Pages - Menu

Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Persiapan Menyambut Kelahiran Bayi

Assalamualaikum readers!

Lama sungguh blog ni kosong dengan entri terbaru. Sikit bizi akhir-akhir ni dengan job Artbyfizz Photography.. Besides, me, hubby and my father pun dah selamat berkonvo alhamdulillah..

Trio kami 3 beranak, product of Universiti Malaya.. M.DSc, B.Acc, B.EduMgt


Okeh back to the topic, nie persiapan penting untuk sambut kelahiran bayi. Bab-bab yang tidak boleh dipandang ringan oleh bakal ibu dan bapa. Berpandukan agama dan bukan hanya adat semata-mata.

1. Berdoa untuk mendapatkan anak.
 Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah menyuruh umatnya menikah dan melarang keras membujang sambil bersabda: "Kahwinilah wanita yang menyayangi dan banyak anak kerana sesungguhnya aku membanggakan jumlah kamu yang banyak." -HR Imam Ahmad & Imam Abu Hattim Ibnu Hibban.

2. Mengazankan bayi yang baru lahir.
 Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummush Shibyan."
Ummush Shibyan menurut sebahagin ulama adalah jin perempuan, pendapat lain, apa sahaja yang menakutkan anak, dan ada juga pendapat mengatakan ianya angin yang mengenai anak dan boleh menyebabkan sakit.

3. Mentahnik bayi yang baru lahir
 Tahnik adalah menyapukan sesuatu (benda yang manis) pada mulut bayi yang baru lahir. Daripada Abu Musa r.a: "saya dianugerahkan seorang bayi lelaki lalu saya membawanya kepada Nabi s.a.w Beliau pun memberinya nama Ibrahim dan menyuapinya sebutir kurma." - Sahih Bukhari dan Muslim.

4. Aqiqah
 Aisyah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: " Aqiqah anak lelaki dua ekor kambing yang mencukupi dan aqiqah anak perempuan satu ekor kambing." - HR Imam Ahmad & Tirmizi.

5. Mencukur kepala bayi
 Rasulullah s.a.w mengaqiqahkan Husain satu ekor kambing lalu bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya  dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya.
 Ibnu Umar r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang qaza'. Qaza' adalah mencukur sebahagian rambut bayi dan membiarkan sebahagian yang lain.
 Qaza' ada 4 macam :
 i. mencukur kepala di pelbagai tempat disana-sini.
 ii. mencukur bahagian tengah kepala dan membiarkan sisinya seperti yang dilakukan pendeta Nasrani.
 iii. mencukur sisi-sisi kepala, dan membiarkan bahagian tengahnya seperti yang dilakukan kebanyakan orang2 rendah dan hina.
iv. mencukur bahagian depan kepala dan membiarkan bahagian belakangnya.

6. Memberi nama
 Ibnu al-Mundzir berkata : "Ada sebuah hadis daripada Nabi s.a.w bahawa beliau menyuruh supaya bayi diberi nama pada hari ke-7. Kami telah menyebutkan sanad hadisnya daripada Abdullah bin Amru."

7. Berkhatan


tq readers for reading!




p/s : saya mengambil masa selama 2 minggu utk artikel ini..

Wednesday, September 14, 2011

Keperluan Bayi dan Ibu

Assalamualaikum readers!

Mesti semua first mommies tertanya-tanya apa barang yang diperlukan untuk sambut baby? apa pulak untuk mommies? Kat sini nak share sikit apa yang diperlukan.

Untuk ibu sepanjang dalam pantang :
1. Set penjagaan selepas bersalin / Set berpantang 44 hari - saya gunakan set dari Afiat.. dalam tue ada barut ibu, tali pembentan (tak pakai takut syirik), akar kayu periuk untuk diminum, minyak afiat, bedak hangat / param afiat, balm afiat, gel mandian serai wangi, feminine care, pil jamu afiat dan makjun bawang putih
2. Bengkung panjang
3. Tungku besi - saya guna 5kg warisan turun temurun yang sangat berat macam nak putus urat tangan. haha.
4. Maternity pad - 1 pack (boleh juga guna cloth diaper)
5. Stokin sukan lelaki - cotton tebal - 4 pairs
6. Sweater

Nursing purposes:
1. Nursing Bra - tesco pn ada jual
2. Breast/Nursing Pad - Pigeon disposable highly recommended, Washable 3 pasang cukup.
3. Breast pump
4. Nursing Pillow
5. Botol susu mini (2-3oz)
6. Milk storage container plastic - jimat ruang freezer untuk expressed breast milk (EBM)

