Pages - Menu

Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Musim Panas di Melbourne

Assalamualaikum..

Hi readers!

Summer in Melbourne dah hampir tamat bulan keduanya. Sebulan lagi tinggal sebelum berjumpa lagi 10 bulan 11 bulan akan datang.

Siangnya yang panjang memang best nak berjalan-jalan. Tapi suhunya kalau naik lebih 38 degree, lebih rela duduk di rumah dari bersiar-siar. Sungguh terik!



Baju di ampaian cepat kering. Kalau nak buat ikan masin, seharian jemur pun dah cukup. Kalau nak keluar jugak, mungkin perlu pakai sunblock dulu, kemudian pakai setutup-tutupnya tapi tak perlu tebal, sebab bahagian yang terdedah macam belakang tapak tangan rasa terbakar. Ok, orang terbakar belum ada, kalau hutan terbakar memang banyak. Sentiasa ada alert dari CFA (macam Jabatan Bomba dan Penyelamat) yang inform kawasan mana terbakar.



Tahun ni, paling tragik di Tasmania Island (nama manjanya, Tassie). Boleh tengok youtube. Lagi tragik, pokok tanaman hampir mati sebab kekurangan air.



pokok ni memang mati terus dah..



Walaupun namanya musim panas, tidaklah seterik di padang pasir yang suhunya 50 darjah itu. Uniknya Melbourne, pukul 3 petang 41 darjah, pukul 6 petang 25 darjah! Sungguh tak terjangka. Pagi hujan, petang terik. Ruginya tak basuh baju. Kebanyakan harinya, masih berangin, dan lebih baik bawa sweater untuk spare. Sampaikan kalau nak berpiknik, duduk betul2 di tempat yang dapat cahaya matahari secara terus. No wonder omputih suka berjemur, dan jemur tu tak kira di mana-mana. Contoh tempat yang orang Malaysia takkan buat, di tengah-tengah roundabout jalan tu. Gambar? tak dapat nak dibuktikan sebab terkejut dan tak sangka ada juga yang nak buat macam tu.

Solat. Waktu siangnya yang panjang, dalam bulan Januari misalannya, Subuh pukul 430 pagi, Syuruk 630, Zuhur 130, Asar 530, Maghrib 840, Isyak 1030. Lebih kurang macam nie. Dari maghrib nak ke Isyak tu Allah.. Panjangnya rasa. Sempat tidur dulu sekejap, tapi kalau mata dah terlalu berat, baik solat dulu takut terlepas pulak Isyaknya.

Makan dan lapar. Ye, kalau dah panas tu macam-macam. Masa sejuk sedap tidur, masa panas sedap makan. Makan makanan yang dimasak. Setiap hari ada saja. ketung ketang ketung ketang buat kerja. Tak cukup tangan, ada chef yang tak perlu dijemput pun confirm semua NAK dan tak perlu tanya BOLEH atau tak. Chef Iffah Humaira. Sungguh rajin menterbalikkan tepung, dan susun pinggan mangkuk.

Antara projek sepanjang musim panas,
1. Spaghetti Bolognaise
2. Laksa
3. Bihun Sup
4. Mee Kuah
5. Spaghetti Hailam
6. Bihun Goreng
7. Kuih Buah Melaka
8. Cookies
9. Chocolate Moist Cake
10. Pavlova w berries
11. Bubur Kacang
12. Bubur Pulut Hitam
13. Cornflake Madu
14. Muffin Berries
15. Sizzling Mee










Sekian. Berita musim panas.

Thursday, November 29, 2012

Panduan Mencari Rumah Sewa di Melbourne Australia

Updated info on 11/12/12!

Assalamualaikum.
Hi readers!

Semoga anda semua yang membaca entri ni sihat walafiat disamping yang tersayang.

Kalini nak share tentang tips cari rumah sewa. Rasanya perkara yang sama still apply untuk mana-mana kawasan dan tempat di Australia ni. Kalau tak sama harap dimaafi dan sila perbetulkan.

Untuk anda yang dapat sponsor SLAB/SLAI, KPT akan providekan elaun dari Malaysia lagi dan juga ada table khas yang menyatakan berapa Aud yang akan kita dapat.  Maka, boleh mula merancang nak tinggal di rumah yang mana dan bagaimana. Duit tersebut juga cukup untuk beli kereta second hand nanti.

