Wednesday, February 20, 2013

Bil dan Belanja Tetap di Australia

Assalamualaikum..

Hi readers!

Dalam draft ada banyak pending post. Cerita Iffah Humaira, belajar luar negara dan jugak entri masak-makan dan entri yang semua orang suka mungkin tempat jalan-jalan kat Melbourne nie. Ohh.. Belum terpublish.

Cerita pasal life pulak.. ye! Daily life yang perlu untuk teruskan kehidupan.Lepas je dapat carta pendapatan untuk pelajar dan keluarga ke luar negara, perkara yang kena buat adalah bajet!

Kalini cerita bab belanja dan bil. Sejak
Ok, setiap bulan ni bil wajib kami.
Rumah aud1434
Handphone aud78 (aud39x2)
Home Phone aud60 (50gb free internet)
Air (free)

Bajet bil tak tetap pula:
Gas aud50 (bil 2bulan sekali)
Electricity aud400 (bil 90hari)

Lagi kurang lagi bagus.. yang boleh adjust pun pada penggunaan bil tak tetap ni. Tapi biasa lah mana boleh control sangat pulak penggunaannya kan?

Kalau dalam sebulan tu lebih kurang aud1730. Pengsan!








Rumah.
Dah adat duduk rumah yang 5km dari bandar Melbourne, sewa pun Fuuhhh mahal. Bestnya tengok kakak-kakak yang rumahnya lebih kurang 20km, rumah mereka backyard luas, murah pn berganda. Tapi duduk sini pun best, air free, dekat dengan segala-galanya yang paling penting suami tak makan masa panjang untuk sampai ke Uni.

Handphone.
Macam yang dalam entri sebelum ni. Mobile memang seronok sangat. Vodafone-vodafone free sms. Talk murah. Senang je kan calling tuan suami. Bayar AUD39 sorang, tapi kreditnya ada aud550.. seriusly, setiap bulan, setakat Iffah Humaira buat video call sendiri telefon kacau tokwan tengah meeting atau kacau tok kat kaunter, takkan habis. Yang problemnya data 1gb, selalu terlajak guna terutamanya sebab Iffah Humaira nak jugak tengok Upin Ipin dalam kereta. Kalau terlupa bawak prepaid mobile wifi tu, redha jelah dari dia taknak duduk diam-diam.

Home Phone Bundle
Bundle sebab ada internet wifi sekali. Aud60 sebulan dapat 50gb. 3 bulan pertama, wahh banyaknya 50gb. Tak tau nak buat apa. 4 bulan berikutnya, ahhhhh stresssss.. Ada lagi 2 minggu sebelum dapat semula 50gb, internet dh exceeded.. dapat guna lagi, tapi super slow. 2 hari lepas tuan suami dah call 2 3 provider, dan hasilnya, start mac, kami akan guna Dodo, aud62 sebulan dengan unlimited internet. Thanks sayang!

Gas.
Gas takde masalah. Setakat 7 bulan berlalu, penggunaan lingkungan aud45 untuk 2 bulan. Penggunaan oven pun sebulan sekali dua je.  Oh gas bukan kena ada tong gas baru boleh guna, tapi ada gas pipe.

Elektrik.
Masa mula2 kami di sini (bil Jun hingga Aug) bil pertama terima Ogos untuk tempoh 57hari. Oh, rasa meletup perut tengok bil. Lebih kurang Aud600. Kelam kabut telefon orang kampung yang lain tanya bil mereka berapa. Rata-rata aud300 masa winter. Terus rasa, ok cukup setahun jom pindah! Sewa rumah dekat area city mahal, bil letrik mahal, habis la. Next bil, yakni hujung winter sehingga spring, Aud240+-.. Legaaaa!! Mana tak rendah, kipas tak pasang, heater pun dah stop. Nampaknya untuk winter nanti mula la buat preparation kalau taknak perut meletup sekali lagi.. hehe.. Tapi insyaAllah next bill boleh kurang lagi kerana..... jeng, jeng, jeng!!! ok, ada strategi!

