. 

Bijirin & Kekacang :
Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes)Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tauhu, Tempe & Taufu) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

Akibat dari makan-makanan larangan di taman larangan istana boleh menyebabkan masalah penyakit tulang, sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

eh, tak habis lagi. bab telur pulak, ada yang kata boleh ada kata tak boleh. Tapi, kalau ikut tok saya yang berbangsa cina, boleh makan telur tapi campurkan dengan lada. Untuk masakan lain tak disuggestkan dicampur dengan lada. Cukuplah sekadar bawang dan halia.

Antara menu yang best : masak asam, masak kunyit, goreng (kurangkan minyak), masak air (air berlinang tak bagus)

Kesimpulannya, boleh dikatakan buah Malaysia yang hidup bukan kat cameron highland sebab buah malaysia banyak penyakit angin tak pun boleh sebabkan sejuk. nak ke kena penyakit menggigil tue? tak mau kan? jangan makan!

Next, berkaitan lifestyle. Eh, rutin harian sepanjang berpantang.

1. Elak naik turun tangga berulang kali. Jika tinggal di rumah 2 tingkat, fikir semasak-masaknya nak berpantang di tingkat bawah atau atas. Kalu pilih untuk berada di tingkat atas, dan ada yang datang menziarah, minta mereka naik atas atau baby saja yang turun ke bawah. Bukan apa, takut bentan atau jahitan lambat baik. Seeloknya, berpantang  di bawah sahaja kalau tiada peneman untuk sediakan air mandian dan masak untuk kita.

2. Jangan main air (sejuk terutamanya). Mandi cepat-cepat dan keluar. Membasuh? Kalau tiada pilihan, buatlah. Tapi minimumkan.

3. Urusan keluar masuk rumah. Minta kerjasama ahli rumah yang lain untuk tidak pulang ke rumah sejam sebelum maghrib dan sejam selepas maghrib. Waktu syaitan nak bermaharajalela pada masa ini. Jika tidak dapat elak, minta mereka tinggal sebentar di luar selama 10 minit sekurang-kurangnya sambil bacakan ayatul kursi, zikir dan selawat. Kemudian baru masuk ke dalam rumah. Begitu juga waktu tengah hari.

Sekadar perkongsian,
1. Seorang rakan saya demam selepas cuci tuala mandi anaknya dalam pantang. Demamnya menggigil-gigil. Selimut macam tak berfungsi.
2. Seorang lagi rakan saya giat membasuh baju anak di tingkat atas. Dia juga yang akan turun dan keluar rumah untuk jemur dan kutip pakaian tersebut. Pada sebelah petangnya, dia mula demam dan sentiasa terdengar bisikan suruh campak anak dari tangga atas ke bawah selama 3 hari.
3. Nenek semasa dalam pantangnya ketika muda, pernah terdengar bisikan minta campak anak ke dalam unggun api. Nauzubillah.

Mungkin kita nampak orang lain kuat, tapi belum tentu untuk kita lagi.

Thursday, August 18, 2011

Darah atau show sebelum bersalin, Wiladah & Nifas

Hi readers!

Disebabkan saya turun darah sebelum bersalin maka saya telah meng'google' tentang..
hukum dan perkara berkaitan keagamaan seperti solat, puasa dan mengaji..

Bila dah ada darah atau lendir tue mulalah tertanya-tanya :
1) dikira sebagai darah apa?
2) kena mandi wajib tak?
3) perlu solat tak?
4) batal puasa tak?

Mengenai darah yang keluar ketika saat-saat menanti kelahiran, ini juga menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia belum dikira sebagai darah nifas, akan tetapi dikira darah istihadhah (penyakit).[1] Oleh itu, wanita yang mengalaminya, puasanya masih sah (tidak batal) dan kewajipan solat juga tidak gugur darinya dengan dilakukan mengikut kemampuannya.
2. Menurut mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit adalah dikira darah nifas (yakni statusnya sama seperti darah yang keluar selepas bersalin). Maka mengikut mazhab Imam Ahmad ini; wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya kerana wanita yang didatangi nifas tidak sah puasa dan solatnya.
3. Menurut mazhab Imam Malik; darah yang keluar sebelum bersalin, ia bukan darah nifas tetapi darah haid. Berdasarkan pandangan mazhab Imam Malik ini, wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya bukan kerana nifas tetapi kerana haid.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Isami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/125.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 78.

Nota Kaki;

[1] Atau boleh juga dianggap darah haid jika ada tanda-tandanya. Menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid. Namun jumhur ulamak berpendapat; wanita mengandung tidak akan kedatangan haid dan darah yang keluar darinya secara mutlaknya adalah darah penyakit.


maka, kesimpulannya :
1) Ianya dikira sebagai darah istihadah.
2) tak perlu mandi wajib. Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan wanita tersebut mandi hadas. Oleh itu wanita yang keluar darah tersebut hendaklah membasuh dan mencucinya dan hendaklah berwuduk.
3) masih wajib bersolat.
4) puasa tidak terbatal.

Mengenai wiladah dan nifas pula,
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.

Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.

.
.
.
.
.

selamat beramal..

Sunday, August 7, 2011

Nama Dalam Perut Bukan Iffah Humaira



Assalamualaikum readers!

Mula-mula nak letak tajuk nie..

How Iffah Humaira Got Her Name?

ala-ala bunyi...

How Dalat Got Its Name?

apa benda tue? alaa.. tajuk cerpen komsas omputih masa kat skul dulu la.. ada negeri tak tau pun kan tajuk nie? lupa dah..

berbalik pada tajuk, sungguh yang sesungguh-sungguhnya! nama dalam perut bukan nama yang sekarang.. Pangkal nama tue letak dari masa gynae KJMC expect baby bakal say hi to the world tue adalah gurl.. disebabkan suka sangat baca ayat tersebut maka, nak letak la nama tue sebagai pangkal.. dan ada 2 perkataan lain dibelakangnya.. oh ye.. nama utk baby boy pun dah ada masa tue.. cuma sebelum diexpect gender apa yang keluar.. lebih banyak panggil caliph/caliphah..

dan masa sembang2 dengan dia dalam perut dulu.. penah la sebutkan 2-2 nama boy & gurl nie.. dan subhanallah.. dia respon pada nama gurl.. mungkin kebetulan atau petunjuk, wallahua'lam.. untuk nak make sure yang lebih lagi, try panggil nama boy dlu den nama gurl.. dia respon pada gurl.. tukar plak.. pggl gurl dlu, den boy.. dia still respon pada gurl.. sebenarnya tak kisah pun boy/gurl janji sihat dan sempurna sudah..

bila sesiapa tanya nama baby dah ada belum? jawapannya mestilah... dah ada, tapi rahsia.. tak best pulak nak reveal awal2kan lagipun tak confirm gender.. maka, kami berdua pun continue la dengan nama tue sampai baby dah keluar..

tup tup..