1. Survey (mula dari Malaysia)
Website di Australia adalah sangat bagus dari perkhidmatan kerajaan hinggalah jual-beli kereta. Shopping pun boleh online. Dari web tersebut masukkan maklumat suburb dan kawasan, pilih jenis hartanah (rumah, unit, apartment, dll), bilangan bilik tidur, harga sewa (mingguan) yang dibajet.

2. Cara kira bajet.
Biasanya untuk sebuah rumah di atas tanah dengan 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang letak kereta dan 1 backyard adalah antara Aud250 seminggu ke atas untuk luar bandar dan Aud330 seminggu ke atas untuk bandar.
Saya bagi contoh untuk rumah saya sendiri yang berharga Aud330 seminggu.

Seminggu $330
Sebulan $1430 ($330 x 52 minggu) / 12 bulan bukan $1320 ($330 x 4 minggu) ye..
Jumlah perlu dibayar (sebulan) $1434, $4 sudah terlupa untuk apa. caj perkhidmatan kalau tak silap.
Bond = sebulan sewa
Maka pembayaran yang perlu dibuat untuk pertama kali masuk rumah adalah sebanyak $2868.

3. Google Maps, Lokasi sesuai dan Cadangan
Sangat membantu untuk mengetahui jarak dan tempoh perjalanan dari universiti ke rumah. Antara lokasi umum kawasan bandar: Melbourne, Brunswick, Coburg, Parkville, Carlton, Fitzroy, Kensington, Footscray, Monnee Ponds, Essendon. Untuk suburb: Pascoe Vale, Reservoir, Preston, Bundoora, Fawkner, Epping, Broadmeadow, Meadow Heights.

4. Ejen
Laman web utamanya adalah Real Estate Australia yang menggabungkan pelbagai ejen dalam satu direktori.
Antara ejen yang ada ialah Rendina, Brad Teal, Ray White, Nelson Alexander, RUN, Hockingstuart, Barry Plant dan banyak lagi. Biasanya setiap rumah akan turut disertakan dengan gambar setiap bahagian rumah.

5. Inspection
Setiap rumah yang ingin disewa mestilah diinspect terlebih dahulu. Biasanya ejen akan menetapkan sekian waktu untuk kesemua penyewa yang berminat untuk datang melihat sendiri rumah tersebut dan nama akan diambil. Kami pernah melalui pengalaman datang melihat sebuah rumah yang masih ada penyewa terdahulu dan anjingnya separas pinggang lelaki dewasa! Ye, datang lihat bersama dengan kesemua penyewa yang berminat atau sekadar suka-suka nak inspect di rumah tersebut seramai 5 keluarga yang lain. Biasanya inspection yang dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad lebih tinggi persaingannya. Mungkin sehingga 15 keluarga!
Semasa proses inspection, sila tanya kepada ejen sama ada rumah yang disewa menggunakan elektrik atau gas untuk pemanas air dan oven. Tanyakan juga sama ada perlu membayar air atau tidak (orang Islam biasanya menggunakan peratusan air yang tinggi untuk wudhu dan mandi, penggunaan gas pastinya lebih jimat berbanding elektrik). 

6. Application Form dan Merit atau Identification Point
Setiap orang dewasa perlu mengisi borang secara berasingan. Bukan semudah yang disangka kerana setiap dewasa perlu menyumbang kepada markah layak menduduki. Lebih tinggi markah, lebih layak penyewa tersebut. Antara dokumen yang dapat menyokong pemberian markah adalah salinan pasport, surat beranak (kad pengenalan tak laku), lesen memandu (yang telah diestrak di Jabatan Pengangkutan Jalan atau diterjemah di Pejabat Konsulat Malaysia), salinan penyata bank, salinan akaun telefon bimbit, salinan insurans dan apa-apa bukti yang ada tercatat nama kita secara sah. Inilah sebab kenapa saya katakan dalam entri sebelum ini yang bank statement adalah penting.



Selesai isi borang, boleh mula menghantar permohonan ke setiap ejen berkenaan. Buat sembahyang hajat dan berdoa banyak-banyak semoga terbuka hati ejen berminat untuk ambil kita sebagai penyewa. Dan masa yang ditunggu telah sampai... Mungkin 2 atau 3 hari mungkin juga seminggu, dua minggu, sebulan, ikut rezeki masing-masing. Kalau 3 hari masih tak dapat boleh hantar lagi permohonan. Buat secara berterusan lebih baik.

Jeng, jeng, jeng...

