Thursday, August 18, 2011

Darah atau show sebelum bersalin, Wiladah & Nifas

Hi readers!

Disebabkan saya turun darah sebelum bersalin maka saya telah meng'google' tentang..
hukum dan perkara berkaitan keagamaan seperti solat, puasa dan mengaji..

Bila dah ada darah atau lendir tue mulalah tertanya-tanya :
1) dikira sebagai darah apa?
2) kena mandi wajib tak?
3) perlu solat tak?
4) batal puasa tak?

Mengenai darah yang keluar ketika saat-saat menanti kelahiran, ini juga menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia belum dikira sebagai darah nifas, akan tetapi dikira darah istihadhah (penyakit).[1] Oleh itu, wanita yang mengalaminya, puasanya masih sah (tidak batal) dan kewajipan solat juga tidak gugur darinya dengan dilakukan mengikut kemampuannya.
2. Menurut mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit adalah dikira darah nifas (yakni statusnya sama seperti darah yang keluar selepas bersalin). Maka mengikut mazhab Imam Ahmad ini; wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya kerana wanita yang didatangi nifas tidak sah puasa dan solatnya.
3. Menurut mazhab Imam Malik; darah yang keluar sebelum bersalin, ia bukan darah nifas tetapi darah haid. Berdasarkan pandangan mazhab Imam Malik ini, wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya bukan kerana nifas tetapi kerana haid.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Isami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/125.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 78.

Nota Kaki;

[1] Atau boleh juga dianggap darah haid jika ada tanda-tandanya. Menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid. Namun jumhur ulamak berpendapat; wanita mengandung tidak akan kedatangan haid dan darah yang keluar darinya secara mutlaknya adalah darah penyakit.


maka, kesimpulannya :
1) Ianya dikira sebagai darah istihadah.
2) tak perlu mandi wajib. Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan wanita tersebut mandi hadas. Oleh itu wanita yang keluar darah tersebut hendaklah membasuh dan mencucinya dan hendaklah berwuduk.
3) masih wajib bersolat.
4) puasa tidak terbatal.

Mengenai wiladah dan nifas pula,
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.

Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.

.
.
.
.
.

selamat beramal..

3 comments:

  1. ezh, mandi wiladah tu right after deliver ke? emm kalau xtau terlepas la ek. uhue. akak tau bole solat bila turun darah sebelum bersalin sbb doc akak sempat bitau :)

    ReplyDelete
  2. k.yani : most welcome..

    k.eija : yup after deliver n before keluar nifas.. slalunya x ramai yg kuat utk bangun mandi.. or right after tue terus keluar nifas.. so, blh mandi lepas balik ke rumah (if xsempat nk mndi kt hospital) n niat wiladah (even dah keluar nifas).. kalau terlepas mndi wiladah boleh tunggu sampai mandi utk nifas as lepas tue bru boleh solat.. just ada selected person je yg kuar takat wiladah n xd nifas..

    ReplyDelete