Hi readers!
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di Melbourne..
Ni biri-biri Australia di Collingwood Children's Farm, 18 St Heliers St, Vic.
Sambung cerita ye.
Lepas Akhi Farid dan Safwan pick up kami di airport, kami singgah makan di Restoran Kebab paling murah. AUD4 sebiji. Harga biasa Aud8-12. Gambar tiada kerana jetlag dan tengah menggigil. Mulut Iffah Humaira pun kebiruan masa ni. Air kopi panas 100°c pun tak sampai 2minit dah mula suam, 5minit tu dah macam air kosong.
Lepas makan terus laju-laju tuju ke van dan menghala ke penginapan sementara iaitu, Malaysia Hall Melbourne. Alkisahnya, masa booking yakni 2 minggu sebelum datang Melbourne tu, kami perlu sewa 2 bilik asing lelaki perempuan sebab fully booked!
wahh.. ramainya orang Malaysia di Melbourne ye! Mana saya tau? cuba baca ni syarat duduk sini..
Polisi Malaysia Hall Melbourne
- Hanya rakyat Malaysia sahaja layak memohon untuk menetap di Dewan Malaysia.
- Keutamaan hanya akan diberikan kepada pelajar yang tiba bersama suami/isteri dan anak-anak. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum ketibaan.
- Pelajar transit yang membawa keluarga boleh menetap di Dewan Malaysia tidak melebihi 3 minggu.(Jika ada kekosongan)
- Pelawat hanya dibenarkan menetap tidak melebihi 5 hari.
- Pihak MSDA berhak untuk menolak mana-mana permohonan jika semua bilik telah ditempah.
- Pelajar dibenarkan untuk membuat permohonan bagi pihak keluarga terdekat (Ibubapa, keluarga).
- Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui email atau faks.
- Dewan Malaysia tidak beroperasi seperti Hotel dan tidak menyediakan tuala atau toiletries.
Tetapi alangkah beruntungnya kami dipermudahkan urusan oleh Allah Ta'ala.. Alhamdulillah kami dapat satu bilik siap ada toilet lagi macam hotel (Kalau ikutkan bilik bujang takde toilet khas). Yang lagi best bilik tu sebelah pantri, berdepan dengan pintu belakang dan tersembunyi sikit. Bila part tersembunyi ni lagi la seronok sebab masa ni tengah musim exam. Kiranya student undergrad yang memang ramai duduk di sini tidaklah terganggu dengan tangisan dan jeritan Iffah Humaira.
Pantri Malaysia Hall pun best! Ada peti sejuk, sinki dan microwave. Makanan pun ada kalau nak beli tapi kami tak beli pun. Sebab utama, otak auto convert AUD ke RM (RM1 = AUD3.2) dan sebab kedua mahal.. AUD3 utk mee goreng = RM10. heh! ok, tak payah makan la jawabnya.
Sebab ketiga.. jeng, jeng, jeng...
kami ada stok makanan sendiri berupa nestum, milo, oat, biskut Hup Seng, Berahim Kurma, Berahim Rendang, Serunding daging (ni memang pelik patut daging tak lepas masa inspection kastam), Sardin, beras dan bermacam-macam lagi.. Bestnyaaaa!! Selain itu, kami juga ada blender, kettle electric dan rice cooker..
Tapiiii.. sedihnya tak boleh masak!
Maka, kami pun tidur dan berehat je dulu sementara tuan suami pergi ke city untuk buat akaun bank, pergi real estate amik borang apply rumah, beli simkad postpaid, beli roti dan pelbagai lagi urusan yang kalau kami ikut pasti melambatkan beliau.
Kepulangan tuan suami juga dimeriahkan oleh makanan yang beliau bawak pulang berupa
1. kad prepaid tram
2. baju sejuk untuk Iffah Humaira (AUD10)
3. buah kiwi, apple dan roti (AUD5), 4. paling best: nasi dan 3 jenis lauk sebanyak 3bungkus Harga AUD5.50 setiap satu dari Lazzat Restaurant milik Islam Indonesia! woohaaa.. memang lompat setinggi langit dapat makan nasi.. Sebenarnya itu harga Happy Hour jam 430-530 petang Isnin - Jumaat.
Itu cerita hari pertama!
Hari berikutnya aktiviti yang kami buat adalah
1. makan makan dan makan
2. cari rumah online, isi siap2 semua borang-borang real estate, setiap agensi 3 borang rumah
3. baca buku dan surf internet
4. skype dengan family di Malaysia
5. ronda city sementara city dekat 10minit je naik tram
6. tido dan tido lagi
7. inspect rumah
8. ke universiti jumpa supervisor (kami ikut sekali saja untuk tengok tempat, siap ada guider lagi)
9. shopping baju winter coat di MYER baju second hand di SAVERS dan perkakas dapur di COLES & BIG W
10. ziarah keluarga Akhi Azlan juga ISMA AUSTRALIA yang kenal melalui email sejak setahun sebelum.
Hari ke-7 apply extend period di Malaysia Hall.
Hari ke-8 kami hantar semua application rumah ke semua real estate pinjam kereta Akhi Azam.
Hari ke-9 kami confirm dapat rumah.
Hari ke-10 checkout dari Malaysia Hall juga atas pertolongan Akhi Farid dan Safwan.
Sepanjang di Malaysia Hall kami buka 1 luggage besar dan satu hand luggage. Sebenarnya semua baju vacuum pack dan memang rasa sayang nak buka. Rotate pakai sebab tak berpeluh dan ada juga yang kami basuh. Selain tu sempat juga menyumbang AUD3.50 lebih kurang untuk mesin basuh dan dryer.
Keseluruhannya kami bayar AUD280 untuk sewa dan penginapan tak termasuk laundry di Malaysia Hall Melbourne.
AUD 6+12+12+0 = AUD28 x 10hari = AUD280.
Alamat:
DEWAN MALAYSIA MELBOURNE
K4, High Street, Windsor, VIC 3181
Kadar Bayaran Sehari :
Undergraduate AUD 4.00
Postgraduate AUD 6.00
Tetamu AUD 12.00
Kanak-kanak( >7 Yrs) AUD 4.00
Kanak-kanak ( < 7 Yrs) Tiada Bayaran
Isi borang dan email dari Malaysia guna borang ini ye..
Permohonan penginapan untuk pelajar
Permohonan penginapan untuk bukan pelajar/tetamu
Kadar bayaran terkini untuk Malaysia Hall Mebourne sila klik SINI.
Gambar kenangan kami di MH..

