Assalamualaikum..
Hi readers!
Harini genap 7bulan di bumi kanggaru.
2 tahun lalu sewaktu terima tawaran untuk sambung belajar Slab/Slai memang Australia paling dekat di hati.
1 tahun lalu ini adalah waktu yang sangat genting. Sama ada dapat sambung Slab/Slai atau kami terpaksa kata selamat tinggal. Penat Slab/Slai tunggu kami setahun. Nak hantar belajar tapi belum dapat kemuka Unconditional Offer Letter dari universiti. Macam-macam usaha dibuat tapi semangat kental, doa mak abah sangat-sangat membantu.
7bulan lalu masih ber... Cakap pada diri..
Kenapa Australia?
Kenapa bukan UK?
Kenapa Australia dan bukan UK?
hahaha..
Kadang-kadang sekarang pun terkeluar lagi..
Kenapa Australia bukan UK?
Ehhhh..
Ok, incase terkeluar lagi soalan ni, saya akan baca semula entri ni kuat-kuat..
Bestnya UK.
Universiti femes.
Universiti top10 world ranking pun kedua terbanyak.
Barang murah.
Banyaknya SALE!
Boleh bisnes. eh?
Bangun pagi buka tingkap nampak salji.
Bestnya Australia.
Universiti no1 di Australia.
Universiti top30 world ranking.
Barang tak semurah UK tapi jimat kos pos. (sama je beli kat UK atau Australia)
Nak import barang dari Malaysia tak semahal hantar ke UK.
Incase emergency, senang nak pulang.
Jimat tambang pergi balik kalau naik AirAsia.
8jam perjalanan saja dah sampai.
Ulang alik ke UK sekali sama macam datang Australia 5-6kali..
Exchange rate tak setinggi pound sterling.
Banyak jugak SALE seperti di Fizh Outlet!
Banyak jugak barang murah.
Boleh jugak bisnes sebab bisnes is my passion. eh?
Tapi bangun pagi bukak tingkap memang tak de salji lah.. hahahahahaha..
Yang sebenarnya,
REZEKI kami di sini.. :)
Pilihan pertama pulak tu.. :)
Ok dats all!
TQ for reading!
Showing posts with label SLAB/SLAI. Show all posts

Friday, December 28, 2012
Thursday, November 29, 2012
Panduan Mencari Rumah Sewa di Melbourne Australia
Updated info on 11/12/12!
Assalamualaikum.
Hi readers!
Semoga anda semua yang membaca entri ni sihat walafiat disamping yang tersayang.
Kalini nak share tentang tips cari rumah sewa. Rasanya perkara yang sama still apply untuk mana-mana kawasan dan tempat di Australia ni. Kalau tak sama harap dimaafi dan sila perbetulkan.

Untuk anda yang dapat sponsor SLAB/SLAI, KPT akan providekan elaun dari Malaysia lagi dan juga ada table khas yang menyatakan berapa Aud yang akan kita dapat. Maka, boleh mula merancang nak tinggal di rumah yang mana dan bagaimana. Duit tersebut juga cukup untuk beli kereta second hand nanti.
1. Survey (mula dari Malaysia)
Website di Australia adalah sangat bagus dari perkhidmatan kerajaan hinggalah jual-beli kereta. Shopping pun boleh online. Dari web tersebut masukkan maklumat suburb dan kawasan, pilih jenis hartanah (rumah, unit, apartment, dll), bilangan bilik tidur, harga sewa (mingguan) yang dibajet.
2. Cara kira bajet.
Biasanya untuk sebuah rumah di atas tanah dengan 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang letak kereta dan 1 backyard adalah antara Aud250 seminggu ke atas untuk luar bandar dan Aud330 seminggu ke atas untuk bandar.
Saya bagi contoh untuk rumah saya sendiri yang berharga Aud330 seminggu.
Seminggu $330
Sebulan $1430 ($330 x 52 minggu) / 12 bulan bukan $1320 ($330 x 4 minggu) ye..