Mak, FIL n MIL pun tanya la nama apa nak letak? Hubby dengan bestnya cakap kami dah ada nama nak letak. bila dikemukakan,
mak : apapun mak x kesah, janji ada makna sudah..
FIL & MIL : yaka? ok akan dibincangkan..

chitchatchitchat.. kami pun terdengarlah apa yang mereka katakan.. nama tersebut dibangkang.. alasan.
word 1 : orang kampung x reti sebut
word 2 : sama macam nama umi baby
word 3 : macam nama lelaki

maka,
sungguh la sedih..
sebab anak sulung..
penat tunggu bila nak keluar..
dah susah payah mengandung, bersalin..
dah panggil dari dalam perut..
tiba-tiba kena tukar pulak..
mula la nak merajuk..
tumpah dah air mata..

huhu..
lara sungguh..
nama tue terpaksa dilupakan..
(orang dalam pantang memang cepat emo)

tapi sepanjang tempoh nak letakkan nama tue, memang terdetik di hati kami nak bagi nama Humaira.. sebab dia sangat merah macam udang bakaq.. transform
terus tue sampai ke kaki..

dan tiba2 Allah gerakkan hati ramai2 untuk cadangkan letak Humaira.. tambah-tambah lepas tengok dia menangis.. putih kemerah-merahan.. nama gelaran yang Rasullullah bagi pada Saidatina A'isyah R.A..

Hari ke 4 confirm nama Humaira.. cuma kena cari pangkal atau hujungnya.. disebabkan nama yang dalam perut tu dah sebati di mulut, ada jugak berkali-kali panggil dia dengan nama tue.. T.T....

Maka pulun la pulak untuk cari nama sambungan.. antaranya mintak cadangan dari yang datang melawat dengan FB..

Dipendekkan cerita, kami cadangkan letak Iffah (Suci).. nama Iffah inspirasi umi dan abi jugak.. itu untuk word 3 nama dalam perut.. tapi bukan untuk kali ni.. untuk adik2nya nanti.. hehe..

Abi pulak tiba-tiba je cadangkan letak Hannah (Kasih Sayang) Humaira..

Lepas musyawarah dengan mak, MIL & FIL, mereka setuju dengan Iffah.. Abinya pun setuju jugak.. dan survey yang dibuat pada hari ke-6 pun dimenangi oleh Iffah Humaira.. panggil Humaira oleh FIL & MIL.. Iffah oleh mak..

Kemelut ejaan pulak lepas tue.. pening fikir ejaan Melayu terbaik.. haha.. lastly, pada hari ke-7, pegi JPN dan daftarlah nama

Iffah Humaira binti Mohd Hafiz




Indahnya musyawarah..

.
.
.
.
.

Nama dalam perut? Syifa' Nurul Iman..
Pegawai JPN tue type.. Iffah Humairan.. Naseb hubby perasan.. kalau tak, free je jadi.. Iffah Humairan@Humaira binti Mohd Hafiz..

TQ for reading!



Thursday, August 4, 2011

Keluar rumah masa dalam pantang

Day 18 : Surau Al-Akidah buat 'aqiqah

Day 21 : Hantar album customer ABF untuk printing.. Pegi PKNS Shah Alam beli air zamzam 2 botol besar, beli girdle & korset..

Day 29 : Collect album dah siap printing..

Day 31 : Collect album dah siap printing, skali pegi tsilap info daa.. Terus ke Jusco Wangsa Maju,,

Day 35 : Jusco Sunway Pyramid..

=)

semuanya keluar dengan mak ikut skali kecuali day29..

.
.
.
.
.

jalan-jalan jugak.. kena beringat sama..



Wednesday, August 3, 2011

Warded + Balik rumah

Salam readers..

lepas selamat bersalin jam 1:17pg, 30Jun2011.. saya tinggallah di wad berdua dengan baby..

makanan dekat PPUM memang bukan gaya pantang orang kampung.. lunch & dinner dapat nasi, sup ayam dengan apa masak kicap tah.. lupa dah.. tengok pun naik takut sebab wondering boleh makan ke tak.. yelah, sup tue berair, ikut hati memang nak hirup sampai habis je.. pastu kicap tue katanya boleh berparut.. haha.. apepun, disebabkan tak rasa nak makan, maka, makan la bekalan yang dibawak dari rumah.. nasi panas + ikan kering haruan..

oh ye, esok nya tak sempat dapat menu yang dipilih sebab malam tue dah boleh discharge PPUM jam 8malam.. syaratnya gini, baby kena poopoo & weewee pastu bagi nurse tengok dah boleh balik.. sebenarnya baby dah poopoo pukul 9pagi, dah weewee skali tapi nurse tak puas hati tak nampak weewee betul2.. sabar jelah.. bosannya duduk hospital dengan bateri henpon yang dah habis.. pukul 7 malam baru sampai charger phone.. pukul 8 dah boleh keluar after nampak weewee baby jam 730.. yey!!

dan lagi, after dah deliver, kalau nak pegi toilet for the first time, kena panggil nurse.. diorang temankan dan ajar guna maternity pad yang super payah tue.. hehe.. sambil story-mory lagi.. sah la yang diorang try untuk kita tak rasa sakit sangat masa buat aktiviti..

yang paling best bila kena marah dengan nurse.. kui3.. macam nie, baby dah poopoo masa kul 9pagi tue, nurse tau after dia datang ronda2 wad.. kul 11 datang ronda lagi dia cakap nanti lepas pusing wad dia tukarkan diaper.. pukul 2 petang, tak sampai2 jugak.. ate nya, umi baby dah kerisauan takut baby alergik kulit.. hatta, dibukanya diapers, angkat baby, bawak pegi toilet, bukak air, basuh.. 1st poopoo macam melekit dah guna air pun tak cuci, mintak hubby panggilkan nurse.. dapatla ceramah free.. "ehhh, beraninya kamu angkat. kalau jatuh macam mana? 1st baby ke nie? lain kali guna wet tissue je ye.. kamu tak biasa lagi.. bla3.." aik2.. nurse silap tue tak biasa.. ayat tak seswai coz dah biasa sebenarnya.. cuma alasan takut jatuh je boleh diterima.. heee.. "habis tue, dari pukul 9 pagi saya tunggu tak datang2 pun.. macam mana??" jeng...

