Thursday, January 31, 2013

1 Tahun 7 Bulan 1 Hari

Assalamualaikum.

Hi readers!

Perasaan bercampur baur. Naluri kian meresap jauh ke lubuk jantung. Sungguh! Sakit yang tak terungkap dengan kata-kata. Hanya Allah Allah mampu meniti dibibir.

Selesai semuanya, sakit hilang, mampu tersenyum dan tangan lembut memeluk erat didakap ke dada. Alhamdulillah selamat semuanya.

"Allahu Akbar! Assalamualaikum! Bismillah" yang dibisik ke telinga terus menjalankan tanggungjawab kedua selepas melahirkan sebagai ummi.

Hari berganti hari. Dari tapak kaki sebesar 2 jari dewasa, dari tali pusat melekat, dari tiada gigi, dari mata yang kabur dan hanya deria bau yang membantu, dari terbaring belum mampu berbuat apa-apa. Pantas masa berlalu.

Hari ini. Tapak kaki 4 jari dewasa, gigi 11-13 batang, rambut boleh ditocang, memanjat dan berlari, mulut bicara tiada berhenti, kreatif kritis inovatif. Alhamdulillah! Nikmat Allah berikan.

Anak yang mudah dijaga. Sakitnya tidak lama. Makannya tidak cerewet.
Cuma tidurnya perlu sentiasa ummi di sisi atau lebih baik berjaga sepanjang hari.

Senyumannya mencairkan, butir bicara yang keluar pantas menangkap dada, telinga yang mendengar meminta-minta ulang semula.

Semoga jadi anak solehah. Berjaya dunia dan akhirat.
Dipinjamkan lebih lama oleh Allah.
Dimurahkan rezeki terpenting penyusuan 2tahun.
Dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Terima kasih Allah atas nikmat ini.

Satu Tahun Tujuh Bulan Satu Hari.

IFFAH HUMAIRA BINTI MOHD HAFIZ


Wednesday, January 30, 2013

Apps Penting di Melbourne, Australia


Assalamualaikum.

Hi readers!

Adakah anda pengguna smartphone? Ya tidak mustahil!
Kalini, saya nak share apps yang akan membantu anda yang menggunakan peranti Android.

1. Quran Android 
Mudah hendak mengaji di waktu kelapangan. Al-quran visual ini sungguh membantu memudahkan. Hanya perlu download dan boleh guna di mana-mana selagi masih berbateri.



2. Islamic Finder
Untuk panduan waktu solat dan berfungsi sebagai penunjuk arah kiblat. Untuk waktu solat, perlukan akses internet kecuali telah disetkan lokasi terlebih dahulu. Jika ada perancangan ke mana-mana tempat boleh set location siap-siap. Boleh download masuk ke smartphone melalui http://islamicfinder.org













3. E numbers (Uaraven)


Membantu mengetahui kandungan bahan dalam sesuatu makanan. Juga dinyatakan sumber sama ada tumbuhan, haiwan dan tahap keselamatan untuk anak-anak.

Sebagai panduan, jika semuanya bertanda hijau, tengok pula pada animal source, (tiada tanda halal pada produk) walaupun berwarna hijau tapi sebagai seorang muslim, perlu fikirkan adakah daging lembu (contoh) tersebut disembelih dengan menggunakan nama Allah. Kalau susu, boleh tiada masalah. Jika diragui, elak dari beli bahan tersebut. Warna merah, jangan beli!

AWAS : Tidak semua makanan (yg tiada logo halal) dinyatakan dengan jelas kandungan bahannya. Harus berhati-hati dan elakkan membeli makanan syubhah yang akan menjadi darah daging anda.


4. Google Maps
Sangat memudahkan untuk bantu tahu lokasi tempat. Set destinasi dan klik direction. Seterusnya klik pada 'nagivate' instruction dan tukar setting 'avoid tolls' sekiranya ingin jimatkan kos.


5. Tram Hunter
Sangat sesuai untuk mereka yang tinggal dan menetap di Melbourne. App ini mesti ada untuk memudahkan anda merancang perjalanan. Ketepatan masa boleh beri 98% untuk app ini.







6. Metlink Beta
Semua pengangkutan awam victoria dalam satu app! Gabungan yang mantap untuk servis tram, keretapi dan bas. Ianya juga membantu anda merancang perjalanan, menunjukaan stesen dan hentian yang paling hampir dengan cepat dan pantas.

