7. Confirmation dari ejen
Ejen akan telefon untuk maklumkan yang kita berjaya. Kalau masa tu bukan peak period mungkin boleh dapat semua rumah yang diminta kerana biasanya student yang bawa keluarga ada duit yang banyak dicatatkan pada bank statement. Boleh dikatakan student lebih mudah dapat rumah berbanding yang datang bekerja kerana ada support yang kuat dari supervisor untuk bahagian employment history dan contact name. Soalan pertama yang akan ditanya ejen biasanya: Adakah kita masih berminat dengan property ...? Jika ya, mereka akan minta datang ke pejabat untuk tandatangan agreement bagi setiap tenant, bayar bond (perlu buat cheque) dan terima kunci.




8. Masuk rumah dan borang Condition Report
Bagi salam, langkah kanan, selawat, baca Al-Fatihah, Al-Baqarah dan surah Yassin sekurang-kurangnya.

Ini antara perkara penting yang perlu dibuat! Pihak ejen akan memberi borang condition report, untuk menyatakan tahap kepuasan hati terhadap keadaan rumah tersebut. Sekiranya ada perkara yang tidak berada dalam keadaan baik seperti keretakan dinding, lantai yang bercalar teruk  dan apa sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik sila catatkan dalam borang tersebut dan ambil gambil dengan tarikh tertera padanya sebagai bahan bukti. Ini kerana, sekiranya anda ingin keluar dari rumah tersebut setelah tamat tempoh menyewa, dan ada kerosakan yang berlaku, anda perlu menanggung kos pembaikpulihan yang akan ditolak dari bond sebulan sewa yang dibuat sebelum ini. Kegagalan membayar boleh dibawa ke mahkamah.

Kami isi permohonan untuk 10 rumah dari 5 ejen dan kami hanya hantar permohonan untuk 3 buah rumah (yang lain tak sempat inspect sebab dibuat pada hari kerja). Keputusannya, kami berjaya dapatkan 2 buah rumah. Sakitnya jemari masa mengisi tu Allah je yang tahu.. Gambar application form yang kami isi di bawah ini adalah untuk 4 buah rumah. Tebalkan!


Justikasi pemilihan rumah kami: air percuma (jimat lebih $100+), pemanas air menggunakan gas, heater rumah tidak centralised (dipercayai centralised heater menggunakan lebih banyak tenaga gas untuk menyelaraskan suhu keseluruhan rumah), bil gas rendah ($45 untuk 2 kali bil (3 bulan) iaitu $15 sebulan)
yang tak bestnya: tiada backyard yang luas, oven menggunakan elektrik (tak boleh baking selalu),
bil elektrik yang tinggi (hampir $600 untuk 56 hari di musim sejuk  dan $500 untuk 90hari berikutnya di baki musim sejuk dan musim bunga)


9. Department of Justice

Selepas sebulan menyewa akan dapat surat ini pula.



10. Routine Inspection
Dijalankan oleh ejen bergantung pada keperluan. Selepas 3 bulan duduk menyewa, kami telah pun menerima kehadiran ejen kali kedua untuk datang melawat. Apa yang perlu dibuat? Tiada apa cuma pastikan rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Pastikan tiada kulat di dalam bilik air hasil dari wap air yang digunakan semasa mandi dan tiada pengudaraan yang baik. ye, ejen dah datang kali kedua kerana kali pertama dulu datang selepas kami tak tahu cara nak buat bagi pintu tak tertutup sendiri.. :p

Thanks for reading.

.
.
.


Seperti biasa sebarang soalan sila ajukan di bawah ini supaya dapat dibaca oleh mereka yang memerlukan maklumat yang sama. Sharing is caring.



Thursday, November 1, 2012

Panduan Percutian 5Hari 4Malam ke Melbourne, Australia



Assalamualaikum.

Hi readers!


Pertama sekali, Tahniah diucapkan kepada pemenang giftaway Fridge Magnet Australia yang saya anjurkan secara tak sengaja di Instagram dan Facebook. Cara menang mudah sahaja dengan komen yang anda NAK cenderamata ini. Memang saya tak tulis secara direct di caption hanya sekadar begini : "fridge magnet.. anyone?" hehe.. InsyaAllah jika murah rezeki saya akan ada giftaway lagi insyaAllah dan giftaway tu akan muncul di blog ini!

Ok, Siapa merancang nak datang Melbourne, Australia? Wah ramainya yang angkat tangan! Mari baca entri ini ye..