Jumlah perlu dibayar (sebulan) $1434, $4 sudah terlupa untuk apa. caj perkhidmatan kalau tak silap.
Bond = sebulan sewa
Maka pembayaran yang perlu dibuat untuk pertama kali masuk rumah adalah sebanyak $2868.
3. Google Maps, Lokasi sesuai dan Cadangan
Sangat membantu untuk mengetahui jarak dan tempoh perjalanan dari universiti ke rumah. Antara lokasi umum kawasan bandar: Melbourne, Brunswick, Coburg, Parkville, Carlton, Fitzroy, Kensington, Footscray, Monnee Ponds, Essendon. Untuk suburb: Pascoe Vale, Reservoir, Preston, Bundoora, Fawkner, Epping, Broadmeadow, Meadow Heights.
4. Ejen
Laman web utamanya adalah Real Estate Australia yang menggabungkan pelbagai ejen dalam satu direktori.
Antara ejen yang ada ialah Rendina, Brad Teal, Ray White, Nelson Alexander, RUN, Hockingstuart, Barry Plant dan banyak lagi. Biasanya setiap rumah akan turut disertakan dengan gambar setiap bahagian rumah.
5. Inspection
Setiap rumah yang ingin disewa mestilah diinspect terlebih dahulu. Biasanya ejen akan menetapkan sekian waktu untuk kesemua penyewa yang berminat untuk datang melihat sendiri rumah tersebut dan nama akan diambil. Kami pernah melalui pengalaman datang melihat sebuah rumah yang masih ada penyewa terdahulu dan anjingnya separas pinggang lelaki dewasa! Ye, datang lihat bersama dengan kesemua penyewa yang berminat atau sekadar suka-suka nak inspect di rumah tersebut seramai 5 keluarga yang lain. Biasanya inspection yang dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad lebih tinggi persaingannya. Mungkin sehingga 15 keluarga!
Semasa proses inspection, sila tanya kepada ejen sama ada rumah yang disewa menggunakan elektrik atau gas untuk pemanas air dan oven. Tanyakan juga sama ada perlu membayar air atau tidak (orang Islam biasanya menggunakan peratusan air yang tinggi untuk wudhu dan mandi, penggunaan gas pastinya lebih jimat berbanding elektrik).
6. Application Form dan Merit atau Identification Point
Setiap orang dewasa perlu mengisi borang secara berasingan. Bukan semudah yang disangka kerana setiap dewasa perlu menyumbang kepada markah layak menduduki. Lebih tinggi markah, lebih layak penyewa tersebut. Antara dokumen yang dapat menyokong pemberian markah adalah salinan pasport, surat beranak (kad pengenalan tak laku), lesen memandu (yang telah diestrak di Jabatan Pengangkutan Jalan atau diterjemah di Pejabat Konsulat Malaysia), salinan penyata bank, salinan akaun telefon bimbit, salinan insurans dan apa-apa bukti yang ada tercatat nama kita secara sah. Inilah sebab kenapa saya katakan dalam entri sebelum ini yang bank statement adalah penting.
Selesai isi borang, boleh mula menghantar permohonan ke setiap ejen berkenaan. Buat sembahyang hajat dan berdoa banyak-banyak semoga terbuka hati ejen berminat untuk ambil kita sebagai penyewa. Dan masa yang ditunggu telah sampai... Mungkin 2 atau 3 hari mungkin juga seminggu, dua minggu, sebulan, ikut rezeki masing-masing. Kalau 3 hari masih tak dapat boleh hantar lagi permohonan. Buat secara berterusan lebih baik.
Jeng, jeng, jeng...
