Tuesday, February 26, 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.

Hi readers!

Kalini entri mak-mak semula lah ye. Semakin ramai kawan yang berkahwin dan yang paling ramai sekarang ni menunggu kelahiran anak. Rasa terpanggil nak buat entri ni pun sebab dah lebih dari 5 kawan-kawan yang tanya soalan yang sama. sebelum muncul keenam, ketujuh, kelapan dan seterusnya, baik catatkan sesuatu untuk dikongsi. Almaklumlah bila dah terlalu lama berlalu mula dah tunjuk tanda-tanda alzheimer. Sebagai panduan untuk diri sendiri jugak selepas ni.

Kalau entri berpantang, rujuk sini ye.

Ibu semasa hamil

  • Amalan meminum susu kambing iaitu pemakanan sunnah dapat mencegah bayi dari jaundis. Susu kambing tidak sepanas dagingnya. Jika mampu makan daging, silakan!
  • Tidak perlu melakukan apa-apa test terhadap breast anda. Amalan seperti menyikat, mengepam, memicit atau tindakan mengeluarkan atau merangsang pengeluaran susu tidak diperlukan sama sekali. Hanya urutan lembut ketika mandi mencukupi di saat hujung kehamilan. 
  • Amalkan niat dan doa sepanjang hamil supaya urusan penyusuan berjalan lancar sehingga bayi berusia 2tahun.
  • Pilih hospital rakan bayi untuk melahirkan kerana hospital ini menyokong 100% penyusuan susu ibu. Malah botol juga dilarang untuk dibawa sama sekali.
  • Jika tidak dapat pilihan hospital rakan bayi, maklumkan kepada nurse dan doktor yang akan menyambut kelahiran untuk menyerahkan bayi anda sebaik sahaja selesai bersalin kerana mahu menyusu. Ada sesetengah hospital yang sesuka hati memberi susu formula tanpa kebenaran! Tahupun selepas lihat bayi masih tidur setelah sejam kerana telah kenyang.
  • Jangan senaraikan susu formula di dalam senarai keperluan ibu dan bayi! Jangan beli jugak!



Bayi (0-6m)
  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama. 
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan. 
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Dalam tempoh ini juga, para ibu dinasihati untuk kekal menyusu secara eksklusif (exclusive breastfeeding, EBF) iaitu bayi hanya minum susu ibu semata-mata tanpa perlu diberi air masak atau makanan tambahan lain seperti nestum atau air nasi. Ini kerana usus bayi masih lembut dan masih belum dapat menerima sebarang cecair atau pepejal lain. Ada kes kematian bayi berlaku disebabkan usus pecah. Nauzubillah!
  • Mengenai terma EBF, bayi yang diberi makan ubat tidaklah terbatal EBF nya kerana ubat tersebut tidaklah sampai ke tahap mengenyangkan. Sebaiknya, minimumkan pemberian ubat atau jangan beri langsung kepada bayi. Susu ibu sudah mencukupi dengan 1001 kebaikan yang ada padanya.
  • Sekiranya bayi EBF tidak berak selama 14 hari tetapi masih buang angin and sendawa seperti biasa, jangan panik! Ianya adalah situasi normal yang akan berlaku. Urutan I love u dapat membantu memberi keselesaan kepada bayi. Sekali lagi, air masak tidak perlu diberikan. Sekiranya bayi anda EBF, bawalah berjumpa doktor.

  • Godaan dan cadangan dari orang keliling yang telah makan garam dahulu mungkin boleh menyebabkan para ibu terpengaruh. Tapi fikirkanlah sedalam-dalamnya tentang kebaikan susu ibu demi masa depan anak yang telah anda kandung dan jaga sebaiknya ketika hamil. Ramai yang telah berjaya menyuskan selama 2tahun.
  • Pengeluaran air liur yang terlalu banyak atau tindakan memasukkan jari bayi ke dalam mulut BUKAN tanda bayi anda kelaparan. Begitu juga pandangan matanya ketika anda sedang makan. Sebaliknya, pengeluaran air liur tersebut membantu bayi untuk pertuturan di masa akan datang dan juga membantu bayi bereksperimentasi dengan anggota badannya yang lain.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.