Memandangkan lebih 5 orang yang bertanyakan hal yang sama, maka diharapkan entri ini bukan saja membantu mereka tetapi juga anda yang lain yang mungkin tak tertype untuk bertanya melalui private message.

Sebelum itu, mari kita ulang semula subjek Geografi mengenai

Musim dan Suhu 
Bunga / Spring : September hingga November
Panas / Summer : Disember hingga Februari (suhu mencecah sehingga 46 darjah celcius)
Luruh / Fall / Autumn : Mac hingga Mei
Sejuk / Winter : Jun hingga August (suhu mencecah sehingga -2 darjah celcius)

Waktu
Untuk Melbourne (GMT+6), manakala Malaysia (GMT+8). GMT ialah Greenwich Mean Time. Oleh yang demikian beza masa adalah 2jam pada waktu biasa dan 3jam sewaktu Daylight Saving Time. Daylight Saving Time adalah satu tindakan mempercepatkan jam supaya siang kelihatan lebih panjang dari waktu malam. Biasanya jam ditambah satu jam kehadapan pada pertengahan musim Bunga (biasanya di bulan Oktober) dan dikurangkan satu jam pada pertengahan musim luruh (biasanya pada bulan April).


Kenderaan

Flight
Cadangan: Air Asia (Everyone can fly)
Lokasi: Tullamarine Airport, Melbourne
Tarikh beli: Setahun dari sekarang sebab tiket murah.
Tarikh terbang: Boleh pilih musim mana yang berkenan di hati.
Kos: RM800 hingga RM1000 (return tiket masa promotion) - RM3000
Perjalanan ambil masa selama 8 jam sahaja. Disarankan amik tiket pukul 9 malam ke atas supaya dapat sampai keesokkan paginya. Bolehla merasa solat Subuh atas flight. Tapi kalau naik Air Asia tu selalunya ada saja flight delay boleh la nak naik yg lepas zohor. Kalau yang ni pulak boleh la merasa 3 4 waktu solat atas flight. hehe..

Kereta Sewa
Kos: A$180 minimum  untuk 5 hari
Lokasi ambil dan hantar : Tullamarine Airport, Melbourne
Tujuan : Untuk perjalanan jauh sahaja.
Boleh survey beberapa rental service yang menyediakan pakej GPS, peta dan tol dan car seat.

Sila layari http://vroomvroomvroom.com.au untuk pilihan kereta sewa.


Minyak
Kos: A$150
Tips dapatkan minyak murah: Boleh beli makanan di Coles (seperti Tesco Malaysia) dengan minimum Aud30 dan dapat resit diskaun di bahagian bawah.


Tram
Kos: A$6 untuk kad sahaja dan topup A$16.00 sekurang-kurangnya (untuk 2 hari).
Kadar bayaran : Jika anda naiki tram pergi dan balik dalam tempoh 2jam, caj yang dikenakan ialah A$4. Maksimum caj untuk sehari atau melebihi 4 jam adalah A$7.60.
Tujuan: Untuk meronda di kawasan bandar dan menikmati keindahan bandaraya Melbourne.




Penginapan 
Cadangan : Malaysia Hall Melbourne
Kadar terkini Malaysia Hall Melbourne, sila rujuk SINI. Untuk makluman semua pembaca, saya tidak mempunyai sebarang kaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan pihak Malaysia Hall Melbourne. Segalanya perlu diuruskan oleh anda sendiri tanpa mengaitkan nama saya (termasuk cc kan email). Harap tidak menyalahgunakan info yang anda dapat di sini kerana apa yang saya pernah beritakan tentang MH adalah atas pengalaman baik saya sendiri sebelum ini.

Cadangan penginapan sekitar Melbourne klik SINI. 


Tempat menarik untuk dilawati: 

Hari Pertama - City of Melbourne
Tempoh Perjalanan : 10 minit dari Malaysia Hall
Kenderaan: Tram
Dengan menaiki City Tram, anda dapat menikmati keindahan dan keunikan kota Melbourne. Boleh berhenti dan naik di mana-mana stop kemudian berjalan kaki ke kawasan sekitarnya. Antara tarikan utama ialah Shrine of Remembrance, Royal Botanic Garden, Napoleon Museum, National Library, Yarra River, Federation Square, pelbagai shopping mall dan building yang menarik selain pemuzik jalanan  yang menghiburkan.