7. Confirmation dari ejen
Ejen akan telefon untuk maklumkan yang kita berjaya. Kalau masa tu bukan peak period mungkin boleh dapat semua rumah yang diminta kerana biasanya student yang bawa keluarga ada duit yang banyak dicatatkan pada bank statement. Boleh dikatakan student lebih mudah dapat rumah berbanding yang datang bekerja kerana ada support yang kuat dari supervisor untuk bahagian employment history dan contact name. Soalan pertama yang akan ditanya ejen biasanya: Adakah kita masih berminat dengan property ...? Jika ya, mereka akan minta datang ke pejabat untuk tandatangan agreement bagi setiap tenant, bayar bond (perlu buat cheque) dan terima kunci.
8. Masuk rumah dan borang Condition Report
Bagi salam, langkah kanan, selawat, baca Al-Fatihah, Al-Baqarah dan surah Yassin sekurang-kurangnya.
Ini antara perkara penting yang perlu dibuat! Pihak ejen akan memberi borang condition report, untuk menyatakan tahap kepuasan hati terhadap keadaan rumah tersebut. Sekiranya ada perkara yang tidak berada dalam keadaan baik seperti keretakan dinding, lantai yang bercalar teruk dan apa sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik sila catatkan dalam borang tersebut dan ambil gambil dengan tarikh tertera padanya sebagai bahan bukti. Ini kerana, sekiranya anda ingin keluar dari rumah tersebut setelah tamat tempoh menyewa, dan ada kerosakan yang berlaku, anda perlu menanggung kos pembaikpulihan yang akan ditolak dari bond sebulan sewa yang dibuat sebelum ini. Kegagalan membayar boleh dibawa ke mahkamah.
Kami isi permohonan untuk 10 rumah dari 5 ejen dan kami hanya hantar permohonan untuk 3 buah rumah (yang lain tak sempat inspect sebab dibuat pada hari kerja). Keputusannya, kami berjaya dapatkan 2 buah rumah. Sakitnya jemari masa mengisi tu Allah je yang tahu.. Gambar application form yang kami isi di bawah ini adalah untuk 4 buah rumah. Tebalkan!
yang tak bestnya: tiada backyard yang luas, oven menggunakan elektrik (tak boleh baking selalu),
bil elektrik yang tinggi (hampir $600 untuk 56 hari di musim sejuk dan $500 untuk 90hari berikutnya di baki musim sejuk dan musim bunga)
9. Department of Justice
Selepas sebulan menyewa akan dapat surat ini pula.
Dijalankan oleh ejen bergantung pada keperluan. Selepas 3 bulan duduk menyewa, kami telah pun menerima kehadiran ejen kali kedua untuk datang melawat. Apa yang perlu dibuat? Tiada apa cuma pastikan rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Pastikan tiada kulat di dalam bilik air hasil dari wap air yang digunakan semasa mandi dan tiada pengudaraan yang baik. ye, ejen dah datang kali kedua kerana kali pertama dulu datang selepas kami tak tahu cara nak buat bagi pintu tak tertutup sendiri.. :p
Thanks for reading.
.
.
.
Seperti biasa sebarang soalan sila ajukan di bawah ini supaya dapat dibaca oleh mereka yang memerlukan maklumat yang sama. Sharing is caring.
Thursday, October 18, 2012
7 Perkara Pertama Perlu Dilakukan Sebaik Sahaja Tiba ke Destinasi
Assalamualaikum..
Hi readers!
7 Panduan Hari Pertama berada di luar negara.
1. Cari rakan yang dapat membantu
Bermula dari Malaysia lagi, hantarlah email dan minta bantuan sesiapa untuk pick up di airport dan bantu menguruskan keperluan sementara. Jangan malu dan segan sebab kita orang baru yang perlu belajar banyak perkara. Dan mereka juga pernah bergelar orang baru di perantauan. Manfaatkan peluang untuk belajar tentang peraturan jalan raya dan tempat2 membeli makanan runcit yang murah dan halal.
