Friday, February 8, 2013

Resepi Karipap

Assalamualaikum.

Hi readers!

3 hari lalu kat FB n instagram penuh dengan gambar karipap je. Aduhaii sedapnya makan panas-panas. Dah terliur tu kena buat laju-laju. Selagi tak mula, selagi tu pusing dapur tak senang duduk.
Hari pertama sebab teringin sangat-sangat tak sempat-sempat dah nak makan. Tulis pun kena ganda-ganda bukti tak menyempat nak makan. Buat setengah adunan je kulit. Inti main hentam je buat dan ada lebihan so masukkn dalam bekas bertutup letak dalam peti sejuk.

KaripapHatiMerontaNakMakan



Betapa merontanya jiwa sampai kelim pun tak. Sebenarnya, kalau karipap yang semi bulat tu saya pandai kelim separuh je. Mungkin sebab tak pandai nak pusingkan masa kelim, tangan terkaku.. :p Guna garpu la senang. Terpegun Iffah Humaira tengok! Ohye, masa nak tekap bulat, dia rancak makan inti.

KaripapBelumHabisGian




Kalini mak kelimkan.. Cantikkan! Hehe..

Alkisahnya dulu masa sekolah menengah selalu tolong tok jualkan karipap kecik kelim tangan, besar syiling 20sen tu. Inti kelapa dan kacang. Kalau bulan puasa tu, tok buat inti dan uli tepung, saya masukkan dalam mesin golek dan tekap bulatan guna penutup botol besi yang tajam. Mak, makcik dan tok letak inti terus kelim. Pakar goreng 2orang je, tok dan makcik. Kalau orang lain goreng, mesti jadi menggelembung kulit tu dah tak cantik dan nak jual pun tak best. Dijual dlm plastik 50pcs, 100pcs, 200pcs. Ada sekali tu orang order 1000pcs tergolek-golek buat. Siapa pernah makan karipap kecik nie? Best je ngunyah sambil tengok tv. Tup tup dah habis. Macam snek gitu.

Ok, berbalik pada resepi, resepi karipap biasa boleh dapat dalam 12biji.

Untuk inti:
2 sudu minyak
2 biji kentang saiz besar
Bawang besar separuh (boleh potong dadu atau hiris halus)
Segenggam daging hancur / daging (lebih pn boleh)
Serbuk kari daging (dikacau dengan air)
Daun kari (kalau suka)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit daun bawang/ celery

Cara-cara:
1. Letak minyak, tumis bawang.
2. Masukkan daging, goreng sekejap.
3. Masukkn ubi dan air campuran kari. Dan garam.
4. Goreng ikut citarasa hingga ubi agak lembut. Tak cukup lembut, tambah air lagi. Saya suka ubi yang tak hancur masih nampak petak2.
5. Masuk sayur. Siap!

Untuk kulit:
500g tepung gandum
2 sudu besar minyak (dipanaskan)
50g butter (saya cairkan dengan minyak)
1 mug air dicampur garam secukup rasa (air tak terlalu penuh)

Cara-cara:
1. Masukkan tepung dalam bowl. Buat lubang ditengah.
2. Masukkan minyak + butter.
3. Masukkan air sikit demi sikit dan kaupkan.
4. Uli hingga doh tak melekat di tangan dan bekas.
5. Kalau uli lama dah n still melekat tambah tepung sikit2..
6. Leperkan guna penggolek aka rolling pin. Xde? Guna botol sos pn boleh.
7. Letak kulit atas acuan kepit karipap, letak inti, kepit.
8. Xde acuan, tekap bulatan , letak inti dan kelim atau guna garfu. Siap!
9. Boleh frozenkan kalau ada lebih.
10. Untuk menggoreng; pastikan minyak betul-betul panas, baru masukkan karipap. Guna api sedang ye. Supaya tak menggelembung dan tak rentung.


Sekian.
Selamat makan.

3 comments:

  1. Salam ukhwah...sedap karipap tu..tertarik dgn post percutian Melbourne.,,.by tips dapat.,nice blog....follow u..follow me back ya...

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah to...rajinnye la buat karipap...nampak mcm seda...nice blog.

    ReplyDelete