Hari Kedua - Phillip Island
Tempoh Perjalanan: 1 jam 30 minit sejauh 141km
Kenderaan: Kereta
Pulau yang berbentuk seperti seekor ikan lumba-lumba atau dolphin. Untuk berjalan-jalan,boleh dapatkan PIE Pass yang terdapat di Phillip Island's Visitor Center untuk melawat 3 dari 4 daya tarikan utama iaitu
Amaze ‘N Things
Pannys Amazing World of Chocolate
Rhyll Trout and Bush Tucker Farm
Maru Koala & Animal Park
Kos :
Adult A$41.95
Child A$31.95 (ages 4-15 yrs, ages 3 and under free)
Family A$129.95 (two adults & two children, ages 4-15 yrs)
Selain itu juga, anda boleh lah mendapatkan Penguin + PIE Pass atau Seal + PIE Pass atau Penguin, Seal + PIE Pass. Atau tengok penguin percuma pada waktu sunset di The Nobbies dan nikmati keindahan panoramanya.



 Maklumat lanjut mengenai Phillip Island di sini.


Hari Ketiga - Great Ocean Road
Tempoh perjalanan: 3 jam sejauh 230km
Kenderaan pilihan: Kereta
Tarikan utama: Torquay, Twelve Apostle yang merupakan kesan alam semula jadi dan jika bertuah dapat lihat paus bermain-main.
Aktiviti : Luncur air, Berkelah








Hari Keempat - Seasonal Attraction 
Pilih mana-mana lokasi tarikan lain. Antaranya adalah di

Mount Buller / Mount Bawbaw (Jun hingga Julai) 
Tempoh Perjalanan: 3 jam 30 minit (tidak termasuk berhenti untuk sewa kemudahan.)
Kenderaan: Bas
Kos pengangkutan dari City ke Mount Buller: A$180 (15tahun ke atas), A$140 (3-14tahun). Rujuk sini.
Kos sewa barang: Pants A$15 + Boots A$9 + Toboggan A$10 = A$34. Rujuk sini.
Maklumat lanjut Mount Buller dan Mount Baw Baw





Tesselaar Tulip Festival (Penghujung September hingga awal Oktober), Belgrave.
Tempoh perjalanan: 1 jam
Kenderaan: Kereta
Kos: A$18 (16 tahun keatas), Percuma (15tahun dan ke bawah)
Spring di Melbourne sentiasa diceriakan dengan kehadiran Tulip yang berwarna warni. Maklumat lanjut tentang tulip di sini. Usai itu, boleh teruskan perjalanan ke Dandenong Ranges National Park yang terletak berhampiran dengan kawasan tanaman tulip ini. Maklumat lanjut tentang taman negara ini di sini.




State Rose Garden (Oktober hingga Disember), Werribee
Tempoh perjalanan: 30 minit
Kenderaan: Kereta
Kos: Percuma
Nikmati keindahan bunga ros pelbagai jenis dan warna yang ditanam di kawasan seluas 6 hektar secara percuma. Ada antaranya sebesar 2 tapak tangan. Maklumat lanjut tentang State Rose Garden klik sini. Setelah puas, bolehlah melawat ke Werribee Open Range Zoo yang terletak bersebelahan dengan State Rose Garden ini. Maklumat lanjut di sini.





Fruit Picking (November hingga Februari), Victoria
Tempoh perjalanan: bergantung kepada lokasi
Kenderaan: Kereta
Kos: $4 untuk dewasa
Nikmati kesedapan buah-buahan yang dipetik segar terus dari kebun dan makan! ye, makan sampai puas dan kenyang hingga tak termakan lagi. Kanak2 pasti sukakannya!


Hari Kelima - Victoria Market & DFO EssendonTidak sah perjalanan jauh anda tanpa membawa pulang beberapa cenderamata yang membuktikan anda telah pun selamat sampai ke Negara Kanggaru ini. Justeru lengkapkan ia dengan melawat ke Victoria Market.
Kenderaan: Tram
Tempoh Perjalanan: 15 minit
Antara cenderamata yang popular adalah fridge magnet, boomerang, tshirt, plushies kanggaru dan koala, bulu haiwan seperti kambing, kanggaru, lembu, biri-biri. Puas berjalan di Victoria Marke, saya cadangkan anda pulang dan checkout dari Malaysia Hall dan bersiap untuk perjalanan pulang.
Sebelum itu, singgah ke mall yang sering dikunjungi oleh pelancong ialah DFO Essendon yang terletak di Bulla Road. Tempoh perjalanan ialah 20 minit dari Malaysia Hall dan 8 minit ke Tullamarine Airport. Jangan lupakan dapatkan set pinggan Corelle dan Pyrex yang terkini dan murah di sini. Sambil shopping jangan lupa jeling jam. Takut-takut terlajak masa check-in di airport pula nanti. :)

