Friday, March 22, 2013

Bebelan

Assalamualaikum.

Hi readers!

Apa khabar? Kami dah 22 hari di musim luruh.

Start freezing.. baju 2 lapis dh seminggu nie..
Phewwww (gaya hembus nafas tengok keluar asap ke tak) 

Aku rindu kamu matahari. Rasa nak peluk-peluk je matahari. 
Patut omputih ni penghak buihh.. tengok matahari berjemur.

Dilema orang kurus. Baru 40kg. Aiyarghhh.. Misi kalini nakkan berat 60kg boleh tak? 
Naik 52kg sebab ada yang menumpang pun lastly turun jugak sampai 37kg.. grrrrrr..

Ciskek, orang nak kurus, aku nk gemuk? (gedebush, gedebush!!) 
Lemak takde langsung ni.
Ate, kalau angin tiup pun dah rasa nak melayang n terlentang ala-ala kuak dada, idak ke stress? 
ate, dukung anak pun seghupa nak melayang gak cmane?

Mujur sihat. Alhamdulillah. 
Cuma kekurangan vitamin D katanya. kena berjemur la kekdahnya. 
Berjemur? oh matahari, silalah tunjukkan sinarnya.
neno, neno, neno.

Ada kurang dari sebulan setengah lagi untuk mak balik ke Malaysia. Kami akan menyusur dalam bulan Jun-Julai InsyaAllah. Rancangnya nak balik sebulan. Sebelum mula puasa. So, plannya berjalan-jalan makan angin semaksimum mungkin. 

Dannn.. Esok ke Lake Entrance selama 2 hari. Ape kepeliknya nak crabbing dengan cuaca mendung gini. Harap2 adalah hasilnya. Semoga awan tak menangis esok hari. Tak dapat crab, dapat nikmati pemandangan bekas volkano pun jadilah. 3 jam perjalanan tu..

Sebelum bersurai.. Phillip Island trip kali ke3 di musim berbeza. Ini gambar summer. Autumn pegi last week. Gambar belum edit.





Kuning-kuning tu rumpai laut. kalu pijak bunyi rangup! Ada yang nak buat marine collagen? haha.. 


Anak kanggaru dalam pouch!


Tasmanian Devil. Xde rupa macam dalam kartun Looney tune langsung kan!



Gambar koala di Melbourne Zoo. Koala tu tak reti duduk diam. Jenuh bertenggek nak tunggu dia posing. Akhirnya dapat!


Ok, bye! See u soon.. (Ala-ala pocoyo gitu!)
Wassalam.


1 comment:

  1. kalau dekat tassie ni, sure sejuk sangat, dah ada snow lagi turun, rindu pulak, x sempat jalan melb puas2, setakat city je

    ReplyDelete