Assalamualaikum.
Hi readers!
Perasaan bercampur baur. Naluri kian meresap jauh ke lubuk jantung. Sungguh! Sakit yang tak terungkap dengan kata-kata. Hanya Allah Allah mampu meniti dibibir.
Selesai semuanya, sakit hilang, mampu tersenyum dan tangan lembut memeluk erat didakap ke dada. Alhamdulillah selamat semuanya.
"Allahu Akbar! Assalamualaikum! Bismillah" yang dibisik ke telinga terus menjalankan tanggungjawab kedua selepas melahirkan sebagai ummi.
Hari berganti hari. Dari tapak kaki sebesar 2 jari dewasa, dari tali pusat melekat, dari tiada gigi, dari mata yang kabur dan hanya deria bau yang membantu, dari terbaring belum mampu berbuat apa-apa. Pantas masa berlalu.
Hari ini. Tapak kaki 4 jari dewasa, gigi 11-13 batang, rambut boleh ditocang, memanjat dan berlari, mulut bicara tiada berhenti, kreatif kritis inovatif. Alhamdulillah! Nikmat Allah berikan.
Anak yang mudah dijaga. Sakitnya tidak lama. Makannya tidak cerewet.
Cuma tidurnya perlu sentiasa ummi di sisi atau lebih baik berjaga sepanjang hari.
Senyumannya mencairkan, butir bicara yang keluar pantas menangkap dada, telinga yang mendengar meminta-minta ulang semula.
Semoga jadi anak solehah. Berjaya dunia dan akhirat.
Dipinjamkan lebih lama oleh Allah.
Dimurahkan rezeki terpenting penyusuan 2tahun.
Dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Satu Tahun Tujuh Bulan Satu Hari.
IFFAH HUMAIRA BINTI MOHD HAFIZ