Makanan
Saya cadangkan anda membawa stok makanan dalam tin atau paket dari Malaysia. Sekiranya anda merasakan hari anda tak lengkap tanpa nasi, boleh hubungi saya untuk membantu menyediakan hidangan siap yang dihantar ke Malaysia Hall. Kalau teringin nak berkelah di Great Ocean Road atau di mana-mana taman yang ada sediakan kemudahan bbq, tanpa rasa segan silu juga sila hubungi saya yang sedia membantu anda.

Kos keseluruhan
Berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya yang datang ke Melbourne, mereka mengatakan bahawa bajet untuk datang ke Melbourne dalam keadaan selesa ialah mempunyai RM2000 hingga RM2500 seorang termasuk untuk cenderamata (tidak termasuk return flight tiket yang bernilai RM1000.)


Sekian.

Details ini adalah anggaran kos pada kali pertama entri ini diterbitkan iaitu pada 11 January 2012.


p/s Diharapkan semua berpuashati dengan entri ini. Jika ada sebarang pertanyaan ajukan sahaja di ruang komen di bawah ini ye. Mana tau soalan anda sama juga dengan mereka yang lain.


TQ for reading!

Blog ini diupdate pada Julai 2018. 



Monday, October 22, 2012

Tips : Barang yang Dibenarkan Bawa dan Pos ke Australia

Assalamualaikum,

Hi readers. Hawau yau? (Ejaan asal, How Are You)

Entry kali ni upon request di Facebook saya, berkaitan dengan barangan.



Sebelum menjawab soalan ni saya nak ceritakan tentang pengalaman saya bertanyakan pandangan orang lain yang pernah datang dahulu ke Australia sebelum kami.

Antaranya:-
1. Makanan
Melbourne senang saja nak jumpa Halal food. Banyak orang Islam kat sana. 
Tak perlu bawa banyak setakat berat (20kg) yang boleh je. Nanti barang kena kuarantin dan buang atau hantar semula ke Malaysia kalau tak lepas.
2. Peralatan
Kat sini ada semua. Orang Malaysia yang datang beli barang sini dan bawa pulang ke Malaysia.
Semua jawapan di atas betul sebetulnya. No offense. Cumaaaaaa..

Mahal!

Jadi, boleh bawa dan pos dari Malaysia. Tapi pastikan dulu yang barangan tersebut memang boleh dibawa dan tidak membazir wang ringgit anda.

Yang paling penting anda mestilah DECLARE! ye, maklumkan apa yang dibawa atau pos itu..

Penting : Soalan 6 & 7 perlu bertanda YES.




Atau anda perlu berdepan dengan PENALTI atau perkara-perkara ini :

Declare it
You will be given an Incoming Passenger Card before you arrive in Australia. This is a legal document.
You must tick YES on your card to declare if you are carrying food, plant material or animal products. You can take these declared items with you to the clearance point where they will be assessed by a DAFF biosecurity officer.
Alternatively, you may dispose of food, plant material or animal products on arrival in the quarantine bins located in the airport terminal.
On arrival your baggage may be assessed by x-ay, detector dog or inspected by a DAFF biosecurity officer. If you fail to declare or dispose of any biosecurity risk items, or make a false declaration:
  • you will be caught
  • you could be fined $220 on-the-spot, or
  • you could be prosecuted, fined more than $66000 and risk 10 years jail and a criminal record.
You will not be penalised if all items are declared, even if they are not allowed into Australia.


Ye, dan faham kenapa kami cuak dulu? Inilah sebabnya.. huhu..

Maklumat tentang barang yang tidak boleh dibawa/pos ke Australia boleh klik di sini.

Kos pos tidaklah terlalu mahal kalau dari Malaysia ke Australia boleh pilih untuk hantar guna Surface Parcel (sampai dalam masa 1-3bulan) atau Air Parcel (dalam 10 hari bekerja).



