Saturday, September 1, 2012

Belajar di Luar Negara Part 1

Assalamualaikum..
Hi readers!

Sebelum masuk cerita Melbourne. Apa kata kita tau dulu apa yang perlu dibuat untuk mereka yang merancang belajar di luar negara.
Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya sebagai seorang isteri yang mana saya hanyalah membantu suami untuk melengkapkan keperluan dan menemani perjalanan suami.. Bukan saya sendiri yang belajar. Mungkin ada dua tiga perkara yang saya tercicir.

1. Niat
Dalam apa perkara sekalipun, paling penting adalah mempunyai niat dan keinginan. Niat yang datang dengan pakej kerelaan hati pasti kita akan buat kita berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan segala-galanya termasuk cita-cita dan impian kita.InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan yang tidak mudah.

2. Cita-cita dan impian
Semestinya cita-cita itu penting. Supaya kita tau mana hala yang hendak ditujui. Cita-cita suami adalah untuk berkhidmat dalam bidang akademik dengan impian untuk menyambung pengajian di luar negara pula.

3. SLAB/SLAI
Antara cara untuk bergelar academician adalah dengan menyertai program SLAB/SLAI (Skim Latihan Akademik Bumiputera / IPTA). Pada setiap tahun IPTA akan mengeluarkan tawaran peringkat pengajian sama ada Ijazah Kedoktoran atau setaraf untuk setiap bidang bergantung juga kepada kekosongan jawatan tersebut. Rajinkan diri untuk melayari web setiap universiti yang kita minati atau lebih senang apply je semua universiti. Isi borang lengkap berserta CV yang mantap sebagai bukti komitmen.

4. Syarat SLAB/SLAI
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5 
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

5. Ikatan Perjanjian
Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA ketika melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana. Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian akan menyebabkan tindakan ganti rugi akan dikenakan.



To be continue.. 

2 comments:

  1. Salam...menarik blog ni..saya selalu baca untuk dapatkan info kerana skrg dalam proses permohonan sambung belajar ke Australia :)

    ReplyDelete
  2. salam izzah....duk sibuk menggoogle pasal slab/slai,terkeluar izzah py blog.....btw,thanx for the nice n inspiring blog.nk ty la.....slab/slai ni hanya utk golongan yg sebelum ni jd tutor ke?kalu yg belum bekerja,blh apply ke?sy ada baca dlm web MOHE,golongan sasaran slab/slai ialah tutor,fellow n pensyarah.blh tk izzah explain.tq

    ReplyDelete