Wednesday, May 9, 2012

Masih di Malaysia..

Assalamualaikum readers!


Kami masih di Malaysia.. Dan masih berdoa untuk ditetapkan satu tarikh yang pasti untuk kami berada di KLIA..


Hampir 3 minggu tersasar dari tarikh jangkaan terbang.. Cadangnya untuk fly pada 20April kemudian 27April tidak menjadi kenyataan..


Ada beberapa misunderstanding yang berlaku melibatkan proses pendaftaran seperti eCOE iaitu Confirmation of Enrolment (perolehan 2 CRICOS code yang berbeza) menyebabkan proses mendapatkan insurans tidak dapat diteruskan. Selesai masalah CRICOS code, timbul pula persoalan mengenai OSHC iaitu urusan insurans untuk pelajar dan keluarga yang mana kerajaan Malaysia meluluskan untuk tempoh 36 bulan sahaja sedangkan kerajaan Australia menyarankan agar dilanjutkan sehingga 56bulan kerana kebanyakan pelajar tidak dapat menyiapkan phD dalam tempoh 3tahun yang ditaja.


Hari ini khabar gembira buat kami. Kedua2 masalah telah selesai Alhamdulillah dan boleh teruskan dengan langkah mendapatkan student visa. Esok hari perlu buat medical checkup oleh panel terlantik di Bangsar. Dewasa RM205, kanak2 RM95.. Jumlah RM505 dan hanya RM300 boleh diclaim..


Terdahulu beberapa MYR telah ditukar ke nilai AUD. Aduhai, kecilnya matawang kita.. =.=


Doakan agar urusan kami dipermudahkan.


Jazakallah..


Thanks for reading!


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

  1. Tak sabar nak fly nampaknya :)) hrp semua berjalan lancar..

    ReplyDelete
  2. bestnyerrr umaira nk fly dh..akak siela nk ikut umaira boleh?

    ReplyDelete
  3. Salam kak. bleh tak nak tahu mcm mane akak setlekan masalah OSHC tu ek?

    ReplyDelete