Wednesday, October 17, 2012

Belajar di Luar Negara Part 3

Assalamualaikum..
Hi readers!

Jom kita sambung lagi cara a.k.a kaedah a.k.a panduan untuk belajar di luar negara.

9. Surat Tawaran mengikuti Program SLAB/SLAI Selepas selesai menghantar borang permohonan, tiada nasihat lain selain berdoa dan solat hajat adanya rezeki kita ditempat tersebut. Setelah anda terima surat untuk menghadiri temuduga, seperti juga temuduga yang lain, calon perlulah membaca dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai fakulti/universiti tersebut. Tahu siapa individu yang berada di peringkat tertinggi pentadbiran universiti dan fakulti/jabatan/kuliyyah. Paling penting, tahu objektif, skop kajian kaedah/method findings yang ingin dijalankan, cara ingin melaksanakan dan lokasi pelaksanaan samada di IPTA/luar negara.

10. Menghadiri temuduga
Temuduga yang diaturkan oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau International Islamic University of Malaysia (IIUM) merangkumi:

i. Peringkat Jabatan/Fakulti/Kuliyyah
Biasanya temuduga pertama dijalankan di kampus Gombak atau Kuantan (bergantung kepada lokasi jabatan/fakulti/kuliyyah sekiranya universiti mempunyai lebih dari satu kampus). Panel temuduga terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang iaitu Dekan dan Ketua Jabatan, mungkin turut sama adalah Timbalan Dekan (kurang pasti tentang ini). 


ii. Peringkat Universiti
Dijalankan di main campus universiti tersebut. Untuk UIA semestinya di Gombak. Dalam temuduga bersama calon-calon SLAB/SLAI dari pelbagai kuliyyah ini, panel akan bertanya sedikit sebanyak mengenai kajian yang ingin dijalankan (kenapa nak buat yang ini, bukan yang itu) dan juga apa harapan serta mengapa saya mesti terpilih setelah melalui peringkat temuduga ini. Soalan untuk suami yang dijalankan dalam situasi santai: kenapa kajian mengenai candida krusei yang jarang didengari? Bukankah candida albican lebih glamour? kenapa tak buat mengenai candida albican?
Suami kurang pasti mengenai peringkat pertama kerana hanya mengetahui wujudnya peringkat tersebut selepas menghadiri kursus wajib yang dianjurkan oleh pihak UIA. Itu pun setelah sahabat dari Kuliyyah of Engineering menyatakan sedemikian. Alhamdulillah, melalui fast track tanpa sedar rupanya.. Macam yang saya pernah terangkan sebelum ini, tawaran SLAB/SLAI adalah berdasarkan kekosongan jawatan. Semakin tinggi peluang, semakin kurang likunya. Semasa temuduga di peringkat universiti, hanya ada 3 calon untuk Pergigian: 2 peringkat phD dan 1 untuk master.

.
.
.
.
.
To be continued..

p/s: Maaf, kekangan masa dari Tuan Suami untuk check setiap entri saya berkaitan SLAB/SLAI ini menyebabkan saya mengambil masa yang panjang untuk publish kepada kalian.. Banyak yang bersarang di draft memandangkan Tuan Suami dah mula masuk lab.. 

No comments:

Post a Comment