Thursday, November 29, 2012

Panduan Mencari Rumah Sewa di Melbourne Australia

Updated info on 11/12/12!

Assalamualaikum.
Hi readers!

Semoga anda semua yang membaca entri ni sihat walafiat disamping yang tersayang.

Kalini nak share tentang tips cari rumah sewa. Rasanya perkara yang sama still apply untuk mana-mana kawasan dan tempat di Australia ni. Kalau tak sama harap dimaafi dan sila perbetulkan.

Untuk anda yang dapat sponsor SLAB/SLAI, KPT akan providekan elaun dari Malaysia lagi dan juga ada table khas yang menyatakan berapa Aud yang akan kita dapat.  Maka, boleh mula merancang nak tinggal di rumah yang mana dan bagaimana. Duit tersebut juga cukup untuk beli kereta second hand nanti.

1. Survey (mula dari Malaysia)
Website di Australia adalah sangat bagus dari perkhidmatan kerajaan hinggalah jual-beli kereta. Shopping pun boleh online. Dari web tersebut masukkan maklumat suburb dan kawasan, pilih jenis hartanah (rumah, unit, apartment, dll), bilangan bilik tidur, harga sewa (mingguan) yang dibajet.

2. Cara kira bajet.
Biasanya untuk sebuah rumah di atas tanah dengan 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang letak kereta dan 1 backyard adalah antara Aud250 seminggu ke atas untuk luar bandar dan Aud330 seminggu ke atas untuk bandar.
Saya bagi contoh untuk rumah saya sendiri yang berharga Aud330 seminggu.

Seminggu $330
Sebulan $1430 ($330 x 52 minggu) / 12 bulan bukan $1320 ($330 x 4 minggu) ye..
Jumlah perlu dibayar (sebulan) $1434, $4 sudah terlupa untuk apa. caj perkhidmatan kalau tak silap.
Bond = sebulan sewa
Maka pembayaran yang perlu dibuat untuk pertama kali masuk rumah adalah sebanyak $2868.

3. Google Maps, Lokasi sesuai dan Cadangan
Sangat membantu untuk mengetahui jarak dan tempoh perjalanan dari universiti ke rumah. Antara lokasi umum kawasan bandar: Melbourne, Brunswick, Coburg, Parkville, Carlton, Fitzroy, Kensington, Footscray, Monnee Ponds, Essendon. Untuk suburb: Pascoe Vale, Reservoir, Preston, Bundoora, Fawkner, Epping, Broadmeadow, Meadow Heights.

4. Ejen
Laman web utamanya adalah Real Estate Australia yang menggabungkan pelbagai ejen dalam satu direktori.
Antara ejen yang ada ialah Rendina, Brad Teal, Ray White, Nelson Alexander, RUN, Hockingstuart, Barry Plant dan banyak lagi. Biasanya setiap rumah akan turut disertakan dengan gambar setiap bahagian rumah.

5. Inspection
Setiap rumah yang ingin disewa mestilah diinspect terlebih dahulu. Biasanya ejen akan menetapkan sekian waktu untuk kesemua penyewa yang berminat untuk datang melihat sendiri rumah tersebut dan nama akan diambil. Kami pernah melalui pengalaman datang melihat sebuah rumah yang masih ada penyewa terdahulu dan anjingnya separas pinggang lelaki dewasa! Ye, datang lihat bersama dengan kesemua penyewa yang berminat atau sekadar suka-suka nak inspect di rumah tersebut seramai 5 keluarga yang lain. Biasanya inspection yang dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad lebih tinggi persaingannya. Mungkin sehingga 15 keluarga!
Semasa proses inspection, sila tanya kepada ejen sama ada rumah yang disewa menggunakan elektrik atau gas untuk pemanas air dan oven. Tanyakan juga sama ada perlu membayar air atau tidak (orang Islam biasanya menggunakan peratusan air yang tinggi untuk wudhu dan mandi, penggunaan gas pastinya lebih jimat berbanding elektrik). 

