Tuesday, January 29, 2013

Musim Panas di Melbourne

Assalamualaikum..

Hi readers!

Summer in Melbourne dah hampir tamat bulan keduanya. Sebulan lagi tinggal sebelum berjumpa lagi 10 bulan 11 bulan akan datang.

Siangnya yang panjang memang best nak berjalan-jalan. Tapi suhunya kalau naik lebih 38 degree, lebih rela duduk di rumah dari bersiar-siar. Sungguh terik!



Baju di ampaian cepat kering. Kalau nak buat ikan masin, seharian jemur pun dah cukup. Kalau nak keluar jugak, mungkin perlu pakai sunblock dulu, kemudian pakai setutup-tutupnya tapi tak perlu tebal, sebab bahagian yang terdedah macam belakang tapak tangan rasa terbakar. Ok, orang terbakar belum ada, kalau hutan terbakar memang banyak. Sentiasa ada alert dari CFA (macam Jabatan Bomba dan Penyelamat) yang inform kawasan mana terbakar.



Tahun ni, paling tragik di Tasmania Island (nama manjanya, Tassie). Boleh tengok youtube. Lagi tragik, pokok tanaman hampir mati sebab kekurangan air.



pokok ni memang mati terus dah..



Walaupun namanya musim panas, tidaklah seterik di padang pasir yang suhunya 50 darjah itu. Uniknya Melbourne, pukul 3 petang 41 darjah, pukul 6 petang 25 darjah! Sungguh tak terjangka. Pagi hujan, petang terik. Ruginya tak basuh baju. Kebanyakan harinya, masih berangin, dan lebih baik bawa sweater untuk spare. Sampaikan kalau nak berpiknik, duduk betul2 di tempat yang dapat cahaya matahari secara terus. No wonder omputih suka berjemur, dan jemur tu tak kira di mana-mana. Contoh tempat yang orang Malaysia takkan buat, di tengah-tengah roundabout jalan tu. Gambar? tak dapat nak dibuktikan sebab terkejut dan tak sangka ada juga yang nak buat macam tu.

Solat. Waktu siangnya yang panjang, dalam bulan Januari misalannya, Subuh pukul 430 pagi, Syuruk 630, Zuhur 130, Asar 530, Maghrib 840, Isyak 1030. Lebih kurang macam nie. Dari maghrib nak ke Isyak tu Allah.. Panjangnya rasa. Sempat tidur dulu sekejap, tapi kalau mata dah terlalu berat, baik solat dulu takut terlepas pulak Isyaknya.

Makan dan lapar. Ye, kalau dah panas tu macam-macam. Masa sejuk sedap tidur, masa panas sedap makan. Makan makanan yang dimasak. Setiap hari ada saja. ketung ketang ketung ketang buat kerja. Tak cukup tangan, ada chef yang tak perlu dijemput pun confirm semua NAK dan tak perlu tanya BOLEH atau tak. Chef Iffah Humaira. Sungguh rajin menterbalikkan tepung, dan susun pinggan mangkuk.

Antara projek sepanjang musim panas,
1. Spaghetti Bolognaise
2. Laksa
3. Bihun Sup
4. Mee Kuah
5. Spaghetti Hailam
6. Bihun Goreng
7. Kuih Buah Melaka
8. Cookies
9. Chocolate Moist Cake
10. Pavlova w berries
11. Bubur Kacang
12. Bubur Pulut Hitam
13. Cornflake Madu
14. Muffin Berries
15. Sizzling Mee










Sekian. Berita musim panas.

9 comments:

  1. ehehehe.. end of summer.. akak check wheather kat sydney agak berbeza skrang. max 24 darjah, min 19 darjah.. ezh, camana akak nak agak waktu solat nanti kat sydney? ezh ada apps yang bole dcadangkan or apa2 website yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk, u can read my mind.. sebenarnya enry yg lama bersarang n x publish lagi adalah entri apps.. hehe.

      Delete
  2. Makk aihh Izzah, byknyaa masakan dah dibuat! terrrerrrrr betul..hehehe..kat sini if panas2 menepek depan tv aje. ;)
    tapi memang lain sungguh cuaca kat sana yek, cepat bertukar2 panas sejuk nya..harap2 korang tak cepat kena demam bila cuaca berubah2..take care sis! take care little humaira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagos kan. bole keluarkan bakat terpendam :P

      Delete
    2. ermm aaaa... ermmm.. dh kawen bru pndai masak laa.. haha.. rasanya sebab terpaksa. kalau sebelum kawen penah masak megi, kek batik 2x, spaghetti 1x, sup sayur 1x, laksa 1x.. tue je.. yg lain mmg x reti n x penah buat..

      setakat ni cuaca tu boleh adapt cuma hidung cepat berair n IH penah demam stgh hari.

      Delete
  3. tassie memang panas, habis byk terbakar, kami semua duduk rumah jer masa tu, kalo keluar dah gelap mcm orang bhutan dah,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulfadly, encik belajar di Tassie ke? Wahh teringin nak pegi tassie. if anything boleh tanya encik nnt..

      Delete