Baby clothes :
1. Baju lengan panjang - 2 pairs
2. Baju lengan pendek - 2 pairs
3. Newborn Petite / Rompers - 2 pairs
4. Baju lubang-lubang - 2 pairs
5. Mittens & Booties - 5 pairs
6. Barut - 5 pcs
7. Bip - 2 pcs (overseas mom biasanya ada terlalu banyak bip 10helai ke atas yang ditukarkan setiap kali anak menyusu)
8. Sapu tangan - 3 pcs
9. Topi Newborn - 1 pcs selalu ada sekali dengan mittens & booties
10. Selimut yang bertopi - 1 pc
11. Towels - 2 pcs

Diapers :
1. Napkin (boleh juga guna untuk bedung anak)
2. Nappy liner
3. Safety pin
4. Newborn pampers - saya guna Pureen Biru (beli 1-2bungkus untuk permulaan)

Cleaning purpose :
1. Anti- bacterial Detergent
2. Liquid Cleanser
3. Spray baju (guna untuk cuci anak selepas poo)
4. Baby wipes / Wet tissues - for travel 8 packs, for home beli dalam 2 botol. (Bole diy juga)
5. Organic product (saya guna Moogoo Udder Cream jika anak nappy rash)

Health purpose :
1. Nail Cliper
2. Nasal aspirator
3. alchohol swab - untuk keringkan tali pusat lepas mandi. ada hospital bagi, PPUM tak bagi
4. Termometer
5. Minyak Telon / olive oil - untuk urutan
6. Baby Cotton bud - untuk cuci pusat dr daki air bukan cuci telinga 
7. Mosquito Repellant - beli serai wangi based.

Others :
1. Besen mandi
2. Bath mat - supaya tak licin, senang handle baby mandi
3. Penyangkut baju berklip
4. Diapers Bag
5. Changing mat
6. Bakul baby - saya guna bakul hantaran je.
7. Stroller - saya beli travel system kombo dengan capsule (carseat untuk infant up to 6m)
8. Car seat
9. Ergonomic baby carrier : wrap, ringsling, meitai, 

Emergency bag for mommies :
1. buku merah/ kad hospital
2. IC/ kad pengenalan
3. handphone & charger
4. Baju butang depan - 1 pc
5. kain batik - 1 pc
6. pakaian dalam - 2 pcs
7. tudung segera - 1 pc
8. alatan mandian
9. al-quran kecik/sudoku/majalah/buku
10. tuala mandi
11. maternity pad - 3 pcs, hospital punya lagi best coz kain
12. selipar
13. stokin tebal - 1 pc
14. air zamzam
15. makanan sunnah - kurma kismis untuk bagi tenaga
16. termos
17. sweater
18. nursing bra & pad - 2 pcs

Emergency bag for baby :
1. Newborn/ size s Diapers - 5 pcs
2. breast pump & botol
3. Selimut - 1 pc
4. Newborn petite/ jumpers - 1pc
5. Topi, mitten & booties - 1 pc
6. Baby wipes/ wet tissues - 1 pack

last update on 27/1/2015.

Thursday, August 18, 2011

Darah atau show sebelum bersalin, Wiladah & Nifas

Hi readers!

Disebabkan saya turun darah sebelum bersalin maka saya telah meng'google' tentang..
hukum dan perkara berkaitan keagamaan seperti solat, puasa dan mengaji..

Bila dah ada darah atau lendir tue mulalah tertanya-tanya :
1) dikira sebagai darah apa?
2) kena mandi wajib tak?
3) perlu solat tak?
4) batal puasa tak?

Mengenai darah yang keluar ketika saat-saat menanti kelahiran, ini juga menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia belum dikira sebagai darah nifas, akan tetapi dikira darah istihadhah (penyakit).[1] Oleh itu, wanita yang mengalaminya, puasanya masih sah (tidak batal) dan kewajipan solat juga tidak gugur darinya dengan dilakukan mengikut kemampuannya.
2. Menurut mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit adalah dikira darah nifas (yakni statusnya sama seperti darah yang keluar selepas bersalin). Maka mengikut mazhab Imam Ahmad ini; wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya kerana wanita yang didatangi nifas tidak sah puasa dan solatnya.
3. Menurut mazhab Imam Malik; darah yang keluar sebelum bersalin, ia bukan darah nifas tetapi darah haid. Berdasarkan pandangan mazhab Imam Malik ini, wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya bukan kerana nifas tetapi kerana haid.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Isami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/125.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 78.

Nota Kaki;

[1] Atau boleh juga dianggap darah haid jika ada tanda-tandanya. Menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid. Namun jumhur ulamak berpendapat; wanita mengandung tidak akan kedatangan haid dan darah yang keluar darinya secara mutlaknya adalah darah penyakit.


maka, kesimpulannya :
1) Ianya dikira sebagai darah istihadah.
2) tak perlu mandi wajib. Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan wanita tersebut mandi hadas. Oleh itu wanita yang keluar darah tersebut hendaklah membasuh dan mencucinya dan hendaklah berwuduk.
3) masih wajib bersolat.
4) puasa tidak terbatal.