2. Petempatan sementara
Tetapkan ke mana arah yang nak dituju. Sebolehnya cari lokasi strategik dan mudah untuk explore sendirian. Pilihan kami Malaysia Hall yang ada public transport terus ke Uni. Pastikan booking dah selesai dari Malaysia lagi. hanya pergi check-in dan boleh simpan barang untuk sementara.
3. Buka akaun bank
Bank ada banyak pilihan. Paling femes Commonwealth Bank, ANZ, NAB. Pilihan kami Commonwealth Bank. Tunjuk Unconditional Offer Letter dari uni supaya tak kena monthly charge $6. Selesai, terus masukkan cash yang dibawa dan mintak bank statement. Bank statement nie tersangatlah penting untuk kegunaan sewa rumah, beli kereta dan sebagainya, Lebih tinggi dan banyak duit di bank, lebih baik (boleh guna senlnagai merit point). Tunggu +- 2minggu untuk kad bank sampai ke alamat tetap (kenalan). Keperluan untuk debit kad yang paling utama supaya mudah tak perlu bawa cash yang banyak.
4. Beli nombor telefon
Kami beli prepaid Optus di airport untuk sementara dapatlah call family di Malaysia dan skype mereka. Selepas buka akaun bank, encik suami daftar pula Postpaid Vodafone a$39 instead of a$49 per month dan dapat kredit a$550, 1GB data. Nak daftar postpaid perlukan bank statement juga sebagai bukti.
5. Pakaian yang sesuai
Kalau datang in family, paling mustahak adalah mengenai kesihatan ahli keluarga yang lain. Untuk memastikan kelancaran, ditambah pula cuaca sejuk, belilah pakaian panas tambahan jika perlu. dari Malaysia kami hanya beli thermal wear 2pcs seorang dan wintercoat reviseable untuk suami mudah ke uni.
6. Rumah
Jangan terkejut, sejumlah peruntukan wang yang ada dibank akan dihabiskan untuk rumah sewa yang rata-rata bernilai a$300-a$600 untuk kawasan bandar dengan 2 bilik dan 1 ruang letak kereta atau a$200-max untuk kawasan luar bandar dengan 2 bilik, 1 ruang kereta sekurang2nya. Syarat utama untuk memiliki rumah sewa di sini adalah menghadiri inspection yang dibuat oleh ejen hartanah dan mencapai markah merit 100 untuk setiap orang dewasa yang bakal menyewa di rumah tersebut. Antara komponen merit pula ialah lesen memandu, pasport, bank statement, bill, birth certificate dan sebagainya. Google mengenai suburb dan kawasan yang bersesuaian untuk menyewa dari Malaysia lagi. Bayaran pertama meliputi 2 bulan sewa.. Untuk rumah kami di Brunswick yang terletak kira 5 km dari University of Melbourne, kadar bulanan adalah a$1434, 2 bulan = a$2868.. wow!! jgn convert duit Malaysia ye..

ruang tamu, dapur, bilik, bilik air dan laman belakang (backyard)
7. Kenderaan
Jika datang bersama 2 orang kanak-kanak dan bawa bersama sejumlah wang yang banyak, eloklah kiranya dapat pertimbangkan untuk beli kereta di hari pertama. Harga kenderaan second hand bajet antara a$2500- a$5000). Untuk beberapa hari pertama, kami dibantu oleh Farid dan Safwan juga tram. Kereta Camry 1995 kami a$2800 dibeli selepas sebulan berada di sini. Pastikan juga berapa banyak car seat yang diperlukan untuk anak-anak kerana peraturan jalan raya disini sangat ketat dan elaklah dari saman. Kaji keperluan basikal sama ada dapat membantu anda bergerak ke uni.Wednesday, October 17, 2012
Belajar di Luar Negara Part 3
Assalamualaikum..
Hi readers!
Jom kita sambung lagi cara a.k.a kaedah a.k.a panduan untuk belajar di luar negara.