PARCEL RATES FROM MALAYSIA TO AUSTRALIA

Tariff for a Parcel Weighing Not More Than  30 Kg =30000 gm

Surface Parcel:

< 1 Kg
(RM)
< 3 Kg
(RM)
< 5 Kg
(RM)
< 10 Kg
(RM)
< 15 Kg
(RM)
< 20 Kg
(RM)
< 25 Kg
(RM)
< 30 Kg
(RM)
Maximum
Weight
(Kg)
Insurance
Limit
(RM)
26.1030.3036.8051.5064.5082.2099.90111.60303,000.00

Total Amount :  RM 111.60


Air Parcel:

First 250gm
(RM)
Every Additional 250gm
(RM)
Amount
(RM)
Maximum
Weight
(Kg)
Insurance
Limit
(RM)
29.104.1029.10 + (119 x 4.10) =517.00303,000.00

Total Amount :  RM 517.00



Sumber: Pos Malaysia



Ikut pengalaman saya, Air Parcel pernah sampai dalm masa 3 hari (pakaian dan alat tulis) dan 7 hari (kuih raya yang hancur 70%). manakala Surface Parcel ambil masa 1bulan setengah.

Buktinya:






Memang banyak, tidak semahal beli di sini dan berbaloi! Oh ye, ada 2 3 bungkus yang dilupuskan kerana faktor keselamatan dan defect. Paling sedih Serunding Daging seberat 4kg yang memang faktor kecuaian saya sebab dah clearly mereka tulis daging adalah barang larangan.

Antara surat cinta AQIS yang diterima :



Dulu yang paling saya risaukan bab kicap. ye, Kicap! Sebab Tuan Suami WAJIB ade kicap kat rumah. Kalau takde tu makan juga bukannya tidak. hehe.. Kicap kegemaran mestilah Kicap Kipas Udang.
Dah, jangan risau lagi ye kerana Kicap Kipas Udang memang wujud di Australia.. hehe..

Nampaknya yang paling bermasalah adalah sos cili.
Cuba tengok ini.. Teng, teng, teng!






Banyak lagi yang kami try.. End up masukkan dalam makanan. Sos cili yang paling sedap adalah Coles Chilli Sauce. Coles adalah nama pasaraya macam Tesco di Malaysia. hehe..


Sekian!



p/s : jika anda mempunyai cadangan atau pertanyaan atau nak request entri, sila komen di bawah ye. Saya mesti baca.



Thursday, October 18, 2012

Kami selamat sampai di Melbourne

Assalamualaikum..
Hi readers!

Sampainya di Tullamarine International Airport, Victoria kami disambut dengan cuaca sejuk 4°c. Tapi kedinginan tu kurang terasa memandangkan masing-masing tengah cuak nak melepasi pintu inspection AQIS dan imigresen.

Keluar dari perut MH149, kami berdiri di depan lorong imigresen dan kemaskan apa yang patut (barang yang superduper banyak; beg kamera, beg pampers, bantal, hand luggage 2unit, stroller dan macam-macam lagi) jugak make sure yang Australia Incoming Passenger Card dah diisi dengan jelas dan terang.






Australia Incoming Passenger Card dapat dari dalam flight lagi dan dah selesai isi sebenarnya cuma sebab cuak sangat takut tersangkut kat situ, kami pun ambil lagi sehelai dan letak nama Iffah Humaira (yang tak perlu pun sebenarnya).

Pintu masuk ketibaan untuk semakan visa terbahagi kepada 3 bahagian: kami pilih laluan merah kerana tengok Australia Incoming Passenger Card pun tak cantik. ada yes dan no. sambil tu mulut terkumat kamit  mata meliar mencari kalau-kalau ada anjing pengesan tapi hampa.

Selesai pemeriksaan serta cop visa dan sedikit soal jawab, kami pungut pula bagasi dan kotak-kotak yang dibawa bersama. Banyak tak banyak jugak, ada 3 troli dan 1 stroller. Erk! Siap pegawai AQIS sambut kami dan tolong tolak lagi. Fuh! Kecuakan berada di paras 97% (3% dah tertinggal kat tempat visa tadi).
1. cuak barang-barang makanan tak lepas
2. cuak fikir barang kena punggah lagi (penat memunggah di KLIA belum hilang lagi)
3. cuak fikir nak makan apa kalau sungguh kena rampas sementara nak dapat rumah
4. cuak kena duduk bukan di negara sendiri
5. cuak tak paham apa mereka cakap
hahaha.. sila gelak untuk cuak yang entah apa-apa ni.. dengar remeh tapi kami memang CUAK!