6. Application Form dan Merit atau Identification Point
Setiap orang dewasa perlu mengisi borang secara berasingan. Bukan semudah yang disangka kerana setiap dewasa perlu menyumbang kepada markah layak menduduki. Lebih tinggi markah, lebih layak penyewa tersebut. Antara dokumen yang dapat menyokong pemberian markah adalah salinan pasport, surat beranak (kad pengenalan tak laku), lesen memandu (yang telah diestrak di Jabatan Pengangkutan Jalan atau diterjemah di Pejabat Konsulat Malaysia), salinan penyata bank, salinan akaun telefon bimbit, salinan insurans dan apa-apa bukti yang ada tercatat nama kita secara sah. Inilah sebab kenapa saya katakan dalam entri sebelum ini yang bank statement adalah penting.



Selesai isi borang, boleh mula menghantar permohonan ke setiap ejen berkenaan. Buat sembahyang hajat dan berdoa banyak-banyak semoga terbuka hati ejen berminat untuk ambil kita sebagai penyewa. Dan masa yang ditunggu telah sampai... Mungkin 2 atau 3 hari mungkin juga seminggu, dua minggu, sebulan, ikut rezeki masing-masing. Kalau 3 hari masih tak dapat boleh hantar lagi permohonan. Buat secara berterusan lebih baik.

Jeng, jeng, jeng...

7. Confirmation dari ejen
Ejen akan telefon untuk maklumkan yang kita berjaya. Kalau masa tu bukan peak period mungkin boleh dapat semua rumah yang diminta kerana biasanya student yang bawa keluarga ada duit yang banyak dicatatkan pada bank statement. Boleh dikatakan student lebih mudah dapat rumah berbanding yang datang bekerja kerana ada support yang kuat dari supervisor untuk bahagian employment history dan contact name. Soalan pertama yang akan ditanya ejen biasanya: Adakah kita masih berminat dengan property ...? Jika ya, mereka akan minta datang ke pejabat untuk tandatangan agreement bagi setiap tenant, bayar bond (perlu buat cheque) dan terima kunci.




8. Masuk rumah dan borang Condition Report
Bagi salam, langkah kanan, selawat, baca Al-Fatihah, Al-Baqarah dan surah Yassin sekurang-kurangnya.

Ini antara perkara penting yang perlu dibuat! Pihak ejen akan memberi borang condition report, untuk menyatakan tahap kepuasan hati terhadap keadaan rumah tersebut. Sekiranya ada perkara yang tidak berada dalam keadaan baik seperti keretakan dinding, lantai yang bercalar teruk  dan apa sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik sila catatkan dalam borang tersebut dan ambil gambil dengan tarikh tertera padanya sebagai bahan bukti. Ini kerana, sekiranya anda ingin keluar dari rumah tersebut setelah tamat tempoh menyewa, dan ada kerosakan yang berlaku, anda perlu menanggung kos pembaikpulihan yang akan ditolak dari bond sebulan sewa yang dibuat sebelum ini. Kegagalan membayar boleh dibawa ke mahkamah.

Kami isi permohonan untuk 10 rumah dari 5 ejen dan kami hanya hantar permohonan untuk 3 buah rumah (yang lain tak sempat inspect sebab dibuat pada hari kerja). Keputusannya, kami berjaya dapatkan 2 buah rumah. Sakitnya jemari masa mengisi tu Allah je yang tahu.. Gambar application form yang kami isi di bawah ini adalah untuk 4 buah rumah. Tebalkan!


Justikasi pemilihan rumah kami: air percuma (jimat lebih $100+), pemanas air menggunakan gas, heater rumah tidak centralised (dipercayai centralised heater menggunakan lebih banyak tenaga gas untuk menyelaraskan suhu keseluruhan rumah), bil gas rendah ($45 untuk 2 kali bil (3 bulan) iaitu $15 sebulan)
yang tak bestnya: tiada backyard yang luas, oven menggunakan elektrik (tak boleh baking selalu),
bil elektrik yang tinggi (hampir $600 untuk 56 hari di musim sejuk  dan $500 untuk 90hari berikutnya di baki musim sejuk dan musim bunga)


9. Department of Justice

Selepas sebulan menyewa akan dapat surat ini pula.



10. Routine Inspection
Dijalankan oleh ejen bergantung pada keperluan. Selepas 3 bulan duduk menyewa, kami telah pun menerima kehadiran ejen kali kedua untuk datang melawat. Apa yang perlu dibuat? Tiada apa cuma pastikan rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Pastikan tiada kulat di dalam bilik air hasil dari wap air yang digunakan semasa mandi dan tiada pengudaraan yang baik. ye, ejen dah datang kali kedua kerana kali pertama dulu datang selepas kami tak tahu cara nak buat bagi pintu tak tertutup sendiri.. :p

Thanks for reading.