9. Surat Tawaran mengikuti Program SLAB/SLAI Selepas selesai menghantar borang permohonan, tiada nasihat lain selain berdoa dan solat hajat adanya rezeki kita ditempat tersebut. Setelah anda terima surat untuk menghadiri temuduga, seperti juga temuduga yang lain, calon perlulah membaca dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai fakulti/universiti tersebut. Tahu siapa individu yang berada di peringkat tertinggi pentadbiran universiti dan fakulti/jabatan/kuliyyah. Paling penting, tahu objektif, skop kajian kaedah/method findings yang ingin dijalankan, cara ingin melaksanakan dan lokasi pelaksanaan samada di IPTA/luar negara.
10. Menghadiri temuduga
Temuduga yang diaturkan oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau International Islamic University of Malaysia (IIUM) merangkumi:
i. Peringkat Jabatan/Fakulti/Kuliyyah
Biasanya temuduga pertama dijalankan di kampus Gombak atau Kuantan (bergantung kepada lokasi jabatan/fakulti/kuliyyah sekiranya universiti mempunyai lebih dari satu kampus). Panel temuduga terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang iaitu Dekan dan Ketua Jabatan, mungkin turut sama adalah Timbalan Dekan (kurang pasti tentang ini).
ii. Peringkat Universiti
Dijalankan di main campus universiti tersebut. Untuk UIA semestinya di Gombak. Dalam temuduga bersama calon-calon SLAB/SLAI dari pelbagai kuliyyah ini, panel akan bertanya sedikit sebanyak mengenai kajian yang ingin dijalankan (kenapa nak buat yang ini, bukan yang itu) dan juga apa harapan serta mengapa saya mesti terpilih setelah melalui peringkat temuduga ini. Soalan untuk suami yang dijalankan dalam situasi santai: kenapa kajian mengenai candida krusei yang jarang didengari? Bukankah candida albican lebih glamour? kenapa tak buat mengenai candida albican?
Suami kurang pasti mengenai peringkat pertama kerana hanya mengetahui wujudnya peringkat tersebut selepas menghadiri kursus wajib yang dianjurkan oleh pihak UIA. Itu pun setelah sahabat dari Kuliyyah of Engineering menyatakan sedemikian. Alhamdulillah, melalui fast track tanpa sedar rupanya.. Macam yang saya pernah terangkan sebelum ini, tawaran SLAB/SLAI adalah berdasarkan kekosongan jawatan. Semakin tinggi peluang, semakin kurang likunya. Semasa temuduga di peringkat universiti, hanya ada 3 calon untuk Pergigian: 2 peringkat phD dan 1 untuk master.
.
.
.
.
.
To be continued..
p/s: Maaf, kekangan masa dari Tuan Suami untuk check setiap entri saya berkaitan SLAB/SLAI ini menyebabkan saya mengambil masa yang panjang untuk publish kepada kalian.. Banyak yang bersarang di draft memandangkan Tuan Suami dah mula masuk lab..

Friday, September 7, 2012
Belajar di Luar Negara Part 2
Assalamualaikum..
Hi readers!
Alhamdulillah berjumpa lagi kita ye. Syabas diucapkan kepada semua yang telah lengkap misi 1-niat dan 2-cita-cita. Saya terima respon yang amat menggalakkan dari entry Part 1 sebelum nie..
Jom kita sambung dengan Part 2 pula..
Sebelum itu, suka diingatkan ini adalah pengalaman suami. Cara yang digunapakai. Kalau anda ada langkah yang lebih baik jangan segan silu berkongsi ye..
6. Kertas cadangan pengajian/ Proposal
Buat proposal mengenai research yang ingin dijalankan. Jika ada pengalaman master, ianya dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai langkah membuat proposal. Basically dalam proposal perlu ada introduction, literature review, method dan references. Proposal perlu diuploadkan ketika menghantar permohonan SLAB/SLAI, jadi sentiasa kemaskini proposal supaya mantap. Sekiranya ada perkara yang terlintas di kepala ketika drive atau makan, cepat-cepat catatkan ye.
