Thursday, November 29, 2012

Panduan Mencari Rumah Sewa di Melbourne Australia

Updated info on 11/12/12!

Assalamualaikum.
Hi readers!

Semoga anda semua yang membaca entri ni sihat walafiat disamping yang tersayang.

Kalini nak share tentang tips cari rumah sewa. Rasanya perkara yang sama still apply untuk mana-mana kawasan dan tempat di Australia ni. Kalau tak sama harap dimaafi dan sila perbetulkan.

Untuk anda yang dapat sponsor SLAB/SLAI, KPT akan providekan elaun dari Malaysia lagi dan juga ada table khas yang menyatakan berapa Aud yang akan kita dapat.  Maka, boleh mula merancang nak tinggal di rumah yang mana dan bagaimana. Duit tersebut juga cukup untuk beli kereta second hand nanti.

1. Survey (mula dari Malaysia)
Website di Australia adalah sangat bagus dari perkhidmatan kerajaan hinggalah jual-beli kereta. Shopping pun boleh online. Dari web tersebut masukkan maklumat suburb dan kawasan, pilih jenis hartanah (rumah, unit, apartment, dll), bilangan bilik tidur, harga sewa (mingguan) yang dibajet.

2. Cara kira bajet.
Biasanya untuk sebuah rumah di atas tanah dengan 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang letak kereta dan 1 backyard adalah antara Aud250 seminggu ke atas untuk luar bandar dan Aud330 seminggu ke atas untuk bandar.
Saya bagi contoh untuk rumah saya sendiri yang berharga Aud330 seminggu.

Seminggu $330
Sebulan $1430 ($330 x 52 minggu) / 12 bulan bukan $1320 ($330 x 4 minggu) ye..
Jumlah perlu dibayar (sebulan) $1434, $4 sudah terlupa untuk apa. caj perkhidmatan kalau tak silap.
Bond = sebulan sewa
Maka pembayaran yang perlu dibuat untuk pertama kali masuk rumah adalah sebanyak $2868.

3. Google Maps, Lokasi sesuai dan Cadangan
Sangat membantu untuk mengetahui jarak dan tempoh perjalanan dari universiti ke rumah. Antara lokasi umum kawasan bandar: Melbourne, Brunswick, Coburg, Parkville, Carlton, Fitzroy, Kensington, Footscray, Monnee Ponds, Essendon. Untuk suburb: Pascoe Vale, Reservoir, Preston, Bundoora, Fawkner, Epping, Broadmeadow, Meadow Heights.

4. Ejen
Laman web utamanya adalah Real Estate Australia yang menggabungkan pelbagai ejen dalam satu direktori.
Antara ejen yang ada ialah Rendina, Brad Teal, Ray White, Nelson Alexander, RUN, Hockingstuart, Barry Plant dan banyak lagi. Biasanya setiap rumah akan turut disertakan dengan gambar setiap bahagian rumah.

5. Inspection
Setiap rumah yang ingin disewa mestilah diinspect terlebih dahulu. Biasanya ejen akan menetapkan sekian waktu untuk kesemua penyewa yang berminat untuk datang melihat sendiri rumah tersebut dan nama akan diambil. Kami pernah melalui pengalaman datang melihat sebuah rumah yang masih ada penyewa terdahulu dan anjingnya separas pinggang lelaki dewasa! Ye, datang lihat bersama dengan kesemua penyewa yang berminat atau sekadar suka-suka nak inspect di rumah tersebut seramai 5 keluarga yang lain. Biasanya inspection yang dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad lebih tinggi persaingannya. Mungkin sehingga 15 keluarga!
Semasa proses inspection, sila tanya kepada ejen sama ada rumah yang disewa menggunakan elektrik atau gas untuk pemanas air dan oven. Tanyakan juga sama ada perlu membayar air atau tidak (orang Islam biasanya menggunakan peratusan air yang tinggi untuk wudhu dan mandi, penggunaan gas pastinya lebih jimat berbanding elektrik). 