 



Sekian entri kalini. Jumpa lagi! Semoga bermanfaat..

Tuesday, January 29, 2013

Musim Panas di Melbourne

Assalamualaikum..

Hi readers!

Summer in Melbourne dah hampir tamat bulan keduanya. Sebulan lagi tinggal sebelum berjumpa lagi 10 bulan 11 bulan akan datang.

Siangnya yang panjang memang best nak berjalan-jalan. Tapi suhunya kalau naik lebih 38 degree, lebih rela duduk di rumah dari bersiar-siar. Sungguh terik!



Baju di ampaian cepat kering. Kalau nak buat ikan masin, seharian jemur pun dah cukup. Kalau nak keluar jugak, mungkin perlu pakai sunblock dulu, kemudian pakai setutup-tutupnya tapi tak perlu tebal, sebab bahagian yang terdedah macam belakang tapak tangan rasa terbakar. Ok, orang terbakar belum ada, kalau hutan terbakar memang banyak. Sentiasa ada alert dari CFA (macam Jabatan Bomba dan Penyelamat) yang inform kawasan mana terbakar.



Tahun ni, paling tragik di Tasmania Island (nama manjanya, Tassie). Boleh tengok youtube. Lagi tragik, pokok tanaman hampir mati sebab kekurangan air.



pokok ni memang mati terus dah..



Walaupun namanya musim panas, tidaklah seterik di padang pasir yang suhunya 50 darjah itu. Uniknya Melbourne, pukul 3 petang 41 darjah, pukul 6 petang 25 darjah! Sungguh tak terjangka. Pagi hujan, petang terik. Ruginya tak basuh baju. Kebanyakan harinya, masih berangin, dan lebih baik bawa sweater untuk spare. Sampaikan kalau nak berpiknik, duduk betul2 di tempat yang dapat cahaya matahari secara terus. No wonder omputih suka berjemur, dan jemur tu tak kira di mana-mana. Contoh tempat yang orang Malaysia takkan buat, di tengah-tengah roundabout jalan tu. Gambar? tak dapat nak dibuktikan sebab terkejut dan tak sangka ada juga yang nak buat macam tu.

Solat. Waktu siangnya yang panjang, dalam bulan Januari misalannya, Subuh pukul 430 pagi, Syuruk 630, Zuhur 130, Asar 530, Maghrib 840, Isyak 1030. Lebih kurang macam nie. Dari maghrib nak ke Isyak tu Allah.. Panjangnya rasa. Sempat tidur dulu sekejap, tapi kalau mata dah terlalu berat, baik solat dulu takut terlepas pulak Isyaknya.

Makan dan lapar. Ye, kalau dah panas tu macam-macam. Masa sejuk sedap tidur, masa panas sedap makan. Makan makanan yang dimasak. Setiap hari ada saja. ketung ketang ketung ketang buat kerja. Tak cukup tangan, ada chef yang tak perlu dijemput pun confirm semua NAK dan tak perlu tanya BOLEH atau tak. Chef Iffah Humaira. Sungguh rajin menterbalikkan tepung, dan susun pinggan mangkuk.

Antara projek sepanjang musim panas,
1. Spaghetti Bolognaise
2. Laksa
3. Bihun Sup
4. Mee Kuah
5. Spaghetti Hailam
6. Bihun Goreng
7. Kuih Buah Melaka
8. Cookies
9. Chocolate Moist Cake
10. Pavlova w berries
11. Bubur Kacang
12. Bubur Pulut Hitam
13. Cornflake Madu
14. Muffin Berries
15. Sizzling Mee










Sekian. Berita musim panas.

Friday, January 4, 2013

Masalah dengan NuffnangX

Assalamualaikum!

Hi readers!

Hari yang panas di kawasan rumah dengan suhu 40degree.. Lagi panas bila tak boleh nak reply pertanyaan melalui comment sebab dihalang oleh komen dari NuffnangX Conversation.

Ada sesiapa yang tau cara nak reply komen tersebut?

Kalau diikutkan ada 4 komen.
2 dari NuffnangX Conversation.
2 dari mereka yang klik post a comment.
Tetapi hanya NuffnangX Conversation saja yang kelihatan.

Klik sini untuk tengok dan agi pendapat ye..
http://nurulizzahz.blogspot.com.au/2012/12/sambung-belajar-kenapa-australia-bukan.html

Thanks!