.
.
.


Seperti biasa sebarang soalan sila ajukan di bawah ini supaya dapat dibaca oleh mereka yang memerlukan maklumat yang sama. Sharing is caring.



Thursday, November 1, 2012

Panduan Percutian 5Hari 4Malam ke Melbourne, Australia

Blog ini diupdate pada 16 April 2016.

Assalamualaikum.

Hi readers!


Pertama sekali, Tahniah diucapkan kepada pemenang giftaway Fridge Magnet Australia yang saya anjurkan secara tak sengaja di Instagram dan Facebook. Cara menang mudah sahaja dengan komen yang anda NAK cenderamata ini. Memang saya tak tulis secara direct di caption hanya sekadar begini : "fridge magnet.. anyone?" hehe.. InsyaAllah jika murah rezeki saya akan ada giftaway lagi insyaAllah dan giftaway tu akan muncul di blog ini!

Ok, Siapa merancang nak datang Melbourne, Australia? Wah ramainya yang angkat tangan! Mari baca entri ini ye..

Memandangkan lebih 5 orang yang bertanyakan hal yang sama, maka diharapkan entri ini bukan saja membantu mereka tetapi juga anda yang lain yang mungkin tak tertype untuk bertanya melalui private message.

Sebelum itu, mari kita ulang semula subjek Geografi mengenai

Musim dan Suhu 
Bunga / Spring : September hingga November
Panas / Summer : Disember hingga Februari (suhu mencecah sehingga 46 darjah celcius)
Luruh / Fall / Autumn : Mac hingga Mei
Sejuk / Winter : Jun hingga August (suhu mencecah sehingga -2 darjah celcius)

Waktu
Untuk Melbourne (GMT+6), manakala Malaysia (GMT+8). GMT ialah Greenwich Mean Time. Oleh yang demikian beza masa adalah 2jam pada waktu biasa dan 3jam sewaktu Daylight Saving Time. Daylight Saving Time adalah satu tindakan mempercepatkan jam supaya siang kelihatan lebih panjang dari waktu malam. Biasanya jam ditambah satu jam kehadapan pada pertengahan musim Bunga (biasanya di bulan Oktober) dan dikurangkan satu jam pada pertengahan musim luruh (biasanya pada bulan April).


Kenderaan

Flight
Cadangan: Air Asia (Everyone can fly)
Lokasi: Tullamarine Airport, Melbourne
Tarikh beli: Setahun dari sekarang sebab tiket murah.
Tarikh terbang: Boleh pilih musim mana yang berkenan di hati.
Kos: RM800 hingga RM1000 (return tiket masa promotion) - RM3000
Perjalanan ambil masa selama 8 jam sahaja. Disarankan amik tiket pukul 9 malam ke atas supaya dapat sampai keesokkan paginya. Bolehla merasa solat Subuh atas flight. Tapi kalau naik Air Asia tu selalunya ada saja flight delay boleh la nak naik yg lepas zohor. Kalau yang ni pulak boleh la merasa 3 4 waktu solat atas flight. hehe..

Kereta Sewa
Kos: A$180 minimum  untuk 5 hari
Lokasi ambil dan hantar : Tullamarine Airport, Melbourne
Tujuan : Untuk perjalanan jauh sahaja.
Boleh survey beberapa rental service yang menyediakan pakej GPS, peta dan tol dan car seat.

Sila layari http://vroomvroomvroom.com.au untuk pilihan kereta sewa.


Minyak
Kos: A$150
Tips dapatkan minyak murah: Boleh beli makanan di Coles (seperti Tesco Malaysia) dengan minimum Aud30 dan dapat resit diskaun di bahagian bawah.


Tram
Kos: A$6 untuk kad sahaja dan topup A$16.00 sekurang-kurangnya (untuk 2 hari).
Kadar bayaran : Jika anda naiki tram pergi dan balik dalam tempoh 2jam, caj yang dikenakan ialah A$4. Maksimum caj untuk sehari atau melebihi 4 jam adalah A$7.60.
Tujuan: Untuk meronda di kawasan bandar dan menikmati keindahan bandaraya Melbourne.