visitors of the day.. Basyirah yang datang melawat pukul 1230tghari.. tq basyee.. dapat la sembang2 hilangkan bosan after penat melangut dan penat bersalin.. tak de pulak doktor pelatih yang nak interview.. mesti sebab nak bagi cukup rest.. hehe..

pukul 1ptg abah pun datang tengok cucunya dengan MIL & mak.. oh ye, FIL & MIL sangat happy dapat gurl sebab hubby and BIL adalah lelaki.. sampai cakap macam nie, "akhirnya gurl jugak.." hee.. cuma FIL tak tau nak layan macam mana bila besar nanti.. kalau lelaki confirm usung pegi masjid.. oh FIL, baby baru lahir la.. hehe.. mak cerita yang FIL sangat semangat nak tanamkan uri baby dan akhirnya berjaya jugak.. TQ abah!

kul 9malam, paksu & family sampai bersama2 adik lelaki saya jugak.. tq acu, uploadkan pic baby since tak sempat nak update apa2 kat alam maya.. yelah, baru bersalin ingat boleh layan alam maya tanpa bebelan? haha..

maka, bermulalah episod bertungku, berbengkung, berurut, dan layanan bak permaisuri.. episod minum air suam, makan nasi panas + ikan kering talang & haruan.. tak lupa jugak episod sembelit yang benar2 menguji kesabaran.. ahaks!

TQ for reading!



Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah


Terima kasih Allah..

kerana melindungi kami..
kerana menemukan imam dan jemaah kami..
kerana mengurniakan cahaya mata, penawar hati kami..
.
.
.


Iffah Humaira binti Mohd Hafiz..
30/06/11
0117 am
3.14kg
Normal Delivery
PPUM





Tuesday, June 21, 2011

7th Check-up PPUM.. ada sinar mentari..

pagi yang mendebarkan.. kad appointment bertulis..

ANC 1/52
Admit to ward (M1), 20/6/2011, 8am..
LSCS 21/6/2011..

ANC : Ante-Natal Check up,
1/52 : every week appointment
LSCS : Lower Segment Caesarean Section

jauh dari kebiasaan.. ANC 1/52 date time.. biasanya..

terus ke kaunter 1 tanya perlu ambil nombor atau tak.. tak perlu katanya.. "kena tahan wad nie. puan masuk dulu nanti kami bawa naik ke atas ye.."

"tapi.. saya nak jumpa doc dulu untuk re-confirm balik.. baby dah normal masa hari jumaat hari tue.."

tekan A, tunggu giliran, bayar RM6.. fail dicari makan masa sikit sebab dah siap letak kat bahagian wad.. dan nak tukar ke walk-in appointment.. 5 minit macam tue..

masuk dalam, nurse cakap kena tahan wad.. tapi kenapa nak jumpa dr.. terangkan benda yang sama lagi lepas tue buat benda biasa.. urine test, timbang berat, sukat BP..

1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110, EFW 2.125kg
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/110
5th check-up, 36w++ : 51.5kg, BP 92/110
6th check-up, 37w++ : 52.1kg, BP 96/110, EFW 2.66kg
hospital melaka EFW 2.88kg
7th check-up, 38w++ : 52.2 kg, BP 97/110

tiba2 nampak nurse yang incharge last week.. dia cakap dengan kawan dia patient nie kena wad kejap lagi..

masuk jumpa dr. cina perempuan kali nie.. sangat soft spoken.. bagi memo dari hospital melaka.. dan dengan nurse yang sama lagi.. baik tapi muka garang.. setiap kali tengok dia dari first visit mesti rasa cuak semacam jek.. hubby pun cakap macam tue.. hehe.. nama tak tau coz tak nampak nametag punnnn..

sementara dr baca memo, nurse again.. soalan yang sama.. kenapa pegi hospital melaka?? jawapan.. untuk second opinion dari pakar.. eh, senang ke jumpa pakar? abah buatkan.. abah? dr. kt sana ke? yup.. huhu..

hati tengah debar nieeee puan jangan la tanya macam2 lagi.. jap lagi la.. (cakap dalam hati..) huhu.. ya ampun, FIL bukan Dr kt sana..

"oh, ikut surat dah caphalic semula ye.. hebat baby kamu.. boleh pusing balik.. kalau tak kena masuk wad nie..ok, boleh baring kita check perut dulu ya.. tengok baby's head kat mana.."

"eh, betul lah.. kat bawah nie.. selamat kamu tak perlu caesar.. boleh normal nie.. tapi tak masuk semua lagi.. belum masa lagi.. cuma.. perut memang selalu tegang macam nie ke? berapa kali gerak dah pagi nie? keras betul nie.."

jawapan : "selalu tak macam nie.. banyak kali jugak dah ada la dalam 5 ke 6 kali.." yang bertalu-talu tue kira 1 je..

actually, pagi nie memang krem sangat belah kiri.. cekang sangat rasa.. macam kena sentap.. baby dah sempit sangat gamaknya.. habis sume siku n kaki dia berasa.. nak rukuk pun rasa payah je nak iktidal balik.. tapi sakit boleh tahan.. tak perlu masuk wad la kiranya.. tak rasa sakit nak bersalin lagi.. so, tak perlu cakap dulu.. kalau kena wad tak pasal je.. heee..

dr. cina nie kelakar.. dia asek gelakkan aku je sambil kata "yang, u takut nak kena operate ke sampai pegi mintak 2nd opinion.. kami kat sini monitor dulu tengok macam mana.. tapi baby you memang baiklah.. sebab selalunya 1% je potential untuk baby melintang jadi normal.. dalam masa 2 hari saja ye.."

"hah? 1%?? " subhanallah.. ya Allah ya rahman ya rahim...

jujurnya, memang aku takut pun.. yelah.. caesar tue.. macam lapah daging korban je gaya.. tengok kat youtube pun sambil bukak tab lain.. gerun sangat..

"okey, tak perlu masuk wad la ye.. boleh balik.. seronok ye.. selamat-selamat.. if ada ketuban pecah or turun darah or kurang gerak datang segera ye.. jgn lupa tanda carta pergerakan baby.." ahaha.. comel je dr. nie.. tq doc!

keluar dari bilik, nurse tadi ikut sama.. dia tanya pendapat kawan-kawan nurse yang lain.. sebab dia terkejut baby dah normal balik.. so, dia nak reconfirm yang tak perlu advice dr. tadi untuk buat ultrasound semula.. tunjuk balik memo tadi kat mereka.. dan nurse tue masuk jumpa dr. semula untuk re-confirm.. okei je kalau nak ultrasound balik.. boleh tengok baby lagi.. hehe...

