Tuesday, April 23, 2013

Raspberries, Boysenberries, Blackberries Picking, Dandenong Ranges

Assalamualaikum.

Hi readers!

Ni pun entry tunda. Lama dulu dah 23 Disember 2012. Tapi sebab takde mood nak edit gambar maka ni lah baru buat.

Dekat sangat dengan tempat tengok tulip. Tapi memang takde tulip lah masa ni. Dah summer.

Nie entry tulip. Eh, baru terperasan tak buat pun! Ampun, ampun.. yang ade gambarnya di sini.

Kembali ke tajuk utama, lokasinya di CHAPPIES 21-23 Parker Rd, Silvan 3795 Vic.
Dibuka sepanjang November, December dan January dari pukul 830pagi hingga 5petang dan ditutup pada 25 Dec Xmas dan 1 Jan.

Perjalanan ambil masa 1jam dari Melbourne.

Sticker nak masuk ke sini. Lagi satu ada sticker cherries. Tak beli dah entrance cherry sebab dah pernah pegi sebelum ni di Bacchus Marsh. Untuk entry cherry picking, rujuk entri di sini.

Masuk Aud12 dapat bekas sorang satu boleh petik sekilo FREE. Free la sangat, dh bayar sekali. Rugi kalau tak petik.


Blackberries. Lagi hitam, lagi manis.




Boysenberries




Sambil petik boleh makan. Ini rupa encik suami lepas menghilang lebih kurang 5 minit. Sampai je dah kenyang makan banyak sangat! Petik-petik sambil makan.




 Ni rupa Iffah Humaira. Cuaca terik tapi belum tanggalkan baju turtle neck lagi. Belum mengamuk.


Raspberries. Buat pavlova best gitu..







Rupa kudup yang tertinggal di pokok.


Itulah punca kepada rupa raspberry berlubang jauh ke dalam di tengah-tengahnya. Tuan suami belek kudup tu semula dan mintak tangkap gambar sebab unik sangat, katanya lagi dulu selalu terfikir macam mana raspberry boleh berlubang di tengah. Subhanallah!



 Rupa budak kenyang makan buah. Dah jemu dah sampai terjuih bibir. Terus parking bawah pokok sambil study.


Ni hasil petikan.. Banyaknya!

oopppsss.. sebenarnya, kami pusing tempat ni 2x. Mula tu dah keluar sekali timbang baru 1kg lebih. Ya Allah! nak petik banyak dari awal takut terlebih kilo. Matahari dah makin terik peluh merecik. Masuk semula, petik laju-laju. Timbang lagi 3.3kg. Pekerja dia kata free 300g.. Alhamdulillah..



Dapat buat pavlova 2x lagi!

Balik dari memetik, kami jalan-jalan ke Hutan Simpan Dandenong, Taman Rhododendron dan Alfred Nicholas Memorial Garden.

Sepanjang perjalanan nak petik ni pun dah boleh nampak kesan Black Saturday iaitu tragedi bushfire pada Februari 2009. Pokok-pokok hitam sepanjang jalan sampai ke harini.


Dandenong Ranges Mountain view.. Subhanallah!


 Di depan tempat parking, Rhododendron National Park. Kami tak masuk pun. Sejuk pulak masa ni. Tengok tu, ada kookaburra..



Jom nyanyi,


Kookabura Song Lyrics

Kookaburra sits in the old gum tree
Merry, merry king of the bush is he
Laugh, Kookaburra! Laugh, Kookaburra!
What a life you lead
Kookaburra sits in the old gum tree
Merry, merry, merry little bird is he
Sing, Kookaburra! Sing, Kookabura!
Sing your song for me.
Kookaburra sits in the old gum tree
Eating all the gum drops he can see
Stop, Kookaburra! Stop, Kookaburra!
Leave some there for me
Kookaburra sits in the old gum tree
Counting all the monkeys he can see
Stop, Kookaburra! Stop, Kookaburra!
That’s not a monkey that is me.




Rama-rama sesat dalam kereta.


Teruskan perjalanan ke Alfred Nicholas Memorial Park. Gambar mainmain je semua sebab plan nak datang autumn. Confirm cantik!



 Kookaburra lagi!


 Yang ni, kalau autumn lagi cantik!



Bukti gambar HDR dari http://www.dielenbergphotography.com.au Subhanallah! Spectacular!

Gambar yang jarang ekspose..



Sekian! Take care ya!



4 comments:

  1. Salam, boleh x nak dapat email, untuk saya nak buat sebarang pertanyaan mengenai melbourne..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tuan boleh email pada saya di nurulizzahz@gmail.com

      Delete
  2. terima kasih puan, nanti saya email pertanyaan saya, jasa baik sangat dihargai, w'salam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum izzah salam perkenalan akak bercadang nk pi bercuti ke Melbourne in sep 2014. Kami dalam 20 org. Minta izzah buat itenerary utk 7h6m dgn kos sekali sbb nak amik izzah sebagai guide. Akak punya email jamaliah@mps.gov.my. Semoga dapat jawapan cepat dari izzah. Please email akak ok.

    ReplyDelete