Penginapan 
Cadangan : Malaysia Hall Melbourne
Kadar terkini Malaysia Hall Melbourne, sila rujuk SINI. Untuk makluman semua pembaca, saya tidak mempunyai sebarang kaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan pihak Malaysia Hall Melbourne. Segalanya perlu diuruskan oleh anda sendiri tanpa mengaitkan nama saya (termasuk cc kan email). Harap tidak menyalahgunakan info yang anda dapat di sini kerana apa yang saya pernah beritakan tentang MH adalah atas pengalaman baik saya sendiri sebelum ini.

Cadangan penginapan sekitar Melbourne klik SINI. 

Blog ini diupdate pada 16 April 2016. 

Saya juga menawarkan bilik untuk disewa di rumah saya sendiri dengan kadar $60/night*. Penginapan ini berkonsepkan Bed & Breakfast. Sesuai untuk 2dewasa dan maksimum 2kanak-kanak bawah 5tahun. Antara kemudahan yang disediakan berupa satu katil bersaiz queen, wifi, breakfast, dan lain-lain. Boleh email saya di nurulizzahz@gmail.com untuk maklumat lanjut. *tertakluk kepada terma dan syarat.
Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah Airport Port Pick-up (maksimum 6org per trip; luggage saiz standard) dan travel guide (maksimum 6 org per trip). 
Boleh email saya di nurulizzahz@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Tempat menarik untuk dilawati: 

Hari Pertama - City of Melbourne
Tempoh Perjalanan : 10 minit dari Malaysia Hall
Kenderaan: Tram
Dengan menaiki City Tram, anda dapat menikmati keindahan dan keunikan kota Melbourne. Boleh berhenti dan naik di mana-mana stop kemudian berjalan kaki ke kawasan sekitarnya. Antara tarikan utama ialah Shrine of Remembrance, Royal Botanic Garden, Napoleon Museum, National Library, Yarra River, Federation Square, pelbagai shopping mall dan building yang menarik selain pemuzik jalanan  yang menghiburkan.




Hari Kedua - Phillip Island
Tempoh Perjalanan: 1 jam 30 minit sejauh 141km
Kenderaan: Kereta
Pulau yang berbentuk seperti seekor ikan lumba-lumba atau dolphin. Untuk berjalan-jalan,boleh dapatkan PIE Pass yang terdapat di Phillip Island's Visitor Center untuk melawat 3 dari 4 daya tarikan utama iaitu
Amaze ‘N Things
Pannys Amazing World of Chocolate
Rhyll Trout and Bush Tucker Farm
Maru Koala & Animal Park
Kos :
Adult A$41.95
Child A$31.95 (ages 4-15 yrs, ages 3 and under free)
Family A$129.95 (two adults & two children, ages 4-15 yrs)
Selain itu juga, anda boleh lah mendapatkan Penguin + PIE Pass atau Seal + PIE Pass atau Penguin, Seal + PIE Pass. Atau tengok penguin percuma pada waktu sunset di The Nobbies dan nikmati keindahan panoramanya.



 Maklumat lanjut mengenai Phillip Island di sini.


Hari Ketiga - Great Ocean Road
Tempoh perjalanan: 3 jam sejauh 230km
Kenderaan pilihan: Kereta
Tarikan utama: Torquay, Twelve Apostle yang merupakan kesan alam semula jadi dan jika bertuah dapat lihat paus bermain-main.
Aktiviti : Luncur air, Berkelah








Hari Keempat - Seasonal Attraction 
Pilih mana-mana lokasi tarikan lain. Antaranya adalah di

Mount Buller / Mount Bawbaw (Jun hingga Julai) 
Tempoh Perjalanan: 3 jam 30 minit (tidak termasuk berhenti untuk sewa kemudahan.)
Kenderaan: Bas
Kos pengangkutan dari City ke Mount Buller: A$180 (15tahun ke atas), A$140 (3-14tahun). Rujuk sini.
Kos sewa barang: Pants A$15 + Boots A$9 + Toboggan A$10 = A$34. Rujuk sini.
Maklumat lanjut Mount Buller dan Mount Baw Baw





Tesselaar Tulip Festival (Penghujung September hingga awal Oktober), Belgrave.
Tempoh perjalanan: 1 jam
Kenderaan: Kereta
Kos: A$18 (16 tahun keatas), Percuma (15tahun dan ke bawah)
Spring di Melbourne sentiasa diceriakan dengan kehadiran Tulip yang berwarna warni. Maklumat lanjut tentang tulip di sini. Usai itu, boleh teruskan perjalanan ke Dandenong Ranges National Park yang terletak berhampiran dengan kawasan tanaman tulip ini. Maklumat lanjut tentang taman negara ini di sini.