3 minit lepas tue.. "okey adik.. boleh balik dulu.. dr. kata dah okey.. tak payah ultrasound"

mekasih nurse sebab caring sangat.. rasa nak peluk cium je walaupun muka garang.. hehe..

as usual, pegi balik kaunter depan untuk book appointment next week.. dah bertukar ke hari isnin.. kakak tue siap cakap lagi betul ke tak payah masuk wad.. dah normal ye.. alhamdulillah.. jaga diri bebaik..

.
.
.
.
.

manusia merancang, Allah menentukan.. =) mak pun puji nurse kt PPUM.. very caring dan ceria je semua..

Friday, June 17, 2011

Baby's position..

sambung cerita dari entri lepas..

Alhamdulillah mak masih di rumah.. hidup berteman bila hubby tak ada kena pegi lab.. sampai rumah terus mak respon tentang sms yg dihantar.. mak cakap..

1. tak perlu masuk wad.. yakin yang baby tue akan pusing balik sebab dia tengah cari jalan keluar..
2. jangan buat keputusan terburu.. tengok dulu keadaan macam mana sebelum betul2 setuju nak kena caesar..
3. baby dalam perut macam buah mangga masak atas pokok.. akan gugur dengan sendirinya bila sampai waktu..
4. takde rekod bersalin caesar dalam family.. possibility rendah untuk caesar..
5. banyakkan berjalan.. paling malas pun naik turun tangga.. tue yang mak asyik panggil...
6. paling penting.. doa + smbhyg hajat + quran..

tue semuanya pendapat mak yang sikit sebanyak melegakan hati.. mak pun risau sebenarnya.. tapi mak yakin yang Allah lagi berkuasa untuk tentukan apa yang terbaik..

lepas makan, terus masuk bilik untuk tenangkan fikiran.. tapi hampa.. masih fikir apa yang akan terjadi.. rasa hidup tak lama.. macam mana dengan baby nanti, risaukan abinya lagi.. bolehkah berdikari? sebab tak pernah tido asing walaupun skali.. even dapat hotel pun lari balik tido kat rumah jugak.. mula dah terbayang macam-macam even tau yang bersalin nie sama ganjarannya macam pergi berjihad..

dari lepas scan sampai hari ke malam hari pegang perut.. baca doa macam2 dan cakap dengan baby untuk pusing balik.. abi pun usaha jugak.. abi suruh minum selusuh yang dibuat sendiri guna air zamzam sampai habis.. hubby cancel jumpa dengan students yang kena supervised.. rasa hati tak tertanggung sangat dengan ujian Allah.. baru sikit je Allah uji dh rasa lumpuh.. yg lalai leka selama nie?? ya Allah.. ampunkanlah dosa2 kami..

malam hari 1230 tgh mlm.. FIL call dari melaka.. mintak kami semua pergi ke melaka untuk 2nd opinion hari jumaat nanti.. FIL dah book kan pakar gynae hosp melaka untuk recheck.. tq abah! FIL call matron OG untuk tau kenapa baby melintang.. apa option yang ada.. sangat concern FIL.. FIL ingatkan untuk solat hajat n mengaji banyak-banyak.. macam selalu.. pesanan yang tak pernah tinggal..

hari khamis masih dengan mood mendung.. rasa kepala baby still kat sebelah kanan even baby aktif sangat.. tapi sekejap ada sekejap takde.. dah boleh mula kawal perasaan dan pasrah dengan apa yang jadi.. lepas isyak terus bertolak ke melaka.. dengan harapan position dah berubah..

jumaat pagi terus ke hospital melaka dengan hati yang rela kalau gynae kata teruskan dgn caesar.. mula terima hakikat kalau baby still tak nak tukar position.. FIL uruskan registration.. dan continue dengan regular check-up biasa.. urine test, weight n blood pressure.. tp result lain macam pulak untuk weight n blood pressure.. yelah, lain hosp, lain penimbang.. nurse yang incharge BP tanya kenapa dari KL ke melaka pulak.. katanya baby melintang memang takde option selain caesar.. dan tiba2 matron OG sampai.. nurse-nurse lain pun keliling.. oh no!!! bukan anak raja okei.. huu~~

matron mintak tunggu sekejap sebab gynae tengah pusing wad check patient.. sambil2 tue mula berangan pulak kalau terbersalin kat hospital melaka mesti best dengan keadaan yang bersih dan nurse yang very caring.. ke sebab ada FIL semuanya nampak macam under control.. ke memang diorang memang berkualiti.. tandas sume cantik je tak macam general hospital lain selain hospital sultanah bahiyah, kedah..

dalam 10 minit kemudian, nurse nama Sim panggil.. chinese.. tapi cakap melayu sangat hebat.. dia interview semula kenapa rujuk dengan hospital melaka.. selamba cakap sebab FIL nak mintak 2nd opinion dr gynae.. akhirnya terkantoi nama FIL masa ditanya nama hubby.. adussss.. mula dah tanya itu ini.. sebenarnya, tak tau nak cakap macam mana supaya tak da nurse-nurse lain mula keliling semula macam tadi disebabkan FIL.. n cakap baby melintang sangat risiko.. selesai interview, keluar cepat2 dah segan sangat dengan nurse-nurse kat situ..

owh, bukan sebab FIL buat kacau ke apa.. tapi sebab mereka sibuk nak tengok FIL.. bukan dato menteri ke pengarah kesihatan pun.. huhu.. tapi, nurse Sim tiba-tiba pulak datang tanya nombor fon hubby n siap bersembang dengan FIL.. tak kerja ke hari nie? ambil cuti untuk uruskan menantu katanya.. emergency leave lagi.. terharuuu.. uhuk3..

10 minit kemudian, gynae dr. maimunah pun sampai.. lepas interview and cerita apa jadi terus dibawak ke bilik ultrasound.. hati memang berdebar sangat.. kenapa asyik interview ye? sebab tak de rekod bersalin.. pergi PPUM dr. just tulis progress dalam fail.. memang takde rekod simpanan untuk patient.. so, tak boleh nak track progress dari awal..

gynae : "bismillahirrahmanirrahimmmm.. ehhhhh... ada je kepala kt bawah nie haa.. elok je duduknya tue.."
aku : dah terbeliak mata pandang screen sambil feel kt mana tempat gynae scan..
hubby : "subhanallah! allahuakbar! Allah hebat.. alhamdulillah"

ikut alhamdulillah dalam hati ja.. tak terkeluar suara.. mata berkaca ja.. nak tengak skrin kena kebil2 mata dulu..

"selamat dah setakat nie.. tak payah caesar... boleh normal insyaAllah.. betul nie dh kat bawah semula.. jom check progress yang lain.. saiz baby ok, berat dah 2.88kg, uri ok kat atas, ketuban ok, suma sihat, jantung degup ok, nie tulang peha, nie jari.."