DANNNN... hasilnya.......
1. berjalan penuh bergaya *bajet ratu siap melambai-lambai tangan macam cerita The Princess Diaries*
2. keluar dari AQIS dalam masa 5minit termasuk masa keluarkan barang dari troli, masukkan melalui scan machine, susun semula masuk troli..
3. terhibur dengan layanan mesra pegawai AQIS..

Alhamdulillah.. Semua barang kami lepas. Tiada kerja-kerja sampingan lain dan kecuakan terus jadi 0%. Takde adegan bukak kotak, anjing datang hidu-hidu, barang kena buang, kena soal satu-satu.. Takde..
Keluar je dari kawasan inspection, orang ramai yang jadi penyambut tetamu di airport siap analisa lagi barang2 yang kami bawa. paling kuat soksek2 yang didengari tentang RICE COOKER.. :P

Memandangkan handphone yang ingat dah roaming tapi tak roaming lagi sebenarnya tak boleh guna dan handphone yang memang dah roaming tapi kehabisan bateri pulak, maka encik Suami berdesup pegi ke kedai telekomunikasi Optus dan beli 2 simkad prepaid dan 1 wireless port.

Ketibaan kami disambut oleh ikhwah ISMA, Farid dan Safwan yang datang dengan van. Alhamdulillah van pun muat dan Iffah Humaira pun cuba sesuaikan diri dalam car seat-stroller yang kami bawa dari Malaysia.

Panggilan rindu pertama untuk mak, abah dan adik2 yang jauh beribu kilometer.. Berkat doa, bacaan Alquran dan tidur mereka yang tak lena, kami selamat.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. terima kasih Allah..

Destinasi seterusnya, Malaysia Hall..


Stay tuned!

Wednesday, August 1, 2012

MH149

Assalamualaikum..
Hi readers!

Perjalanan selama 8jam sgt mudah untuk kami atas flight Malaysia Airlines MAS MH149. Alhamdulillah Iffah Humaira behave dan tak macam2.
5hari sebelum berlepas, saya call MAS service center untuk reconfirm beberapa perkara. Sebelum tu sudah berkali2 google. Memandangkan perjalanan ini yang pertama kali ke luar negara dan paling lama untuk saya dan pertama kali untuk Iffah Humaira maka haruslah saya cuak. Maka, saya buat panggilan ke MAS Call Center.

Soalan saya:
1. Berapa berat bagasi yang dibenarkan untuk seorang?
Untuk kelas economy, 20kg untuk check-in baggage, 7kg untuk in hand baggage. Bagi infant, 10kg untuk check in, hand baggage untuk pampers, bottle dan makanan. Stroller boleh tolak sampai ke kabin.

2. Berapa saya perlu bayar untuk setiap lebihan 1kg?
Untuk ke Australia anggaran sebanyak rm100/kg.

3. Saya perlukan bassinet utk baby, berapa saya perlu bayar?
Hanya perlu booking dengan kami sebab bukan semua bahagian kabin boleh muatkan bassinet. Ok, saya bookingkan utk puan dan suami ye.

4. Oh ye, kalau macam tu saya perlukan seat number untuk mak saya juga takde lah mak keseorangan. Maaf puan, seat utk penumpang lain tak boleh pilih kecuali berbayar.

5. Tapi mak saya OKU, ada rate khas untuk OKU ke? Mak tak pernah naik flight sebelum nie. Takut kurg selesa dan tak dapat dengar arahan jelas.
Maaf puan, OKU rate untuk domestik sahaja. Kalau macam tu seat no mak puan saya bagi sekarang ye sebab special case.

Untung telefon petang tu. Terus dapat no.seat dan pastinya kami tak terpisah. Kami duduk sebaris dan ada extra 1seat sebelah emak. Semestinya seat mak tu untuk parents baby bassinet sebelah. Rasa bersalah la jugak, kesian ayahnya kena duduk jauh sikit dari isteri dan anak. Tapi nak buat macam mana.. Dah rezeki kami.. Heee..

Solat subuh atas flight adalah pengalaman pertama. Tandas yang muat2 tu bergegar jugak kadang2..
Masuk ruang udara Melbourne, kapten maklumkan suhu mencecah 4°c. Baju yang dipakai hanyalah baju biasa dua lapis yang tak terlalu tebal. Hanya IH siap dengan thermal wear @ longjohn. Redah saja lah labuu..


Till then..
Wassalam