Caranya, kalau ada electricity consultant datang, sila buka pintu. oh, mereka tak dipanggil promoter, tak nampak profesional agaknya. Ok, kenapa kena dengar apa yang dia nak cakap, sebab selalunya mereka akan datang membawa kadar penggunaan dengan lebih rendah dari supplier sedia ada. Kalau yang pertama datang, murah terus agree untuk gunakan mereka. 1st supplier kami, AGL, consultant yang datang dari Lumo, maka, kami pun gunakan Lumo. Kemudian, tunggu dalam 3hari, AGL call tanya kenapa nak switch? Inilah masanya! Kita bagitau yang Lumo tawarkan sekian-sekian harga, terus AGL cakap, ok kalau nak switch, tapi kami ada tawaran lagi rendah untuk anda dan baucer sekian2. WOW! Terus lompat bintang! Lepas tu, terus laju-laju call Lumo, Maaf kami nak batalkan contract dengan Lumo dan guna AGL semula, siap AGL bagi refund semula untuk pembatalan kontrak dengan Lumo.. hehe.. Bayangkan mereka mesti ada 2 3 price list. Cuma nasib kami datang masa winter yang penggunaannya banyak. Kemudian, akan terus datang lagi macam-macam company, kalau rasa mereka tawarkan rate yang bagus, boleh lah decide sama ada nak stay terus atau tak. Terpulang. Tapi pastikan anda kira betul-betul dulu sebelum bagi kata putus. Tempoh buat keputusan, 10 hari bekerja. Setakat entri ni ditulis awal tadi, ada 2 company dah datang. dan masa nak siapkan entri ni, datang lagi 1 company. Pehh.. Dah macam MLM.

Ok, perkara ni memang takkan wujud di Malaysia. Mereka berlumba-lumba untuk bagi kadar yang paling rendah pada kita. Malaysia, kena guna TNB yang monopoli. Tiada pilihan!

Entri ni dibuat bukan nak bandingkan Malaysia. Malaysia kan tempat tumpah darahku. Cuma nak share experience. Sesiapa yang rasa saya mengagungkan Australia ni lebih dari Malaysia, sila lah jangan baca lagi blog ni, unfriend FB sekali. Bukankah yang baik boleh dicontohi? Saya ada hak bersuara. Saya menulis bukan untuk puaskan hati orang, sekali lagi hanya ingin berkongsi. Kepada yang masih sudi membaca, terima kasih daun keladi, lepas ni kita jumpa lagi.

Wassalam.





6 comments:

  1. Nak bacer lagi Izzzzzzzzzzzaaah! x sangka cpt betul ending dia..

    cerita la pasal bisnes corelle plak. hhehe..

    yup, kat mlaysia, TNB je satu2nya electric provider.. haha.. mahal ke x mahal ke nasib la.. kene bayar jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisnes corelle nak cerita tentang apa basyee? xd idea.

      jap nak korek, entri mana yang dah boleh publish :P

      Delete
  2. salam kak, terjumpa blog ini, setuju pasal bila kita cakap ausie n msia, bukan nak compare, cuma nak tengok perbezaan dia, saya selau cakap mcm tu, orang kata lupa asal usul pulak, tp bila duduk overc, kita buka mata untuk belajar benda yg lebih baru kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. alamak komen yg td tu dulu. betul tu zulfadly.. jauh perjalanan luas pemandangan kutip pengalaman.. hee.. ok nk blogwalking blog awk pulak lps ni..

      Delete
  3. salam.... :)

    awk masih stay d melbourne ke? hehe
    nak tanya weather kat sana skrg ni winter kan....sejuk sgt tak. brp degree? saya nak pegi 6sept ni...dh masuk spring kan time tu tp still sejuk tak.


    tq :)

    ReplyDelete