"dr, boleh nampak jantina tak?" hubby tanya penuh harapan.. nada sama macam masa tanya sonografer PPUM.. kurang pengharapan..

"owh.. tak tau lagi ke? ke sebab tak nak tau?"

"bukan taknak, tapi tak pernah nampak..asek kepit je semuanya.."

"ic.. ehh.. anak kamu **. kalau nie macam nie kalau tue macam tue.. "

"haa.. akhirnya.. alhamdulillah.. tau jugak" muka kerang busuk hubby sebab excited.. hehe..

kesimpulannya, semua dialog hubby n gynae je kat bilik sono tue.. ikut semula gynae ke bilik dia.. n baru boleh cakap semula lepas lama terkesima dengan kehebatan Allah..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur ya Allah.. terima kasih atas ujianMu.. mengingatkan kami apa yang kami lalaikan selama berhadapan ujianMu ya Allah..

gynae tuliskan memo untuk rujukan PPUM dan klip sekali gmbr scan kepala baby yang positionnya sebelah pundi kencing and tulis baby position as caphalic.. lega sangat.. terus senyum je memanjang..

usai tulis memo, tanya gynae kenapa perlu caesar minggu 38.. gynae cerita pengalaman beliau sendiri.. anak first normal.. tapi ke-2 melintang.. ketuban pecah elok-elok sampai hospital untuk kerja.. dannnnnnn..

tangan baby dah keluar sebelah!!

boleh bayangkan tak macam mana.. gerun kan dengar.. terpaksa caesar sebab tak ada jalan lain lagi.. takut baby lemas and kena infection lain.. maka, time caesar kna potongan J.. tapi baby x lepas keluar.. so, next step.. potongan W pulak.. ya Allah boleh bayangkan kalau kita yang kena macam tue.. dengan sakit nak bersalinnya.. dengan sakit nak belahnya.. time beliau cerita tue.. perut pun rasa tak sedap jek.. ya Allah naik meloya tekak rasa.. bersyukur sangat-sangat baby dah normal.. Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya..

selesai semua, FIL, MIL n mak pun dah tau normal.. semua sangat bersyukur dan FIL jumpa gynae tue untuk cakap terima kasih atas bantuan untuk 2nd opinion.. selagi tak keluar hospital, selagi tue lah semua mata staf memandang.. sampai guard parking pun terjerit-jerit mintak kereta lain jangan tunggu parking kami.. untuk kakitangan jek katanya..

mekasih banyak untuk..
1)hubby yang sangup share susah senang bersama..
2)FIL n MIL yang bersusah payah amik EL dan turun padang kerana cucu sulung.. heee..
3)mak yang kena tahan terikan panas matahari kat bumi Melaka..
4)patient lain, sorry.. tak bermaksud nak potong queue ke apa..
3)semua keluarga sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang mendoakan kami tak putus2.. hanya Allah mampu membalas jasa baik dan semangat yang diberikan..

tersenyum semula.. =)

.
.
.
.
.

Allah knows the best.. baby, behave ye supaya kita sama-sama tak kena duduk wad sebelum sampai waktu yang sebenarnya.. although. ummi and abi cant wait to meet you, sayang... =)

Wednesday, June 15, 2011

6th Check-up PPUM.. Hati Lara.. :(

pagi nie appointment pukul 830.. memang yahuuyabedabedu shubidubidu.. sbb boleh makan awal.. sebelum2 nie pegi check-up dengan perut kosong je.. lepas tue baru makan.. tapi start last week memang sebelum keluar rumah cepat-cepat minum susu anmum yang tak habis2 sekotak je pun dari baby 15 weeks macam tue kalau tak silap..

pagi nie sikit lewat dan mula rasa kelam kabut n jantung dupdapdupdap tanda rasa tak sedap hati.. tambah2 bila penat balik ke kampung tak hilang lagi.. isnin malam baru sampai dengan badan yang memang sakit2 sana sini..

no giliran 1016 n RM6 lagi.. macam biasa..
1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110, EFW 2.125kg
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/110
5th check-up, 36w++ : 51.5kg, BP 92/110
6th check-up, 37w++ : 52.1kg, BP 96/110, EFW 2.66kg

okei.. pelik tak bila tiba-tiba ada expected fetus weight, EFW untuk check-up kali nie.. sepatutnya 33weeks tue dah last scan.. semuanya lepas dr tekan-tekan perut, check jantung okey je.. tekan2 lagi dan tiba-tiba macam nampak cemas.. tapi still tak tanya apa yang jadi sebab dr tue tenang je sebenarnya cuma kening dia kerut2.. tiba-tiba dr cakap nak ultrasound perut kejap dekat nurse dan tanya ada tak available room kat tingkat 3.. nurse suggest untuk dr tue call sonografer, tanya n

.
.
.
jawapannya adalah
.
.
.

patient ramai menunggu.. try tanya wad bersalin.. lepas call, dr mintak naik tingkat 1.. tunggu dia sampai dan nanti ikut masuk scan.. dalam hati tertanya-tanya apa jadi sebenarnya.. tapi kat mulut tak terkeluar.. hubby muka dah cuak sangat.. bila dr sampai, hubby kena tahan kat depan pintu wad dan kena tunggu kat luar sebab lelaki tak boleh masuk.. tue tempat bersalin..

kesian hubby.. mesti hati tak tenang, mulut kumat-kamit je dari dalam lif tadi.. muka hepi macam dah berubah ja.. risau tue pasti sebab dr tak bagitau apa yang jadi..

5 minit menunggu scanner.. sbb ada patient sorang tengah di observe.. dr pun dah ke hulu ke hilir cakap sorry berkali-kali.. akhirnya, dr suruh baring dulu atas katil.. 10 minit lepas tue, still xda apa-apa lagi.. setia menunggu.. mulut mula berkata-kata :

"kenapa doktor? tiba-tiba kena scan ye.."

"hmmm.. saya tak bagitau lagi ek.. kesian kamu.. tak ada apalah.. jangan risau sangat.. saya silap kot.. saya tadi rasa macam keras kat kanan nie.. haa.. saya cuba skali lagi ye.. ok.. cuba kamu tekan.. keras kan.. nie kepala nie.. sepatutnya dah kat bawah dah.. minggu lepas pun memang kat bawah.. tapi kenapa keras kat sini nie.. tak pe, tunggu scanner dulu.. nanti kita check.."

rasa macam nak pecah jantung nie dengar.. tak sangka langsung benda nie.. speechless.. cuma mampu cakap dalam hati.. baby boleh pusing lagi.. tapi dr tue mcm boleh dengar pulak hati cakap apa..

