Monday, April 15, 2013

PRU13 2013, Air Asia dan Malaysia

Assalamualaikum..

Hi readers!

Apa khabar?

Buka FB cerita politik.. berdesup masuk support group.
Buka fon tengok SMS, SMS politik.. berdesup tekan delete.
Buka paper berita politik.. berdesuppppp tekan pangkah atau sambung baca.

hahahahaha..

Buka website Air Asia berdesuppppp masukkan detail depart, arrive, tarikh, adults n infant.

tadaaaaa!!! Murahnya. blink2..

Balik mengundi uols! alhamdulillah. kalau sape ikut FB saya memang tau la yg saya nak balik sangat-sangat. Dah sampai tahap menangis tak dapat balik dah masa hujung Mac dulu. Sedih.. Punya lah plan beriya nak balik sebulan masa Jun nanti akhirnya tak kesampaian kerana harga tiket yang melambung tak tentu hala. kecewa!Tak boleh pulang lebih awal sebab hubby ada confirmation Phd nya.

Alhamdulillah tarikh-tarikh penting PRU13 dah diumumkan.

Tarikh Keluar  Writ        
:
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya        
:
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon
:
20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal
:
30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi (Jika ada pertandingan)
:
05 MEI 2013 (AHAD)


Air Asia tawarkan pakej bawah "Fly home to vote,"  tapi kena hantar email dulu. Survey tiket dari Khamis lagi, Jumaat baru hantar email dan terus beli tiket domestik Kul-Pen dan Pen-Kul (lagi lambat beli, lagi harga mahal). Sabtu tengahari masih belum dapat respon, terus beli je tiket antarabangsa sebab dah mula nampak harga promo terendah makin takde..  Email lambat respon n alhamdulillah tak menunggu respon tu kalau tak pasti kecewa sebab dah sold out katanya.. Lorrr... Nampak tak? siapa yang cerdik di situ? Lagi lambat beli lagi mahal tiketnya sbb yang murah dh disambar.Tup, tup malam Sabtu dapat reply kata promo tu dah habis. Pffftttt!

Ada tips di sini. Untuk yang tak tahu jelah. Majoriti orang dah tau. Setiap kali nak beli tiket flight sila check harga return tix dan jugak one way tix utk pergi dan balik. Kebiasaannya one way lebih murah dari return. Jarang sangat-sangat (rare) yang return tix akan murah.
Kalau datang lebih dari seorang, kena take note pada bagasi tu, kira balik mana lagi murah. Katakan untuk 2orang nak bawa 40kg, kira dulu bawa 20kg seorang satu lebih murah atau 40kg seorang sahaja lagi murah.

Yang bestnya, tiket Kul-Mel kami (2 adults, 1 infant) hanya bernilai RM999 termasuk 4 dishes makanan dan bag 40kg (20kg seorang). Untuk seorang, seat n tax RM359! Memang murah. Biasa kalau promo, Mel-KL setahun kedepan RM399 pun susah.

Oh ye, mak saya kan ada kat sini sekali, stay selama hampir setahun. Dan tiket balik mak pun dah setahun yang lalu beli untuk balik pada 1 Mei 2013 selepas diluluskan untuk Extended Tourist Visa (pindaan dari tarikh asal 25 Ogos 2012).. Menjadi satu kerisauan yang amat besar bagi mak untuk balik naik flight sorang-sorang. Almaklumlah mak pun baru sekali naik flight masa nak datang sini dulu, dengan keadaan mak memang kami pun kerisauan. Tapi siapa sangka, ada hikmah akhirnya bila mana flight tu masih kosong dan dapatlah kami pun satu flight dengan mak. Alhamdulillah!


InsyaAllah plannya begini..
1/5 MEL-KUL : Mak + Kami sekeluarga
3/5 KUL-PEN : Mak + Saya + Iffah Humaira
6/5 KUL-PEN : Suami
9/5 PEN-KUL : Kami sekeluarga
16/5 KUL-MEL : Kami sekeluarga


Saya dan mak mengundi di DUN Bayan Lepas, Parlimen Balik Pulau.
Suami pula DUN Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya.

Tiket-tiket dibeli dengan niat Tawakkal tu 'alallah.. Sebabnya tanpa pengetahuan supervisor. Tunda beli dari Khamis tu pun sebab risau hubby x dapat cuti untuk balik. Hubby ada perjumpaan dengan 3supervisor nya pada hari isnin iaitu hari ini. Kena submit 2jurnal dan juga chapter untuk Phd, juga discussion untuk conference dan confirmation. Cuak! Macam mana kalau cuti tak diluluskan? Eksperimen tak memuaskan? Kena re-do?

Tapi bila kita niat baik, balik untuk mengundi dan ziarah, Allah mudahkan urusan. Pembentangan jurnal lulus, eksperimen dapat respon baik, conference dipersetujui, dan nak balik mengundi pun dapat perlepasan mudah.. Syukur ya Rabb..

Indahnya bila meletakkan Allah di tempat pertama.

p/s : hikmah paling besar tak daftar undi pos, dapat balik ke Malaysia!
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah









5 comments:

  1. Wow izzah nk balikk...sure sure plz plz plz izzah..akak n zara nk jumpa izzah pleaseeee... Banyak sgt tertangguh ni..harap sgt ye izzah..semoga pejalanan pegi dn balik izzah selamat ye.

    ReplyDelete
  2. Izzah jgn lupa...akak berniat sgt nk jumpa izzah tau sblm izzah balik sane

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.linda, mama zara arrana vlora, jommmm.. tp weekend full la kak.. dtg rumah sy pn blh.. xpun jmpa d paradigm pn blh insyaAllah.. ;)

      Delete