Tuesday, December 27, 2011

macam mana 6 bulan terbang..

macam mana 6 bulan terbang..

a.k.a how 6 months flies..


Assalamualaikum readers!

Iffah Humaira is 6 months old.. baru 27 Disember dah 6 bulan? kan umi dah maklumkan pada entry lepas, masuk je 6 bulan, akan start kira ikut kalendar Hijrah.. maka, tadaaa.. 28 Muharram adalah tarikhnya. kalendar Masihi, 24 Disember. Ok, post nie lambat.. :P

Rasanya usia 5 bulan adalah yang paling best untuk anak umi nie. Setiap minggu (jumaat till ahad) adalah jalan-jalan-jalan. dan setiap sabtu atau ahad atau kedua2nya adalah hari nangis-nangis-nangis.. T.T  Sebabnya..

24/11 (Khamis) : KJ - Kuantan
25/11 (Jumaat) : Kuantan - Kuala Terengganu (melalui Jabor)
26/11 (Sabtu) : Kuala Terengganu
27/11 (Ahad) : Kuala Terengganu - Kuantan (melalui Dungun, Kerteh)
28/11 (Isnin) : Kuantan - KJ (singgah di Kuala Gandah)
02/12 (Jumaat) : KJ - Melaka
03/12 (Sabtu) : Melaka
04/12 (Ahad) : Melaka - KJ
09/12 (Jumaat) : Ampang
10/12 (Sabtu) : Ampang
11/12 (Ahad) : KL
15/12 (Khamis) : KJ - Skudai
16-17/12 (Jumaat - Sabtu) : Skudai
18/12 (Ahad) : Skudai - Shah Alam
24/12 (Sabtu) : KJ - Port Dickson (melalui Dengkil, Sepang)
25/12 (Ahad) : Port Dickson - KJ

KJ bukan Khairy Jamaludin.. KJ adalah rumah di Kelana Jaya iaitu tempat tinggal sekarang.. hehe..


Atas nie jadual perjalanan. Semuanya adalah rezeki Allah kepada ArtByFizz Photography.. Terima kasih pengantin semua Farah & Suharto jugak Wani & Wan dan tak ketinggalan Ilyas & Laila dengan ucapan semoga kekal sampai ke syurga.. Kerana anda semua, dapatlah kami merasa angin Terengganu yang alhamdulillah panas terik dan tak banjir jugak angin Johor pun cuaca sangat baik dan tak cemburukan kami..  Tak lupa jugak angin Negeri Sembilan yang satu hari sebelumnya hujan turun mencurah2 ke atas jalan raya, tapi hari kenduri pulak takde setitis hujan pun.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua..  (ucapan retisss  :p)

Tapi bukan semua.. masa di Melaka dan Ampang, senapang semua direhatkan. takde kudrat dah nak menembak dengan abi pun tengah mood exam masa tue..

Jalan-jalan-jalan adalah paling best untuk Iffah Humaira.. sampaikan bila letak je IH atas katil terus pengsan kepenatan.. Mana taknya dialah yang paling sakan bergelak dan paling comfort tempat duduk dan tak lenguh-lenguh (atas orang / atas tilam / atas car seat). Nangis-nangis-nangis pulak adalah paling tak best untuk IH sebab bila celik mata je, umi dah takdak pulak! Abi pun takdak! siap ada peristiwa hari ini dalam sejarah lagi..


Hari ini dalam sejarah..
18 Disember 2011.. 
Ini adalah hari di mana Iffah Humaira berjaya menggelabahkan tok dan tokwannya gara-gara ketantruman Iffah Humaira. Faktor utamanya adalah bila celik mata saja, dah berada di rumah dan umi wa abi takde di situ.. Disebabkan oleh tok dan tokwan yang belum pernah melihat gelagat cucu mereka yang (mereka percaya mampu tinggal di rumah tak perlu bawak follow shooting sekali) menangis tak henti-henti sebelum ini (neni dah biasa dah.. neni tau, plg kuat pun sejam je t berhenti sendiri sebab penat dah), maka.............. setibanya tokwan dari surau, tok mencadangkan kepada tokwan untuk bawa IH jalan-jalan dalam kereta bersama-sama neni jugak.. Malangnya, tangisan belum berakhir, dan mereka bergerak pula ke Masjid Negeri Shah Alam.. setibanya disitu, IH diam dan sedu-sedan je berbaki hampir 1 jam jugak.. sejurus selepas itu, IH diam serta-merta setelah ternampak kelibat merah jingga kereta abi dan terus tersenyum bila nampak umi. jeng!!!!! Terus terpa umi dan tak mau lagi kat sapa2 dah.. Terussss bawak pegi shoot outdoor skali..
Masa : 30 minit selepas azan Zohor hingga azan Asar.. 
Pakaian tokwan : kain pelikat dan teluk belanga pegi sembahyang zohor,
Pakaian tok dan neni : kain batik, tshirt dan tudung.. :p haru takk??

Progress sepanjang melangkau usia 6 bulan, IH meniarap,melentang, undur ke belakang semuanya sendiri serentak sekaligus dalam tempoh 2minggu kebelakangan ni.. IH sampai umur 5 bulan pun tak reti nak meniarap sendiri.. Ruang tamu yang kosong tue memang best untuk IH buat shot hindustan yang guling-guling. Wah, tak sangka sungguh! Alhamdulillah.. mudah nak pakaikan pampers sampai IH 5 bulan.. sekarang dan lepas nie, semakin mencabar la..kui3..




IH di Kuala Terengganu


 IH di Kuala Gandah, Pahang


 IH di Senibong, Johor




.
.
.
.
.
plg umi kena hati-hati bila IH atas katil..


7 comments:

  1. Masyaallah syahdu tak nak tinggalkan baby utk job? Terharu kan bila anak kita terus diam nampak kita.. Cian granpa & grandma.. hihi..

    Comey sangat IH! Suka gelak dan pandai senyum depan camera.. izzah dan hafiz pun pandai ambik gambar. x sabar nk tengok hasilnya utk wedding photos!

    Well done my dear!

    ReplyDelete
  2. syahdu sangat2.. nak pegi tue kena gomoi 100x dlu.. klu x, mesti xtenang hati je rasa.. wedding photos kne tgk kt fb fan page.. kt situ lg cepat upload.. hehe..

    thanks basyee selalu support.. :)

    ReplyDelete
  3. comey sgt..gerammm..nasib da sempat dukung =)

    ReplyDelete
  4. ezh penah tinggalkan IH x blk mlm ke? X kan? Gamba yang abi IH angkat IH tinggi2 tu similar dengan gamba akak snap abgm angkat sofea tinggi2, lol. Adakah wajib-snap-pic? Lol. Ezh, update la lagi psl IH!! Aduss lamanya x update apa2.

    ReplyDelete
  5. waa..bestnya baca. akak kerap2 la update pasal IH lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  6. k.eija ; x penah lg. xtau la klu akn ad d ms depan.. hopefully x la.. sbb IH xpnh tdo klu xd sy.. really cant imagine wat will happen.. haha.. mmg byk gmbr abi dia dukung tgi2.. sbb tu yg plg bwt IH gelak besar.. wajib gak tgkp pic tmbh2 bl ad camera.. tp sjk pki fon.. jrg gak nk usung slr..

    ReplyDelete
  7. ain : insyaAllah.. lama pn x update nie.. akk kne curi2 ms as IH dh start grab things.. ad sj bnda yg dbuat..

    ReplyDelete