"kalau baby songsang, kaki kat bawah.. boleh urut untuk pusing balik.. nie melintang nie.. takut kamu kena operate pulak.. banyak-banyak doa baby boleh pusing balik ye.. sbb biasanya anak pertama minggu ke 37 dah tak boleh ubah. dah sempit sebab baby semakin membesar.."

dalam hati bzikir banyak-banyak.. 10 minit kemudian, scanner sampai.. sah! baby melintang, kepala ada belah kanan.. anak umi, turun la balik.. huhu.. dalam pada tue, sempat tanya kot nampak gender.. yelah, balik kampung ramai pulak tegur kata baby boy.. gender still tak nampak jugak..

keluar dari wad bersalin dengan hati tabah.. pandang muka hubby yang tengah tunggu jawapan.. dan mula bisik yang kepala baby dah berubah, ada belah kanan.. mungkin kna caesar.. terus cuak muka hubby sampai nak telan liur pun payah.. laju je kaki ke lif, turun bawah semula, masuk bilik dr.. tengok nurse pun terkejut bila dengar dr dr. yang tangannya sambil tengah tekan phone.. dail number bos untuk mintak suggestion next step.. ad setengah jam lagi sebelum bos masuk.. akhirnya..

"kesian kamu.. lama tunggu.. tak pe, duduk kat luar dulu.. saya jumpa patient lain dulu ye.. nanti dah dapat contact bos kamu masuk balik.. saya panggil nanti.."

berjalan ke luar.. hati lara.. diam.. tak sampai hati nak pandang muka masing-masing.. hubby dah mula bermata merah.. akhirnya.. menangis dua-dua.. speechless.. 40 minit kemudian baru dipanggil..

"macam nie lah.. baby kamu betul melintang, kepala belah kanan macam kite scan tadi tue kan.. saya cadangkan untuk caesar.. so, minggu nie dh 37w++, by week 38 dah boleh operation sebab baby dah semakin matang.. kita tak tunggu lama-lama sampai kamu keluar tanda nak bersalin sebab lagi high risk.. macam saya cakap tadi.. songsang tak sama dengan melintang.. so, kamu kena tau lah, normal ke operation pun dua-dua ad risk.. tapi untuk caesar nie.. mungkin akan ada affect dekat usus besar, kena kencing ikut perut atau apa2 yang lain lah.. tapi nau'zubillah mintak hindar semua tue.. saya cadangkan kamu datang sini isnin pagi, selasa boleh operation dah.. nanti puasa semua la kalau jadi operation.. tapi kita akan monitor dlu hari isnin tue.. mana tau baby pusing.. cumanya low sgt potensi.. sementara tue, continue makan ubat ye.."

tq doc.. isnin jumpa lagi..

.
.
.
.
.

perjalanan pulang yang hambar.. hanya air mata peneman..

Wednesday, June 8, 2011

5th Check-up PPUM..

pagi nie appointment pukul 0845.. sikit lewat sebab MIL xtau nak pegi keje dulu atau terus je balik kampung pagi nie.. cuti dah amik tapi boleh je kalau nak pegi keje.. at lasttttt, setuju bertolak balik kampung lepas je balik check-up n selesai hntar kete pegi car wash..

RM6 lagi.. macam biasa..
1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110, EFW 2.125kg
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/110
5th check-up, 36w++ : 51.5kg, BP 92/110

banyak tue berat naik dr 300g jadi 900g.. tapi tak puas hati sgt BP.. mcm mana la nanti..

alhamdulillah.. sekejap je masa menunggu.. 0850 dah boleh jumpa doktor.. wah, muda gitu.. baby progress fine.. uri kt atas, kepala kat bawah, jantung ok.. alhamdulillah lagi.. kali nie pegi bawak buku merah.. yelah, nak balik kampung kan.. risau jugak kot2 bersalin awal.. nak balik 6 hari jugak nie.. rabu hingga isnin.. mintak dr. tuliskan something dalam buku tue supaya ada rekod sikit.. tq dr!


dekat baby dah pesan supaya jangan keluar dulu.. tunggu cukup time.. kalau nak keluar jugak nak buat macam mana.. cuma tak perlu rasanya nak tubik kat tepeng ke tanjung malim ke.. hehehe.. semoga lancar perjalanan pegi-balik kami berlima.. umi, baby, abi, mak, mIL..

.
.
.
.
.

berdebar2 bila hari semakin kurang..

Tuesday, June 7, 2011

Alergik

sejak pregnant nie kena 2 3 jenis alergik..

1) alergik orang cakap ulang-ulang : mula la rasa nak telan orang..
cara atasi : cepat2 tukar tajuk.. jgn ambil hati sangat..

2) alergik kulit : tmbh2 kt kaki.. garu smp rasa nak gigit pn ade.. biar luka.. abis berparut..
cara atasi : amik pelekat dr buah epal, ferrero rocher, harga barang.. lekat kt kaki.. xleh nak garu dah lepas tue.. padan muka!

3) alergik bawang : masa awal2 pregnant dlu smpai nk masuk 16 weeks bru ok.. memang x boleh bau bawang mentah.. bila buang kulit, pekup hidung dgn leher baju pn x hilg..
cara atasi : maka, encik suami jadi tukang masak.. kesiannn.. duduk kt hall smbil bgtau mcm mana cara nak buat..

4) alergik cabai/cili : nie yang paling x paham.. tangan akan panas sgt2.. ada satu hari tue potong 15 bijik cili padi 5 jam x hilang lg pedih tue.. sampai tak tau nak buat apa dah.. tinggal nak potong tangan je rasa.. tue kalau kat tangan.. kalau masuk tekak pulak.. makan la maknanya kan.. mesti tekak panas n pedih je rasa.. ingatkan makan sos cili life je jadi macam tue.. cabai blend pun sama gak bila dah masuk dalam makanan pun.. kalau sos cili pun sama jugak..
cara atasi : no solution..

alergik no 2 yang paling x ingat dunia.. habisssssss2.. mntk2 lepas pantang dapat recover..