Lemon besar2!

Gambar kenangan first time di University of Melbourne
Penat ronda Iffah Humaira pun...........
Harga minyak di sini pada hari yang sama dan stesen yang bersebelahan. Tengok pada unleaded. Selalunya harga lain-lain walaupun sebelah-sebelah kedainya. Sekarang sudah semakin mahal. Kalau nampak aud139.90 tu boleh la cepat-cepat isi.
Ye, 7eleven ada kedai minyak di sini.
Dan kalau beli barang dapur di Coles lebih AUD30 akan dapat resit yang dibawahnya ada barcode utk dapatkan harga minyak diskaun. Boleh jadi diskaun antara 4, 6, 8, 10, 12 hinggalah 16sen.
Nie gambar first time solat luar rumah belakang stesen minyak sebab tak perasan Zohor dah nak habis waktu. Huwaa.. memang sejuk sampai ke otak masa sujud atas simen ni. Lepas je solat terus zahirkan rindu yang teramat sangat pada kemudahan solat di Malaysia.
Durian pun ada di pasaraya Melbourne. AUD5.48/kg
Lagi gambar-gambar Iffah Humaira masa 11 bulan.
Gambar lepas penat menangis kena duduk dalam car seat.
Oh ye, ada cerita lucu sepanjang duduk sini..
Kalau dari MH nak ke Melb Uni boleh naik mana2 tram je yang menghala ke city dari High Street di stop 27 dan stop 28 ada 1 tram je. 2stop ni 2minit je jalan kaki dari MH.
Dan nak balik pulak paling senang naik tram Glen Iris (route 6) yang akan berhenti di 2 stop 27 & 28. Selain itu boleh juga naik tram lain yang berhenti di stop 27 iaitu tram route 3, 3a, 5, 64 dan 67.
nie gambar tram dan sign biru tu tempat lab tuan suami. Royal Dental Hospital Melbourne.
Apa yang melucukan, tuan suami yang keseorangan dari Uni Melb naik tram no.8 (ygang tak boleh sampai ke MH pun!) Itu pun beliau sedar selepas terperasan yang tram tu belok kurang dari timing sepatutnya. (Kalau naik tram no.6 je yang ada belok sekali kalau nak turun di stop 28. Tram lain semuanya patut straight dan berhenti di stop27.)
Dalam suasana gabra dan matahari dah di kaki langit, sejuk serta gelap, beliau pun cepat2 tekan loceng dan turun di stop yang tak tahu nombor berapa. Menggunakan Google Maps, beliau pun baliklah ke pangkal jalan dan naik semula tram yang lalu kepenatan. Beberapa minit kemudian, setelah beberapa stop dilalui dan masih belum sampai2, beliau pun tengok Google Maps semula dan terperasan yang.. tram semakin menghampiri city! Allahu akbar! Cepat2 beliau turun lagi sekali dan telefon saya bertanyakan nombor tram dan stop untuk ke MH.. Akhirnya beliau selamat sampai ke sisi keluarga yang kelaparan nasi dengan menaiki 3 tram! Kesian tuan suami.. tetapi pecah perut kami bergelak malam tu..
Sungguh, jauh perjalanan luas pemandangan!
Malu bertanya, sesat jalan!
.
.
.
p/s : eh, isteri baru 2hari naik tram dah hafal? itulah suami isteri kan saling melengkapi.. hehe..































.jpg)