7. Negara dan universiti sasaran
Anda bercita-cita nak merantau ke negara mana? Kalau sudah selesai degree/master di dalam negara, apa kata kita cuba oversea pula? Selain equipment mereka yang hebat, culture juga berbeza. Inilah masa yang sesuai untuk merasa tinggal di negara orang. Jauh perjalanan luas pemandangan. Pilih universiti yang berkenan di hati, yang paling penting universiti tersebut berada di ranking yang baik dan tertinggi. Suami kalau boleh memang berminat nak ke UK. Tapi lepas memikirkan beberapa perkara, cukuplah kami tetapkan Australia dalam doa kami.. Masuk ke laman web universiti sasaran dan mulalah google expertise / pakar dalam bidang kita.
8. Expertise/Supervisor (sv) yang bersesuaian
Dalam sibuk mencari negara yang sesuai, pokok utama yang tertanam semestinya supervisor yang bersesuaian. Macam mana nak tahu sesuai atau tidak? Antara usaha yang boleh dilakukan adalah email expertise tersebut. Nyatakan keinginan kita untuk belajar di sana dan tunggu email berbalas sambil diiringi doa. Tidak terhad pada seorang, boleh hantar seberapa banyak yang kita mahu. Saya kurang pasti berapa email yang dihantar tetapi ada antara email yang dibalas mencadangkan supaya suami saya berhubung dengan expertise yang lebih layak dari dirinya. Alhamdulillah sv yang direkmen itu adalah main sv sekarang. Suami ada 3 sv. Satu cabaran yang besar juga mujur semasa buat master dulu ada 2 sv. Kiranya persediaan mental dah tertanam.. insyaAllah.
To be continue...

Saturday, September 1, 2012
Belajar di Luar Negara Part 1
Assalamualaikum..
Hi readers!
Sebelum masuk cerita Melbourne. Apa kata kita tau dulu apa yang perlu dibuat untuk mereka yang merancang belajar di luar negara.
Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya sebagai seorang isteri yang mana saya hanyalah membantu suami untuk melengkapkan keperluan dan menemani perjalanan suami.. Bukan saya sendiri yang belajar. Mungkin ada dua tiga perkara yang saya tercicir.
1. Niat
Dalam apa perkara sekalipun, paling penting adalah mempunyai niat dan keinginan. Niat yang datang dengan pakej kerelaan hati pasti kita akan buat kita berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan segala-galanya termasuk cita-cita dan impian kita.InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan yang tidak mudah.
2. Cita-cita dan impian
Semestinya cita-cita itu penting. Supaya kita tau mana hala yang hendak ditujui. Cita-cita suami adalah untuk berkhidmat dalam bidang akademik dengan impian untuk menyambung pengajian di luar negara pula.
3. SLAB/SLAI
Antara cara untuk bergelar academician adalah dengan menyertai program SLAB/SLAI (Skim Latihan Akademik Bumiputera / IPTA). Pada setiap tahun IPTA akan mengeluarkan tawaran peringkat pengajian sama ada Ijazah Kedoktoran atau setaraf untuk setiap bidang bergantung juga kepada kekosongan jawatan tersebut. Rajinkan diri untuk melayari web setiap universiti yang kita minati atau lebih senang apply je semua universiti. Isi borang lengkap berserta CV yang mantap sebagai bukti komitmen.
4. Syarat SLAB/SLAI
5. Ikatan Perjanjian
Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA ketika melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana. Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian akan menyebabkan tindakan ganti rugi akan dikenakan.
To be continue..

- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja
- Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain
- Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan
- Permohonan diperakukan oleh pihak universiti
- Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib
- Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)
- Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan
- Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5
- Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.
5. Ikatan Perjanjian
Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA ketika melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana. Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian akan menyebabkan tindakan ganti rugi akan dikenakan.
To be continue..
Subscribe to:
Posts (Atom)