Wednesday, June 1, 2011

Last Check-up 2weeks

kali terakhir buat regular checkup utk every 2 weeks.. after this, every week on wednesday kena pergi.. wohaaa!! alhamdulillah.. timing appointment dah semakin awal.. dari 0930 sekarang dah 0845..

dan untuk check-up kali ni sampai ke PPUM kul 0726.. daaaaaaaaaaannnnnnn... semua orang tengah beratur.. sebab nombor start 0730.. sekali dapat nombor 1016.. 15 orangtue dah datang lagi awal.. x masuk lagi yang baru first visit.. kiranya ada la jadi dalam orang ke 32 jugak..

kali nie biasa je, so RM6 balik.. untuk rekod,

1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110
4th check-up, 35w++ : 49.6kg, BP 95/100

apa? berat naik 300gram jek? BP turun lagi.. padahal makan kenduri baaaanyak sangat.. mungkin ada time yang skip makan.. tue sebab naik sikit je.. or graph tue dh mula sampai ke point slow growth.. hehe..

check-up kali nie dapat dr. pompuan.. yeyy!!! very the lembut.. and kali nie kena cucuk Anti Tetanus Toxoid (Kancing gigi) untuk kali ke-2.. nurse kata, kalau pregnant dalam masa 3 tahun, tak perlu inject dah.. tapi kalau dah masuk tahun ke-4 kena inject sekali.. ok nurse! tq untuk info.. dan kali nie kebas-kebas tak macam yang first dulu.. mungkin dia tercucuk sampai ke tulang kot..

suka sangat bila Islam yang buat kerja.. sebab ada baca bismillah.. dan itulah pesan FIL kat doktor2 dan nurse2 bila bagi ceramah bawah Kementerian Kesihatan.. jangan lupa baca bismillah.. supaya lebih berkat.. =)

.
.
.
.
.

minggu depan after check-up terus balik kampung.. yey!! moga selamat perjalanan pegi balik.. dapat bersalin kat PPUM.. doakan saya.. will be offline rabu- isnin.. kena balik isnin sebab ahad confirm jem atas highway.. kalau selasa pun okey jugak.. tapi nak balik cepat.. nak deliver KL jugak!! huhu..


Thursday, May 26, 2011

35 weeks & DIY projects

Subhanallah.. pejam celik, pejam celik (ok, tipuuu..) dah masuk 35 weeks.. sekejap je masa berlalu bila tengok ke belakang.. tapi nak lalui satu2 hari tue lama jugak ye..

Alhamdulillah diberi kesempatan Allah untuk rasa nikmat mengandungkan baby.. tak pernah dijangka langsung bakal jadi ummi umur 24 tahun.. best pulak tengok ada junior umur 20 dh jadi mama.. bertuah sungguh.. mesti nampak mak n anak sebaya je bila baby dia besar nanti..

sekarang nie sibuk menikmati hari2 indah bersama baby dalam perut.. bila keluar nanti dah perasaan lain pulak.. tapi yang pastinya mesti rindukan baby's movement yang selalunya mengejutkan dan buat rasa rasa teruja.. dari minor sampai dah major rasa.. oh, major braxton hicks tue belum lagi.. tue time nak bersalin nanti..

tulang baby bahagian siku/lutut/tumit pn dh dapat rasa dari luar.. keras sungguh.. menggelikan perut buat rasa taknak berhenti gelak pun ada.. hentam je senyum sorang2 masa jalan keluar.. tue belum lagi masuk rasa ngilu yang memang tak sabar sangat nak pegi toilet.. mak kata rambut baby yang buat rasa ngilu tue as kepala baby pun dah kt bawah.. hehe.. macam main hujung rambut kita sendiri..

yang paling penting, masuk 35 weeks dah kena standby emergency bag.. mak jangkakan baby tak pilih untuk keluar dalam 2 minggu nie.. still selamat lagi sbb perut belum turun.. masih tinggi.. dan itu yang selalu dipesan kat baby.. sebab semangat nie nak buat last job on 12 jun kt Penang.. pastu nak cepat2 balik KL tunggu deliver baby pulak..

rabbi yassir wa la tu 'assir ya kareeem..

kos untuk bersalin nie boleh tahan jugak.. tau la kalau kat gomen hospital tue bayar caj wad je.. tue lain cerita.. nie bab perkakas baby.. perlukan ongkos.. beli tue beli nie pn dh beratus terbang.. tapi murah la dari kos kahwin.. zaman sekarang semuanya duit belaka.. jimat apa yang boleh jimat.. dan salah satu langkahnya.. DIY things.. hehe..

tapi, bukan DIY sendiri.. DIY dari mak.. sebelum start projek kena cari yang nie dulu..
betik! projek buat sendiri tilam, bantal dan bantal peluk..

pastue cari kain mentah untuk sumbat kekabu dan kain cotton untuk sarungnya.. tak lupa jugak renda sebab nak jenis comel2 je macam dulu kala.. hehe..

best! boleh buat size apa yang nak dan yang penting berbaloi2.. sebabnya tengok kat kedai sangat la mahal.. walaupun nampak renyah, yang penting keikhlasan tok untuk tolong buat.. dapat la tok duit poket tambahan dari anak sendiri.. hehe..

selain projek kat atas nie, dah alang2 berkaitan kain, buat yang nie sekali....

barut
dan bedung baby..

semuanya buat guna kain putih atas pilihan sendiri.. kurang berminat dengan kaler2 lain buat masa nie.. kecuali sarung bantal dengan cadar je ada buat extra cotton yang berpattern..

gambar ihsan google.. gambar DIY akan diupload kemudian.. kot2 ada yang berminat boleh la dipertimbangkan.. =)



Wednesday, May 18, 2011

3rd Check-up PPUM..

entry dah tulis lama tp bru nak publish.. xpe, letak je date sebenar.. hehe..

it was the most waited check-up.. kenapa? kenapa? yeah!!! sebab nak jumpa baby.. selalu rasa kicking je.. kali nie nak detailed scan lagi skali untuk tengok baby development.. last scan sebelum baby tengok dunia..

kali nie pegi awal semula sebab MIL keje.. 0740 dah sampai.. tapi.... no 39.. punya la ramai hari nie.. selalu no belas-belas je klu before 0800.. rupanya majoriti buat glucose test.. phewwww.. selamat berjaya kamu2 semua.. memang penuh bilik smpai xboleh bnafas je yang tengah minum gula tue..

kali nie payment RM26 (rm20 utk scan, rm6 utk regular check-up).. masuk dalam, letak kad, buat:
i.) urine test
ii) timbang berat
iii) check blood pressure

1st check-up, 27w++ : 46.2kg, BP 109/110
2nd check-up, 31w++ : 48kg, BP 99/110
3rd check-up, 33w++ : 49.3kg, BP 96/110

klu ikut link nie.. BP level untuk atlet dan kanak-kanak.. untuk adults, dikira normal-low.. wahahaha.. senyum jelaa.. 109 tue paling tinggi dalam sejarah pregnant.. before masuk 5 bulan dulu pun memang lingkungan 85-95 je.. tak tau dah nak naikkkan macam mana..

