Friday, September 7, 2012

Belajar di Luar Negara Part 2

Assalamualaikum..
Hi readers!


Alhamdulillah berjumpa lagi kita ye. Syabas diucapkan kepada semua yang telah lengkap misi 1-niat dan 2-cita-cita. Saya terima respon yang amat menggalakkan dari entry Part 1 sebelum nie..
Jom kita sambung dengan Part 2 pula..

Sebelum itu, suka diingatkan ini adalah pengalaman suami. Cara yang digunapakai. Kalau anda ada langkah yang lebih baik jangan segan silu berkongsi ye..


6. Kertas cadangan pengajian/ Proposal
Buat proposal mengenai research yang ingin dijalankan. Jika ada pengalaman master, ianya dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai langkah membuat proposal. Basically dalam proposal perlu ada introduction, literature review, method dan references. Proposal perlu diuploadkan ketika menghantar permohonan SLAB/SLAI, jadi sentiasa kemaskini proposal supaya mantap. Sekiranya ada perkara yang terlintas di kepala ketika drive atau makan, cepat-cepat catatkan ye.

7. Negara dan universiti sasaran
Anda bercita-cita nak merantau ke negara mana? Kalau sudah selesai degree/master di dalam negara, apa kata kita cuba oversea pula? Selain equipment mereka yang hebat, culture juga berbeza. Inilah masa yang sesuai untuk merasa tinggal di negara orang. Jauh perjalanan luas pemandangan. Pilih universiti yang berkenan di hati, yang paling penting universiti tersebut berada di ranking yang baik dan tertinggi. Suami kalau boleh memang berminat nak ke UK. Tapi lepas memikirkan beberapa perkara, cukuplah kami tetapkan Australia dalam doa kami.. Masuk ke laman web universiti sasaran dan mulalah google expertise / pakar dalam bidang kita.

8. Expertise/Supervisor (sv) yang bersesuaian 
Dalam sibuk mencari negara yang sesuai, pokok utama yang tertanam semestinya supervisor yang bersesuaian. Macam mana nak tahu sesuai atau tidak? Antara usaha yang boleh dilakukan adalah email expertise tersebut. Nyatakan keinginan kita untuk belajar di sana dan tunggu email berbalas sambil diiringi doa. Tidak terhad pada seorang, boleh hantar seberapa banyak yang kita mahu. Saya kurang pasti berapa email yang dihantar tetapi ada antara email yang dibalas mencadangkan supaya suami saya berhubung dengan expertise yang lebih layak dari dirinya. Alhamdulillah sv yang direkmen itu adalah main sv sekarang. Suami ada 3 sv. Satu cabaran yang besar juga mujur semasa buat master dulu ada 2 sv. Kiranya persediaan mental dah tertanam.. insyaAllah.



 To be continue...

Saturday, September 1, 2012

Belajar di Luar Negara Part 1

Assalamualaikum..
Hi readers!

Sebelum masuk cerita Melbourne. Apa kata kita tau dulu apa yang perlu dibuat untuk mereka yang merancang belajar di luar negara.
Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya sebagai seorang isteri yang mana saya hanyalah membantu suami untuk melengkapkan keperluan dan menemani perjalanan suami.. Bukan saya sendiri yang belajar. Mungkin ada dua tiga perkara yang saya tercicir.

1. Niat
Dalam apa perkara sekalipun, paling penting adalah mempunyai niat dan keinginan. Niat yang datang dengan pakej kerelaan hati pasti kita akan buat kita berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan segala-galanya termasuk cita-cita dan impian kita.InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan yang tidak mudah.

2. Cita-cita dan impian
Semestinya cita-cita itu penting. Supaya kita tau mana hala yang hendak ditujui. Cita-cita suami adalah untuk berkhidmat dalam bidang akademik dengan impian untuk menyambung pengajian di luar negara pula.

3. SLAB/SLAI
Antara cara untuk bergelar academician adalah dengan menyertai program SLAB/SLAI (Skim Latihan Akademik Bumiputera / IPTA). Pada setiap tahun IPTA akan mengeluarkan tawaran peringkat pengajian sama ada Ijazah Kedoktoran atau setaraf untuk setiap bidang bergantung juga kepada kekosongan jawatan tersebut. Rajinkan diri untuk melayari web setiap universiti yang kita minati atau lebih senang apply je semua universiti. Isi borang lengkap berserta CV yang mantap sebagai bukti komitmen.

4. Syarat SLAB/SLAI
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5 
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

5. Ikatan Perjanjian
Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA ketika melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana. Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian akan menyebabkan tindakan ganti rugi akan dikenakan.



To be continue..