6. Application Form dan Merit atau Identification Point
Setiap orang dewasa perlu mengisi borang secara berasingan. Bukan semudah yang disangka kerana setiap dewasa perlu menyumbang kepada markah layak menduduki. Lebih tinggi markah, lebih layak penyewa tersebut. Antara dokumen yang dapat menyokong pemberian markah adalah salinan pasport, surat beranak (kad pengenalan tak laku), lesen memandu (yang telah diestrak di Jabatan Pengangkutan Jalan atau diterjemah di Pejabat Konsulat Malaysia), salinan penyata bank, salinan akaun telefon bimbit, salinan insurans dan apa-apa bukti yang ada tercatat nama kita secara sah. Inilah sebab kenapa saya katakan dalam entri sebelum ini yang bank statement adalah penting.



Selesai isi borang, boleh mula menghantar permohonan ke setiap ejen berkenaan. Buat sembahyang hajat dan berdoa banyak-banyak semoga terbuka hati ejen berminat untuk ambil kita sebagai penyewa. Dan masa yang ditunggu telah sampai... Mungkin 2 atau 3 hari mungkin juga seminggu, dua minggu, sebulan, ikut rezeki masing-masing. Kalau 3 hari masih tak dapat boleh hantar lagi permohonan. Buat secara berterusan lebih baik.

Jeng, jeng, jeng...

7. Confirmation dari ejen
Ejen akan telefon untuk maklumkan yang kita berjaya. Kalau masa tu bukan peak period mungkin boleh dapat semua rumah yang diminta kerana biasanya student yang bawa keluarga ada duit yang banyak dicatatkan pada bank statement. Boleh dikatakan student lebih mudah dapat rumah berbanding yang datang bekerja kerana ada support yang kuat dari supervisor untuk bahagian employment history dan contact name. Soalan pertama yang akan ditanya ejen biasanya: Adakah kita masih berminat dengan property ...? Jika ya, mereka akan minta datang ke pejabat untuk tandatangan agreement bagi setiap tenant, bayar bond (perlu buat cheque) dan terima kunci.




8. Masuk rumah dan borang Condition Report
Bagi salam, langkah kanan, selawat, baca Al-Fatihah, Al-Baqarah dan surah Yassin sekurang-kurangnya.

Ini antara perkara penting yang perlu dibuat! Pihak ejen akan memberi borang condition report, untuk menyatakan tahap kepuasan hati terhadap keadaan rumah tersebut. Sekiranya ada perkara yang tidak berada dalam keadaan baik seperti keretakan dinding, lantai yang bercalar teruk  dan apa sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik sila catatkan dalam borang tersebut dan ambil gambil dengan tarikh tertera padanya sebagai bahan bukti. Ini kerana, sekiranya anda ingin keluar dari rumah tersebut setelah tamat tempoh menyewa, dan ada kerosakan yang berlaku, anda perlu menanggung kos pembaikpulihan yang akan ditolak dari bond sebulan sewa yang dibuat sebelum ini. Kegagalan membayar boleh dibawa ke mahkamah.

Kami isi permohonan untuk 10 rumah dari 5 ejen dan kami hanya hantar permohonan untuk 3 buah rumah (yang lain tak sempat inspect sebab dibuat pada hari kerja). Keputusannya, kami berjaya dapatkan 2 buah rumah. Sakitnya jemari masa mengisi tu Allah je yang tahu.. Gambar application form yang kami isi di bawah ini adalah untuk 4 buah rumah. Tebalkan!


Justikasi pemilihan rumah kami: air percuma (jimat lebih $100+), pemanas air menggunakan gas, heater rumah tidak centralised (dipercayai centralised heater menggunakan lebih banyak tenaga gas untuk menyelaraskan suhu keseluruhan rumah), bil gas rendah ($45 untuk 2 kali bil (3 bulan) iaitu $15 sebulan)
yang tak bestnya: tiada backyard yang luas, oven menggunakan elektrik (tak boleh baking selalu),
bil elektrik yang tinggi (hampir $600 untuk 56 hari di musim sejuk  dan $500 untuk 90hari berikutnya di baki musim sejuk dan musim bunga)


9. Department of Justice

Selepas sebulan menyewa akan dapat surat ini pula.



