Thursday, January 31, 2013

1 Tahun 7 Bulan 1 Hari

Assalamualaikum.

Hi readers!

Perasaan bercampur baur. Naluri kian meresap jauh ke lubuk jantung. Sungguh! Sakit yang tak terungkap dengan kata-kata. Hanya Allah Allah mampu meniti dibibir.

Selesai semuanya, sakit hilang, mampu tersenyum dan tangan lembut memeluk erat didakap ke dada. Alhamdulillah selamat semuanya.

"Allahu Akbar! Assalamualaikum! Bismillah" yang dibisik ke telinga terus menjalankan tanggungjawab kedua selepas melahirkan sebagai ummi.

Hari berganti hari. Dari tapak kaki sebesar 2 jari dewasa, dari tali pusat melekat, dari tiada gigi, dari mata yang kabur dan hanya deria bau yang membantu, dari terbaring belum mampu berbuat apa-apa. Pantas masa berlalu.

Hari ini. Tapak kaki 4 jari dewasa, gigi 11-13 batang, rambut boleh ditocang, memanjat dan berlari, mulut bicara tiada berhenti, kreatif kritis inovatif. Alhamdulillah! Nikmat Allah berikan.

Anak yang mudah dijaga. Sakitnya tidak lama. Makannya tidak cerewet.
Cuma tidurnya perlu sentiasa ummi di sisi atau lebih baik berjaga sepanjang hari.

Senyumannya mencairkan, butir bicara yang keluar pantas menangkap dada, telinga yang mendengar meminta-minta ulang semula.

Semoga jadi anak solehah. Berjaya dunia dan akhirat.
Dipinjamkan lebih lama oleh Allah.
Dimurahkan rezeki terpenting penyusuan 2tahun.
Dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Terima kasih Allah atas nikmat ini.

Satu Tahun Tujuh Bulan Satu Hari.

IFFAH HUMAIRA BINTI MOHD HAFIZ


8 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Teringin nak dengar celoteh die..
    Lagi2 yg pasal die sembunyikan jam dalam peti ais pastu bile org tanya jw "tak dak".. comelll!!

    Moga menjadi anak solehah ye IH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. TQ aunty mina.. nanti internet laju ummi nak upload saya cakap banyak3.. Aunty tgk ye..

      Delete
  2. Masyaallah Tabarakallah.. Iffah humaira masih menyusu badan? Semoga sihat sentiasa dan membesar menjadi anak solehah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. Tq Aunty Basyee..

      Masih Basyee Alhamdulillah. Dalam 2 minggu ni bersungguh train fresh milk pulak. dah nak 2 tahun dah. Risau kalau dia taknak yang lain..

      Delete
  3. Seperti terkesan sesuatu dari lubuk hati ini juga. Entry yang sangat 'deep'. I can understand how you feel. I can seriously feel it. Oh iffah humaira.. Cikza penah dukung kamu masa kamu hanya sepangkal tangan cikza.. Skrang dah berjalan, berinteraksi.. Cepatnya masa berlalu :') cikza dapat selami perasaan ummi kamu tika ini. Hugs to my dear sis!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak.. masa buat n publish entri ni belum tau lagi.. hehehe..

      Hug2!! cepatlah update cerita sydney. kami nk pegi nanti (xtau bila).

      Delete
  4. assalamualaikum izzah,

    salam kenal, ni kak dini.....dulu akak sempat kenal suami izzah di lab OB, UM....dan akak pernah kerja sekali dgn kak hasnah di OB jugak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam k.dini.. itulah baru check out dgn husband.. hehe.. slmt bkenalan..

      Delete