Bayi (6m ke atas)
  • Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur. 
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya. Boleh juga campurkan 
  • 2 3 buah sekaligus. 
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda. 
  • perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.
  • Note: Telur belum sesuai diperkenalkan bimbang alergik. Madu tidak sesuai untuk bayi berusia 1tahun kebawah. Garam, gula dan kicap juga tidak diperlukan oleh bayi anda. Kekacang mungkin mendatangkan alergik. elakkan dari memberikan bayi anda apa jua bentuk makanan segera.



Bayi (1tahun ke atas)


  • Bayi berusia satu tahun ke atas sebaiknya masih menjadikan susu ibu sebagai pilihan terbaik kepada bayi anda. Bagaimanapun, bayi boleh mula diajar untuk minum fresh milk. Adalah didapati bahawa fresh milk lebih baik untuk diberikan berbanding susu formula kerana tidak melalui proses yang lama dan panjang. Expired date nya juga lebih pendek. Antara susu fresh terbaik adalah susu kambing.
  • Jus buah-buahan juga telah boleh diperkenalkan pada masa ini. Sebaiknya homemade jika beli yang di pasaraya, pastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi bagi bayi.
  • Tambahan perasa juga sebaiknya dielakkan.




Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi. Iffah Humaira menyusu secara eksklusif (tidak makan atau minum selain susu ibu) selama 7 bulan. Dan fully breastfeed (minum susu ibu sahaja dan makanan lain) selama 1tahun. Dan masih maintain breastfeed sehingga sekarang (4hari lagi sebelum masuk 20bulan). Semuanya secara direct feeding memandangkan saya Working At Home Mom (WAHM).

Antara faktor kejayaan selama 1y8m sebelum ini adalah,
1. Rezeki dari Allah
2. Doa, usaha, semangat dan tawakal
3. Amalan pemakanan yang baik

Jumpa lagi.
Thanks for reading. :)

Kredit photos to HSFFYB (Homemade Solid Food For Your Baby)

13 comments:

  1. atas dasar hormat.... ikut jgk org keliling ckp. dgn iringan doa harapan bayi xde kesan sampingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks admin for sharing. Good entry this time. bnyk i learn. thx. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
  2. Entri yang menarik dan patut dibaca oleh semua kaum ibu dan bapa semua. ilmu ini penting sebagai persediaan untuk menimang cahaya mental. InsyaAllah bila cukup ilmu, kalu sumthing happend pun mesti boleh handle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq puan noniey sudi singgah dan baca.. :)

      Delete
  3. menarik..jemput singgah blog kami pula :)

    ReplyDelete
  4. wahh..entry ini sangat berguna dan lengkap..ilmu penyusuan sebenarnya perlu dipelajari dari awal supaya kita tahu apa nak buat bila berlaku sesuatu masalah. Masih ramai lagi orang yang berpersepsi penyusuan susu ibu sesuatu yang mudah dan tidak perlu dipelajari. Hakikatnya ramai yang tidak dapat menyusukan anak dalam tempoh masa yang dan berkualiti akibat tidak berapa tahu dan mendengar cakap orang sekeliling dengan mudah.

    ReplyDelete
  5. salam..saya ingin bertanya tentang pemberian susu fresh milk..bolehkah diberi kepada bayi yg berumur 8 bulan..apakah susu freshmilk yg terbaik selain susu kambing kerana saya takut bayi sy tidak suka susu freshmilk..terima kasih

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang sangat menarik. pengambilan supplemen semasa hamil atau semasa menyusu sangat penting, bagi memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang lengkap.

    ReplyDelete
  7. sy kongsi entry sis ye..info yg baik..:)
    jmput lawat blog sy www.ummiammararif.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Good info sis..suke baca..tq for sharing sis .

    ReplyDelete
  9. as salam..
    good info..lengkap plak tu..;)

    ReplyDelete
  10. Waaa.. bagus sangat entry.. detail.. Jemput lawat kindhearty.blogspot.com.

    ReplyDelete