State Rose Garden (Oktober hingga Disember), Werribee
Tempoh perjalanan: 30 minit
Kenderaan: Kereta
Kos: Percuma
Nikmati keindahan bunga ros pelbagai jenis dan warna yang ditanam di kawasan seluas 6 hektar secara percuma. Ada antaranya sebesar 2 tapak tangan. Maklumat lanjut tentang State Rose Garden klik sini. Setelah puas, bolehlah melawat ke Werribee Open Range Zoo yang terletak bersebelahan dengan State Rose Garden ini. Maklumat lanjut di sini.





Fruit Picking (November hingga Februari), Victoria
Tempoh perjalanan: bergantung kepada lokasi
Kenderaan: Kereta
Kos: $4 untuk dewasa
Nikmati kesedapan buah-buahan yang dipetik segar terus dari kebun dan makan! ye, makan sampai puas dan kenyang hingga tak termakan lagi. Kanak2 pasti sukakannya!


Hari Kelima - Victoria Market & DFO EssendonTidak sah perjalanan jauh anda tanpa membawa pulang beberapa cenderamata yang membuktikan anda telah pun selamat sampai ke Negara Kanggaru ini. Justeru lengkapkan ia dengan melawat ke Victoria Market.
Kenderaan: Tram
Tempoh Perjalanan: 15 minit
Antara cenderamata yang popular adalah fridge magnet, boomerang, tshirt, plushies kanggaru dan koala, bulu haiwan seperti kambing, kanggaru, lembu, biri-biri. Puas berjalan di Victoria Marke, saya cadangkan anda pulang dan checkout dari Malaysia Hall dan bersiap untuk perjalanan pulang.
Sebelum itu, singgah ke mall yang sering dikunjungi oleh pelancong ialah DFO Essendon yang terletak di Bulla Road. Tempoh perjalanan ialah 20 minit dari Malaysia Hall dan 8 minit ke Tullamarine Airport. Jangan lupakan dapatkan set pinggan Corelle dan Pyrex yang terkini dan murah di sini. Sambil shopping jangan lupa jeling jam. Takut-takut terlajak masa check-in di airport pula nanti. :)

Makanan
Saya cadangkan anda membawa stok makanan dalam tin atau paket dari Malaysia. Sekiranya anda merasakan hari anda tak lengkap tanpa nasi, boleh hubungi saya untuk membantu menyediakan hidangan siap yang dihantar ke Malaysia Hall. Kalau teringin nak berkelah di Great Ocean Road atau di mana-mana taman yang ada sediakan kemudahan bbq, tanpa rasa segan silu juga sila hubungi saya yang sedia membantu anda.

Kos keseluruhan
Berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya yang datang ke Melbourne, mereka mengatakan bahawa bajet untuk datang ke Melbourne dalam keadaan selesa ialah mempunyai RM2000 hingga RM2500 seorang termasuk untuk cenderamata (tidak termasuk return flight tiket yang bernilai RM1000.)


Sekian.



p/s Diharapkan semua berpuashati dengan entri ini. Jika ada sebarang pertanyaan ajukan sahaja di ruang komen di bawah ini ye. Mana tau soalan anda sama juga dengan mereka yang lain.


TQ for reading!


p/s: Saya juga menawarkan bilik untuk disewa di rumah saya sendiri dengan kadar $60/night*. Penginapan ini berkonsepkan Bed & Breakfast. Sesuai untuk 2dewasa dan maksimum 2kanak-kanak bawah 5tahun. Antara kemudahan yang disediakan berupa satu katil bersaiz queen, wifi, breakfast, dan lain-lain. Boleh email saya di nurulizzahz@gmail.com untuk maklumat lanjut. *tertakluk kepada terma dan syarat.
Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah Airport Port Pick-up (maksimum 6org per trip; luggage saiz standard) dan travel guide (maksimum 6 org per trip). Boleh email saya di nurulizzahz@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Blog ini diupdate pada 16 April 2016. 


Lawati Facebook FIZH OUTLET untuk pembelian pinggan mangkuk periuk berjenama seperti Corelle, Corningware, Pyrex dan Visions. Juga produk pakaian dan mainan untuk anak-anak.