Pages - Menu

Showing posts with label Jalan-jalan Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Melbourne. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Penginapan sekitar Melbourne

Assalamualaikum..

Hi readers!

Saya dihujani email dan fb messages yang banyak bertanya tentang option selain dari Malaysia Hall Melbourne. Dah namanya Malaysia Hall, confirmlah semua yang datang ke Malaysia nak tuju ke sana. Almaklumlah, selepas pengumuman harga baru Malaysia Hall pun, ianya masih dikira murah berbanding backpackers accomodation, hotel dan motel yang ade. Terlalu murah tak padan dengan lokasinya yang sangat strategik.

Berkenaan dengan penginapan, adalah diingatkan kepada semua pelancong untuk maklumkan jumlah penginap secara tepat. Kalau 12orang kena inform 12. Dia tak macam Malaysia, kata 2orang, tapi yang masuk 4orang. Bahaya tu, takut kena tindakan sebab mereka sangat mementingkan keselesaan dan ikut polisi serta prosedur. Untuk penginapan Backpackers pulak, sila check dulu sebab ada sesetengah provider bercampur lelaki perempuan.

Okey, ini pilihan penginapan yang ada sekitar Melbourne. Mudah access melalui tram utk ke city InsyaAllah. Cuma dari segi harga saya tak boleh nak confirmkan dan anda kene send enquiry.

1) Malaysia Hall Melbourne klik sini.
2) Parkville Motel. klik sini.
3) Dolma Hotel. klik sini.
4) Parkville Place Apartment. klik sini.
5) Princes Park Motor Inn. klik sini.
6) Tune Hotel. klik sini.
7) Ibis Hotel. klik sini.
8) Nomads All Nation Backpackers. klik sini.

Bagi sesiapa yang pernah menginap selain di Malaysia Hall Melbourne, bolehla berkongsi harga dan review ye. InsyaAllah akan rajin update kalau ada respon dari yang berpengalaman.

Semoga bermanfaat.
Thanks for reading!

Tuesday, April 23, 2013

Pondok Warna-warni Brighton, Australia

Assalamualaikum..

Hi readers!

Dari awal datang ke Melbourne teringin sangat nak datang sini ambil gambar. Cantik! Suka colourful tu.

Masa pegi dah hujung spring. Panas mula menjengah. Maksudnya tak boleh duduk lama sebab SEKSA.. Dosa bertambah karang. Gambar ni pun ade yang dicrop sebab keseksian. Pergi lepas jamuan Raya Aidiladha Bundoora.

Kat sini musim panas memang tak sesuai nak ke pantai sangat. Kena pandai pilih port..





Alamatnya : Esplanade, Brighton, 3186 Victoria.

Pondok ni dipanggil Bathing Hut atau Beach Hut. Dalamnya macam chalet gitu. Kalau tak silaplah.. heee..

Sekian.



Wednesday, April 3, 2013

Cherry Picking

Assalamualaikum..

Hi readers!

Lama menyepi kerana ketiadaan mood untuk berblogging. Makanya, masa tu digantikan dengan aktiviti meng'edit' gambar-gambar yang super banyak. Cucinya belum. heee.. 

Kalini nak ceritanya petik ceri.  Dah pegi lama dah 18 November 2012. Rombongan dengan family KVN yang lain. Dan ada juga serombongan dari Malaysia datang cuti-cuti Melbourne. 

Lokasi: Paynes Orchard, 372 Bacchus Marsh Road, Bacchus Marsh, VIC 3340 Australia.
"Bring a hat for each person, and sturdy shoes. We provide buckets for picking.
$4 entry fee per person. Fruit is picked and purchased $/kg."

Masa sampai Iffah Humaira tengah tido. 


nie kakak kesayangan Iffah Humaira. Namanya Iman Solehah. Kalau nampak kak Iman, Iffah Humaira mesti nak ikut mana kakak pergi. Tengok, dengar je suara Iman, terus bangun! Mungkin ke sebab dalam perut dulu memang panggil dia Iman? haha kebetulan.


ok, kita pakai baju sejuk dulu. Pose sikit!






Ceri di pokok..
 




Kami tengah petik ceri..


Iffah Humaira dan ceri.











Nactarine tengah tunggu untuk ranum. Belum boleh petik lagi. Kena tunggu maybe 2minggu.


Hasil tangkapan. lupa dah berapa dollar sekilo.

 

Kami beramai-ramai..

terus.................
 

Rombongan diteruskan ke...




dengan aktiviti bermain air dan piknik BBQ.. nasib ummi sentiasa bawak baju spare untuk tersayang.. Sebenarnya suhu memang rendah masa ni.. dalam 15 xsilap. Excited nampak air memang tak dapat dibedung lagi. Rindunya kat sungai-sungai Malaysia.






Kak Julie dari UMT. Kakak ni penah baca blog saya. Malunya jumpa blog reader..


Gambar kami satu!
 

On the way balik jumpa windmill ni. Ingat tempat melancong rupanya restoran. Ada wedding reception baru habis. cantikkan! subhanallah! 




Website Paynes Orchard, klik sini.
Website Bacchus Marsh, klik sini.


Thanks for reading!