Mengenai wiladah dan nifas pula,
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.

Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.

.
.
.
.
.

selamat beramal..

Sunday, August 7, 2011

Nama Dalam Perut Bukan Iffah Humaira



Assalamualaikum readers!

Mula-mula nak letak tajuk nie..

How Iffah Humaira Got Her Name?

ala-ala bunyi...

How Dalat Got Its Name?

apa benda tue? alaa.. tajuk cerpen komsas omputih masa kat skul dulu la.. ada negeri tak tau pun kan tajuk nie? lupa dah..

berbalik pada tajuk, sungguh yang sesungguh-sungguhnya! nama dalam perut bukan nama yang sekarang.. Pangkal nama tue letak dari masa gynae KJMC expect baby bakal say hi to the world tue adalah gurl.. disebabkan suka sangat baca ayat tersebut maka, nak letak la nama tue sebagai pangkal.. dan ada 2 perkataan lain dibelakangnya.. oh ye.. nama utk baby boy pun dah ada masa tue.. cuma sebelum diexpect gender apa yang keluar.. lebih banyak panggil caliph/caliphah..

dan masa sembang2 dengan dia dalam perut dulu.. penah la sebutkan 2-2 nama boy & gurl nie.. dan subhanallah.. dia respon pada nama gurl.. mungkin kebetulan atau petunjuk, wallahua'lam.. untuk nak make sure yang lebih lagi, try panggil nama boy dlu den nama gurl.. dia respon pada gurl.. tukar plak.. pggl gurl dlu, den boy.. dia still respon pada gurl.. sebenarnya tak kisah pun boy/gurl janji sihat dan sempurna sudah..

bila sesiapa tanya nama baby dah ada belum? jawapannya mestilah... dah ada, tapi rahsia.. tak best pulak nak reveal awal2kan lagipun tak confirm gender.. maka, kami berdua pun continue la dengan nama tue sampai baby dah keluar..

tup tup..

Mak, FIL n MIL pun tanya la nama apa nak letak? Hubby dengan bestnya cakap kami dah ada nama nak letak. bila dikemukakan,
mak : apapun mak x kesah, janji ada makna sudah..
FIL & MIL : yaka? ok akan dibincangkan..

chitchatchitchat.. kami pun terdengarlah apa yang mereka katakan.. nama tersebut dibangkang.. alasan.
word 1 : orang kampung x reti sebut
word 2 : sama macam nama umi baby
word 3 : macam nama lelaki

maka,
sungguh la sedih..
sebab anak sulung..
penat tunggu bila nak keluar..
dah susah payah mengandung, bersalin..
dah panggil dari dalam perut..
tiba-tiba kena tukar pulak..
mula la nak merajuk..
tumpah dah air mata..

huhu..
lara sungguh..
nama tue terpaksa dilupakan..
(orang dalam pantang memang cepat emo)

tapi sepanjang tempoh nak letakkan nama tue, memang terdetik di hati kami nak bagi nama Humaira.. sebab dia sangat merah macam udang bakaq.. transform
terus tue sampai ke kaki..

dan tiba2 Allah gerakkan hati ramai2 untuk cadangkan letak Humaira.. tambah-tambah lepas tengok dia menangis.. putih kemerah-merahan.. nama gelaran yang Rasullullah bagi pada Saidatina A'isyah R.A..

Hari ke 4 confirm nama Humaira.. cuma kena cari pangkal atau hujungnya.. disebabkan nama yang dalam perut tu dah sebati di mulut, ada jugak berkali-kali panggil dia dengan nama tue.. T.T....

Maka pulun la pulak untuk cari nama sambungan.. antaranya mintak cadangan dari yang datang melawat dengan FB..

Dipendekkan cerita, kami cadangkan letak Iffah (Suci).. nama Iffah inspirasi umi dan abi jugak.. itu untuk word 3 nama dalam perut.. tapi bukan untuk kali ni.. untuk adik2nya nanti.. hehe..

Abi pulak tiba-tiba je cadangkan letak Hannah (Kasih Sayang) Humaira..

Lepas musyawarah dengan mak, MIL & FIL, mereka setuju dengan Iffah.. Abinya pun setuju jugak.. dan survey yang dibuat pada hari ke-6 pun dimenangi oleh Iffah Humaira.. panggil Humaira oleh FIL & MIL.. Iffah oleh mak..

Kemelut ejaan pulak lepas tue.. pening fikir ejaan Melayu terbaik.. haha.. lastly, pada hari ke-7, pegi JPN dan daftarlah nama

Iffah Humaira binti Mohd Hafiz




Indahnya musyawarah..

.
.
.
.
.

Nama dalam perut? Syifa' Nurul Iman..
Pegawai JPN tue type.. Iffah Humairan.. Naseb hubby perasan.. kalau tak, free je jadi.. Iffah Humairan@Humaira binti Mohd Hafiz..

TQ for reading!