Assalamualaikum wbt..
Hi readers!
Apa khabar? semoga sihat semuanya.. Sangat2 lembab blog berkembang. Hmm.. seakan kurang ummphh bila menaip guna mobile. Untuk entry kalini, ini kali ke3 saya type semula. Supposely dah lama publish tapi entah kenapa bila jenguk draft, kosong! Mungkin terpadam secara tak sengaja. Jom sambung tajuk..
Summer yang lepas, pada 23 Mac 2013, (tudia, 1Disember dah nak masuk summer balik dah haaa..) kami sefamily join rombongan ke Lakes Entrance yang terletak 333km dari Melbourne iaitu di East Gippsland yang masih dalam lingkungan wilayah Victoria. Apa yang menariknya Lakes Entrance? Menarik masa musim summer, boleh crabbing (tangkap ketam), fishing n macam-macam lagi aktiviti nelayan. ala-ala perkampungan nelayan yang moden lah. Tumpuannya masa musim panas sahaja. Booking lambat, confirm penuh.
Rombongan 2hari 1malam, seramai 29 orang terdiri dari 3keluarga dan yang lain-lainnya adik-adik undergraduate. Kenderaan yang terlibat, 2 tarago aka Estima dan 5 kereta sedan. Plan asal, bertolak pukul 12 tengahari, tetapi memandangkan ada tanggungjawab lain, 2 kereta sedan termasuk kami bertolak sebelum zohor.. Perjalanan 4jam ni memang kami jangka sampai jam 8petang lepas berehat sejam untuk solat.
 |
| Ahli rombongan dari 2 kereta |
Lepas berhenti solat jamak qasar, kami sambung perjalanan terus ke destinasi. Sedang elok sampai ke jambatan yang menghubungkan Lake Entrance, trip awal call dan tanya sama ada nak terus ke tempat menginap atau tempat crabbing? Ce teka.. Haruslah pilih ke crabbing! sebabnya, esok macam dah tak sempat.
haaa.. kecik cenonet je ketam kami sebab lagi seminggu dah nak masuk autumn. Kiranya tinggal ketam-ketam yang terselamat dari ditangkap sebelum ni, tapi kalini dah tak dapat selamatkan diri lagi.
cerita ketam sikit, lepas setengah jam kami ni sampai, ada 1 kereta orang Korea. Asal dia baling je pukat, mengena! besar pulak tu! mungkin ayam yang orang korea tu guna sedap banding ayam kami yang bertulang dan isi tak banyak itu.. hahaha.. so, lepas ni bawak kepak ayam macam orang korea tu! bagi tulang memang ketam pun tak minat.
Dapat hampir 10 ekor jugak, bawa balik ke cabin dan buat BBQ ketam.. Manisnyaaa subhanallah! gambar tak jumpa pulak.. hee.. Lepas selesai santap, masuk cabin terus tidur. Driver penat sangat sebab tak berganti pun.
Esoknya, kami buat pengisian sikit sambil-sambil breakkie roti dan scramble egg. Balik ke cabin utk pack up barang dan.... check out. Oh ye, Australia style, check-in pukul 2petang dan check-out pukul 10pagi. Kalau lambat serah kunci, boleh dikenakan extra caj. Kenapa? sebab gaji pekerja di Australia dibayar ikut jam. Menarikkan! Confirm tetamu akan berusaha untuk berdisiplin..
Gambar dalam cabin
 |
| living hall |
 |
| living hall |
 |
| dining area |
 |
| kitchen |
 |
| 1st bedroom |
 |
| 2nd bedroom |
 |
| shower |
 |
| toilet |
 |
| verandah |
 |
| front view |
Gambar kami sefamily..
 |
| BBQ area |
 |
| office |
 |
| pool & bins |
 |
| entrance |
Cantikkan! Terus jatuh hati dengan cabin. Mesti pilih!!!!!
Gambar je kureng cantik sebab nak cepat ni. taknak bayar extra.
Sebelum bertolak ke aktiviti seterusnya, tangkap gambar dulu ramai-ramai.. Jeng3
 |
| Rombongan Lakes Entrance |
Antara view menarik on the way ke next destination..
 |
| Subhanallah =) |
Tempatnya disini..
Kami tinggalkan 3kereta sedan dan ahli-ahlinya yang berminat nak masuk ke gua. dan kami berpatah balik ke area crabbing semalam untuk next aktiviti.
Petanda nak masuk autumn
Pemandangan sekitar Lakes Entrance
Aktiviti untuk kami yang tak masuk gua.. Bawak bot sewa!
 |
| khusyuk belajar manual dari bos |
 |
| cara start enjin |
 |
| bot untuk disewa |
 |
| neni n Iffah Humaira |
 |
| jambatan masuk ke Lakes Entrance |
to be continued.. penat upload gambar.. hee..