paling best bila tengok berat tue.. memang ditunggu sangat.. before pregnant just 36.5kg je.. paling berat dalam sejarah hidup baru 40kg masa zaman sekolah dulu..tue pun sekejap jugak.. tak best pun bila terlalu kurus nie.. angin tiup kuat je mula la terhuyung hayang.. kadang2 xde angin pun jalan gelong.. haha.. sempat tak 55kg ke.. baru la lg best.. but for now, dah naik 12.8kg..

sebelum nie penah dengar untuk ibu mengandung berat kena control.. especially yang BMI normal.. naik range 10-13kg je.. kalau lebih lagi susah nak turun balik lepas pantang.. as for me, its ok.. BMI kurang..sepatutnya kena 42kg kalau x silap untuk masuk range normal..

cerita scan pulak, lepas dah buat 3 test tadi, cepat2 tekan lif naik tingkat 3.. tak sabar nak sampai untuk elak queue panjang.. nanti lambat jumpa Dr kat bawah.. jam kul 0850.. jumpa Dr kul 0900.. naik atas, ada dengan 2 orang yang lain.. 2-2 nurse PPUM.. lama jugak scan, dlm 10 minit mcm tue.. result pun dah dapat.. den ada sorang lagi sonografer lain datang panggil.. phewww.. dapat bilik yang sorang..

diorg tadi, share bilik tapi tak la nampak sebab ada tabir.. bising skit dengan orang yang masuk untuk dapat tarikh appointment dan bagi kad untuk giliran scan.. dengan nurse bagi penerangan semua.. kurang selesa sikit..

bilik sorang best.. lepas letak gel, cik sono pun mula la mencari2.. ukur kepala, air ketuban, tulang belakang, tulang peha, jari semua nampak clear.. oh ye, scan 2D biasa je.. berat baby dah 2.125 kg, uri kat atas, kepala kat bawah.. alhamdulillah..

dan abinya pun tanya kat cik sono.. boleh nampak tak boy or girl.. cik sono kata baby kepit.. dah try cari tapi tak nampak.. seperais ye baby.. takpe, 2-2 kami terima..

cerita bab baby.. dia memang very da behave bila tangan-tangan yang tak dikenali sentuh.. kne tunggu masa yang lama untuk dia respon.. sebelum or selepas aunty2 pegang, memang kemain la atas, bawah, kiri, kanan, depan semua ada la yang bergerak.. but once dipegang, terus diam.. sbb kena tekan-tekan baru nak pusing.. sama jugak kali.. lepas je lap gel, terus pusing.. wahaha.. mintak2 la kat luar nanti pun behave je baby nie.. senang umi n abi..

siap! jumpa Dr kat bawah pulak.. dan...

setiap benda best, mesti akan ada jugak yang x best.. dan tak best nya kali nie.. dapat Dr lelaki.. LELAKI ok.. hadoiiii.. muka dah merah.. DR tekan2 perut, letak gel, dengar heartbeat.. 30 saat den siap!

Dr kata ok je baby 2.125kg sekarang.. expected keluar 2.6kg.. seswai dengan umi nya.. tak perlu risau kecik ke apa yang penting baby sihat.. dah lebih 2.0kg dah ok.. hmmm... macam mana la dulu mak bersalin kan aku 3.6kg ye.. padahal mak lg kecik.. huhu..

balik rumah try google berat baby untuk 33 weeks.. majoriti letak 2.1kg-2.2kg.. maknanya memang normal dan tak perlu sedih-sedih.. =)

.
.
.
.
.

oh ye, alergik kulit sepanjang pregnant nie.. actually tak pregnant pn memang kulit sangat alergik dari baby lagi.. tapi takde la smpai berbekas banyak sangat.. tapi kali nie nie memang kalau boleh nak cabut kaki so that boleh garu sampai sekuat hati gaya main biola.. selagi tak berdarah, selagi tue garu.. aiyoooo.. kecian en.hubby.. mengira kesan sampai tak cukup jari tangan la.. hope dalam pantang nanti boleh recover balik..

Sunday, May 15, 2011

1st Anniversary

15 Mei 2010 - 15 Mei 2011..
cukup setahun sudah.. pejam celik, pejam celik je.. Alhamdulillah.. thank you Allah.. dapt merasa nikmat menjadi suami isteri dan dapat merasa nikmat bakal menjadi umi dan abi.. many things have and need to be learned..

walaupun.. x segembira jangkaan awal utk 1st anniversary.. plan yang bagai akhirnya cancel semua.. kerana..

toknek @ moyang hubby kembali ke rahmatullah.. (MIL punya tokwan, tokwan hubby punya ayah).. di usia 93 tahun dalam IC.. realitinya menjengah usia 1 abad.. biasalah zaman dulu susah nak daftar.. semuanya hanya jangkaan tentang tarikh lahir..

al-fatihah~~

semoga toknek tenang di sana.. sangat kagum dengan fidyah yang dibuat.. yelah, toknek hingga ke akhir hayat cukup solatnya, pondok agama tempatnya, puasanya sempurna.. tapi masih bayar fidyahnya.. mana tau ada yang masih berhutang lagi dengan Allah.. cuci semua..

cuma hubby terkilan.. x sempat belajar ilmu pondok dari toknek.. takda siapa pun yang mewarisi.. dan terkilan juga... x sempat bawa kami balik ziarah toknek.. ikut perancangan Jun nanti.. tapi Allah lebih sayangkan toknek..

Toknek insan terpilih.. 3 minggu sebelum balik bertemu Allah, toknek sembang dengan anaknya.. toknek tak dapat dengar lagi sebenarnya.. mata pun dh kabur.. tapi toknek boleh bercakap.. selalunya berzikir saja..

"esok mlm jumaat kan.. buatlah masak nenas dengan ikan masin.. buat kenduri sikit.. panggil orang datang makan.. aku dah nak balik dah.."

sentap! panggilan telefon dengan ayat sama buat kami semua dan MIL pun x senang duduk dah.. mujur cuti hari pekerja dah reserve 1 minggu annual leave sekali, mesti jenguk toknek.. kami x ikut sama.. ke pahang sebenarnya urusan hubby..

sabtu tepat 12 malam 13 mei 2011.. toknek pulang menghadap Illahi.. nazak sekejap saja.. sangat tenang..

semoga toknek dikalangan orang2 yang beriman.. alfatihah~~

.
.
.
.
.

teringat time tokwan (bapak mak) kembali ke rahmatullah.. pemergiannya diganti dengan kelahiran anak sepupu.. Muhammad Danish.. kini giliran anak kami pula yang muncul sebagai pengganti.. semoga dapat mewarisi ketabahan toknek..
alfatihah untuk tokwan juga dan seluruh umat Islam..