10. Routine Inspection
Dijalankan oleh ejen bergantung pada keperluan. Selepas 3 bulan duduk menyewa, kami telah pun menerima kehadiran ejen kali kedua untuk datang melawat. Apa yang perlu dibuat? Tiada apa cuma pastikan rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Pastikan tiada kulat di dalam bilik air hasil dari wap air yang digunakan semasa mandi dan tiada pengudaraan yang baik. ye, ejen dah datang kali kedua kerana kali pertama dulu datang selepas kami tak tahu cara nak buat bagi pintu tak tertutup sendiri.. :p

Thanks for reading.

.
.
.


Seperti biasa sebarang soalan sila ajukan di bawah ini supaya dapat dibaca oleh mereka yang memerlukan maklumat yang sama. Sharing is caring.



15 comments:

  1. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  2. salam.
    nk tya akk ni dpt SLAB/SLAI ke,
    brapa yg slab bg utk elaun bulanan dan cukup ke elaun tu untuk tampung kos sara hdp di luar negara esp bg student yg bawa keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. yg dpt slabslai suami saya. ada elaun khas utk keluarga mengikut bilangan anak yg dibawa bagaimanapun bilangannya terhad. Tiada elaun tambahan untuk ibubapa.

      Delete
  3. Thank you for such informative entry. :) Sekarang masih di Melbourne lagi ke? Saya insyaAllah akan ke Melbourne Julai 2013 ini, agak2 senang ke susah nak dapatkan rumah sewa masa tu? Saya bakal menyambung Master di RMIT. Harap beri tunjuk ajar, yosh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for reading tuan.
      Ye masih di Melbourne sehingga 2015 insyaAllah. buat masa sekarang ni, rumah sewa lebih mudah nak dapat kerana kemasukan ke australia semakin ketat. Kalau RMIT Swanston/Brunswick boleh ddk area city. insyaAllah banyak kemudahan.

      Delete
  4. salam sis,

    nak mintak email bleh?saya ingin bertanya beberapa perkara mengenai melbourne. terima kasih.

    amalinaabr[a]gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam boleh email kepada saya melalui nurulizzahz@gmail.com :)

      Delete
  5. Thanks, this share realy usefull

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak-banyak...sgt membantu...in sha allah 2014 sy ke sana.

    ReplyDelete
  7. faudzisurf@yahoo.comNovember 7, 2013 at 9:09 AM

    Asalamualaikum.
    salam perkenalan Pn Izza. Saya rasa seronok baca entry blog ni...sungguh jelas. Saya akan ke Melbourne pd 13 hingga 17 Disember 2013. Bertolak dr KL 13:20 dan Sampai ke Melbourne pd 00:10. Bleh tak saya tidur kat airport dulu sementara menungu siang hari. kerana saya akan tinggal di Base Backpackers St Kilda dan check in pukul 2.00pm.Saya nak tanya bagaimana nak ke ladang Bacchus Marsh dari city kerana nak makan buah cherry and apple.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam tuan
      terima kasih sudi baca blog saya.
      saya tak pasti tentang tidur di airport. rasanya tiada tempat yang sesuai,
      mengenai trip ke Bacchus Marsh, For the environmentally conscious visitors, Bacchus Marsh is served by fast V-Link trains, the trip takes less than 50 minutes from Southern Cross railway station in Melbourne.

      harap membantu.

      Delete
  8. Salam puan izzah, seronok baca blog u. Sekarang sy tgh survey uni n potential supervisor utk buat phd tahun 2015. Setakat ni unimelb yg paling sesuai. Harap dpt jumpa nanti!

    ReplyDelete
  9. As salam Puan Izzah, Tuan Suami dan Humaira^^, sy pelajar UiTM yg baru shj menamatkan Ijazah bercdg (telah membeli tiket dan akan tiba di melbourne keseorangan untuk bercuti pada 19/8 1130 di Melbourne airport). mohon tunjuk ajar ek bila sy smpai disana. pls.
    tq bro n sis^^

    ReplyDelete
  10. Assalam akak.. Saya nnti bakal fly ke australia bulan 2 ni, smbung bljar dkt uni melbourne. Boleh x saya email akak ntuk tnya pasal rumah sewa dan lain2 pasal melbourne. Terima kasih =)

    ReplyDelete