Monday, June 24, 2013

Penginapan sekitar Melbourne

Assalamualaikum..

Hi readers!

Saya dihujani email dan fb messages yang banyak bertanya tentang option selain dari Malaysia Hall Melbourne. Dah namanya Malaysia Hall, confirmlah semua yang datang ke Malaysia nak tuju ke sana. Almaklumlah, selepas pengumuman harga baru Malaysia Hall pun, ianya masih dikira murah berbanding backpackers accomodation, hotel dan motel yang ade. Terlalu murah tak padan dengan lokasinya yang sangat strategik.

Berkenaan dengan penginapan, adalah diingatkan kepada semua pelancong untuk maklumkan jumlah penginap secara tepat. Kalau 12orang kena inform 12. Dia tak macam Malaysia, kata 2orang, tapi yang masuk 4orang. Bahaya tu, takut kena tindakan sebab mereka sangat mementingkan keselesaan dan ikut polisi serta prosedur. Untuk penginapan Backpackers pulak, sila check dulu sebab ada sesetengah provider bercampur lelaki perempuan.

Okey, ini pilihan penginapan yang ada sekitar Melbourne. Mudah access melalui tram utk ke city InsyaAllah. Cuma dari segi harga saya tak boleh nak confirmkan dan anda kene send enquiry.

1) Malaysia Hall Melbourne klik sini.
2) Parkville Motel. klik sini.
3) Dolma Hotel. klik sini.
4) Parkville Place Apartment. klik sini.
5) Princes Park Motor Inn. klik sini.
6) Tune Hotel. klik sini.
7) Ibis Hotel. klik sini.
8) Nomads All Nation Backpackers. klik sini.

Bagi sesiapa yang pernah menginap selain di Malaysia Hall Melbourne, bolehla berkongsi harga dan review ye. InsyaAllah akan rajin update kalau ada respon dari yang berpengalaman.

Semoga bermanfaat.
Thanks for reading!