Thursday, October 18, 2012

Kami selamat sampai di Melbourne

Assalamualaikum..
Hi readers!

Sampainya di Tullamarine International Airport, Victoria kami disambut dengan cuaca sejuk 4°c. Tapi kedinginan tu kurang terasa memandangkan masing-masing tengah cuak nak melepasi pintu inspection AQIS dan imigresen.

Keluar dari perut MH149, kami berdiri di depan lorong imigresen dan kemaskan apa yang patut (barang yang superduper banyak; beg kamera, beg pampers, bantal, hand luggage 2unit, stroller dan macam-macam lagi) jugak make sure yang Australia Incoming Passenger Card dah diisi dengan jelas dan terang.






Australia Incoming Passenger Card dapat dari dalam flight lagi dan dah selesai isi sebenarnya cuma sebab cuak sangat takut tersangkut kat situ, kami pun ambil lagi sehelai dan letak nama Iffah Humaira (yang tak perlu pun sebenarnya).

Pintu masuk ketibaan untuk semakan visa terbahagi kepada 3 bahagian: kami pilih laluan merah kerana tengok Australia Incoming Passenger Card pun tak cantik. ada yes dan no. sambil tu mulut terkumat kamit  mata meliar mencari kalau-kalau ada anjing pengesan tapi hampa.

Selesai pemeriksaan serta cop visa dan sedikit soal jawab, kami pungut pula bagasi dan kotak-kotak yang dibawa bersama. Banyak tak banyak jugak, ada 3 troli dan 1 stroller. Erk! Siap pegawai AQIS sambut kami dan tolong tolak lagi. Fuh! Kecuakan berada di paras 97% (3% dah tertinggal kat tempat visa tadi).
1. cuak barang-barang makanan tak lepas
2. cuak fikir barang kena punggah lagi (penat memunggah di KLIA belum hilang lagi)
3. cuak fikir nak makan apa kalau sungguh kena rampas sementara nak dapat rumah
4. cuak kena duduk bukan di negara sendiri
5. cuak tak paham apa mereka cakap
hahaha.. sila gelak untuk cuak yang entah apa-apa ni.. dengar remeh tapi kami memang CUAK!

DANNNN... hasilnya.......
1. berjalan penuh bergaya *bajet ratu siap melambai-lambai tangan macam cerita The Princess Diaries*
2. keluar dari AQIS dalam masa 5minit termasuk masa keluarkan barang dari troli, masukkan melalui scan machine, susun semula masuk troli..
3. terhibur dengan layanan mesra pegawai AQIS..

Alhamdulillah.. Semua barang kami lepas. Tiada kerja-kerja sampingan lain dan kecuakan terus jadi 0%. Takde adegan bukak kotak, anjing datang hidu-hidu, barang kena buang, kena soal satu-satu.. Takde..
Keluar je dari kawasan inspection, orang ramai yang jadi penyambut tetamu di airport siap analisa lagi barang2 yang kami bawa. paling kuat soksek2 yang didengari tentang RICE COOKER.. :P

Memandangkan handphone yang ingat dah roaming tapi tak roaming lagi sebenarnya tak boleh guna dan handphone yang memang dah roaming tapi kehabisan bateri pulak, maka encik Suami berdesup pegi ke kedai telekomunikasi Optus dan beli 2 simkad prepaid dan 1 wireless port.

Ketibaan kami disambut oleh ikhwah ISMA, Farid dan Safwan yang datang dengan van. Alhamdulillah van pun muat dan Iffah Humaira pun cuba sesuaikan diri dalam car seat-stroller yang kami bawa dari Malaysia.

Panggilan rindu pertama untuk mak, abah dan adik2 yang jauh beribu kilometer.. Berkat doa, bacaan Alquran dan tidur mereka yang tak lena, kami selamat.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. terima kasih Allah..

Destinasi seterusnya, Malaysia Hall..


Stay tuned!

1 comment:

  1. wahhhh u ols 1 family dah stay sana ek ....wah jadi studdent la nih .

    insyaallah pas nih kalau ada rezeki teringin gaks nak sampai ke australia ....nanti ley la mintak jadi tour guide kita org hiksssssss

    selamat sesuaikan diri di tempat org ya ....

    ReplyDelete